|
KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menzahirkan ucapan takziah ke atas keluarga Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin dan menganggap arwah adalah seorang pemimpin yang banyak berjasa buat negeri ini. Hajiji yang tiba di kediaman Allahyarham pada pukul 8.56 pagi ini meluangkan masa kira-kira 10 minit untuk menziarah jenazah selain bertemu dengan keluarga. Beliau ketika ditemui berkata, Allahyarham Bung Moktar adalah seorang pemimpin yang banyak berjasa kepada negeri Sabah terutama sekali di kawasannya. ”Sebagai sahabat lama, kita amat bersimpati dan mengingati beliau dalam keadaan beliau. Baru-baru kita dengar beliau sakit dan sekarang telah meninggal dunia. Jadi saya amat sedih dan menjahirkan rasa simpati dan berdukacita,” katanya. Terdahulu, Allahyarham Bung Moktar menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1.46 pagi tadi di Hospital Gleneagles dipercayai mengalami jangkitan pada paru-paru serta mengalami kegagalan fungsi buah pinggang.
Sumber: – KOSMO! ONLINE |

dua_chzy replied at 6-12-2025 01:37 PM
Jawapan kaber line sangat.
kotakbaju replied at 6-12-2025 06:17 AM
Ticer, nape diletakkan batang kayu di atas jenazah tu?
dua_chzy replied at 6-12-2025 02:28 PM
Tak pasti. Adat deol kot? Or supaya nampak kemas letak kain hijau tu tutup mayat.
kotakbaju replied at 6-12-2025 06:37 AM
Ok tq.
Sebab 1st tengok camtu. Kalau kat sini biasa jenazah ditutup dengan kain hijau terus atas ...
pengecatbintang replied at 6-12-2025 01:04 PM
@Skuau
ko kat Sukau ke??



ADVERTISEMENT