CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dilabel ‘prof kangkung’ gila jawatan, MUAFAKAT saman Rita Rudaini

8-12-2025 08:31 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 681| Komen: 4

 


Tidak lagi berdiam diri, dua tokoh akademik nekad mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon, Rita Rudaini, selepas dakwaan fitnah berlarutan beberapa bulan dan notis tuntutan RM1 juta sebelum ini tidak dipatuhi.

Yang Dipertua MUAFAKAT MRSM Sungai Besar, Mohd Roslan Mohd Nor, dan timbalannya, Saidah Haris @ Harith, memfailkan saman berkenaan melalui Tetuan Adnan Sharida & Associates pada 6 Disember lalu.

Peguam mereka, Datuk Adnan Seman, berkata saman itu difailkan selepas mendapati Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 49, memuat naik kenyataan berbaur fitnah menerusi Instagram, WhatsApp dan beberapa platform komunikasi lain.

“Antara label fitnah yang dipertikaikan termasuk dakwaan mereka bongkak, narsis, tidak profesional, ‘prof kangkung’, gila jawatan, penipu serta tidak layak menerajui MUAFAKAT.

“Kenyataan tersebut turut dikaitkan dengan tuduhan salah urus wang ibu bapa, sekali gus mencetuskan penerbitan sebuah artikel yang memetik dakwaan mengenai kepincangan MUAFAKAT MRSM,” katanya kepada Kosmo! Online.


Adnan menegaskan kenyataan itu memberi kesan reputasi besar kepada kedua-dua plaintif memandangkan bilangan pengikut Rita dalam media sosial cukup ramai.

“Plaintif percaya defendan bertindak secara semberono serta mempunyai niat tidak baik apabila memuat naik kenyataan tanpa semakan.

“Justeru mereka menuntut perintah injunksi, permohonan maaf berbentuk video selama tiga bulan, pemadaman semua kenyataan fitnah serta ganti rugi am, teruk, pengajaran dan faedah 5% setahun,” jelasnya dalam satu sidang media, semalam.

Tambah Adnan, tindakan saman tersebut difailkan selepas Rita gagal memenuhi tuntutan notis bertarikh 15 Oktober lalu.

“Defendan tidak memadam pernyataan fitnah, tidak mengemukakan permohonan maaf dan tidak membayar ganti rugi am RM1 juta seperti diminta.

“Maka kes ini diangkat ke mahkamah,” tegasnya.

Untuk rekod, kedua-dua plaintif memiliki latar belakang akademik kukuh.

Mohd Roslan merupakan pensyarah kanan Universiti Malaya serta ahli beberapa Majlis Agama Islam Negeri, manakala Saidah pula berkhidmat sebagai pensyarah cemerlang Institut Pendidikan Guru, Munsyi Dewan Bahasa dan Panel Pembangunan Sijil Kemahiran Malaysia.

Terdahulu, pelakon Mami Jarum itu mendakwa, wujud kepincangan berlaku dalam kepimpinan Persatuan Ibu Bapa dan Guru atau dikenali Muafakat di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar. 

Sumber: – KOSMO! ONLINE

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote evlinne 8-12-2025 08:42 PM
Gudluck ler amek loyer toknan ni
Brpa banyak kes saman fetna dia kalah dah

Ritrude sila amek loyer lgi power hoccay
Quote L.U.S.M 8-12-2025 10:41 PM
Ritarude ni menyusahkan ank dia je...elok2 blh dpt peluang bagus now ank dia mesti kena kecam dlm group n cikgu2 sek

Quote L.U.S.M 8-12-2025 10:42 PM
evlinne replied at 8-12-2025 08:42 PM
Gudluck ler amek loyer toknan ni
Brpa banyak kes saman fetna dia kalah dah


Kes apa yang tok nan ni kalah?

Quote KamikuP 9-12-2025 09:20 AM
Anak2 Ritrud mesti kene palau eh palau kat sekolah khuenzz...
Anyhoo.. moga Ritrud bayar saman dan melingkup dunia akhirat

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2026 01:10 AM GMT+8 , Processed in 0.422862 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top