CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perang makin sengit, Kemboja lancar serangan balas

9-12-2025 11:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1359| Komen: 38

 


PHNOM PENH – Bekas pemimpin berpengaruh, Hun Sen menyatakan bahawa Kemboja telah melancarkan serangan balas dalam pertempuran sempadan yang tercetus semula dengan Thailand selepas Phnom Penh menafikan melepaskan tembakan balas sejak dua hari lalu.

“Setelah bersabar  lebih 24 jam demi menghormati gencatan senjata dan memberi masa untuk memindahkan penduduk ke tempat selamat,  petang semalam  kami bertindak balas dengan lebih banyak (tindakan) malam tadi dan pagi ini.

“Tentera kita  mesti melawan di semua tempat yang diserang musuh.

“Sekarang kita berjuang untuk mempertahankan diri kita semula,” katanya dalam catatan di Facebook sambil menggesa tentera Kemboja melaksanakan strategi untuk memusnahkan pasukan musuh.

Pertempuran lima hari  antara dua negara Asia Tenggara itu pada Julai lalu membunuh 43 orang dan menyebabkan 300,000 orang hilang tempat tinggal di kedua-dua negara sebelum gencatan senjata berkuat kuasa.


Pertempuran tercetus semula pada minggu ini  dan membunuh enam orang awam Kemboja serta seorang askar Thailand, manakala lebih 20 yang lain cedera.

Kedua-dua negara saling menuding jari berhubung pertempuran baharu itu  yang menyaksikan Thailand melancarkan serangan udara dan melepaskan tembakan kereta kebal terhadap jirannya semalam.

Jurucakap kementerian pertahanan Kemboja, Maly Socheata semalam menegaskan bahawa tentera Kemboja tidak bertindak balas terhadap serangan Thailand. – AFP  



Sumber: – KOSMO! ONLINE
 
 
 
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nusaraya 9-12-2025 11:27 PM
Edited by nusaraya at 9-12-2025 11:30 PM

Ada dimana Anwar Ibrahim sang Juru Damai itu sekarang ?  Mengapa Anwar DIAM dan MEMBISU melihat usahanya telah Hancur Lebur itu ..

Apakah dia sudah X malu jika usaha damainya itu ternyata GAGAL TOTALdan membuat Teruk nama dan Maruah MalayDesh di mataASEAN dan Dunia  ...??????


Quote nisako 10-12-2025 09:23 AM
hmmmmmmm
Quote KamikuP 10-12-2025 09:48 AM
nusaraya:    Edited by nusaraya at 9-12-2025 11:30 PM  Ada dimana Anwar Ibrahim sang Juru Damai itu sekarang ?  Mengapa Anwar DIAM dan MEMBISU melihat usahanya t ...


PMX dah tak ambik kesah dek non... baik ko tumpukan banjir besar kat Yindon Acheh semua tu... yihhh

Quote Decaffeinated 10-12-2025 11:35 AM
ramai juga Malaysian yang bertepuk tangan bila gencatan senjata ini gagal.
Quote B40tastePosh 10-12-2025 12:22 PM
nusaraya replied at 9-12-2025 11:27 PM
Ada dimana Anwar Ibrahim sang Juru Damai itu sekarang ?  Mengapa Anwar DIAM dan MEMBISU melihat usah ...

Di mata asean je pun

Lebih kurang di mata kau je
Quote B40tastePosh 10-12-2025 12:23 PM
Decaffeinated replied at 10-12-2025 11:35 AM
ramai juga Malaysian yang bertepuk tangan bila gencatan senjata ini gagal.

Thailand ni Tali Barut Asia Tenggara dalam sejarah kolonial
Quote gigahertz 10-12-2025 01:01 PM
Decaffeinated replied at 10-12-2025 03:35 AM
ramai juga Malaysian yang bertepuk tangan bila gencatan senjata ini gagal.

Siam ni musuh dalam lipatan.
Quote Decaffeinated 10-12-2025 01:59 PM
B40tastePosh replied at 10-12-2025 12:23 PM
Thailand ni Tali Barut Asia Tenggara dalam sejarah kolonial

boleh kata tali barut kalau dia one of us, tapi we were not even allies.
Quote Decaffeinated 10-12-2025 02:03 PM
gigahertz replied at 10-12-2025 01:01 PM
Siam ni musuh dalam lipatan.

Which lipatan?
Quote B40tastePosh 10-12-2025 02:34 PM
Decaffeinated replied at 10-12-2025 01:59 PM
boleh kata tali barut kalau dia one of us, tapi we were not even allies.

Masa tu Kedah dah hantar Bunga Mas pada Siam, bagaimana kata bukan Allies?

Ko baca sejarah atau tidak??
Quote Decaffeinated 10-12-2025 04:44 PM
B40tastePosh replied at 10-12-2025 02:34 PM
Masa tu Kedah dah hantar Bunga Mas pada Siam, bagaimana kata bukan Allies?

Ko baca sejarah atau  ...

itu tanda subordination, bukan rakan.

Quote nusaraya 10-12-2025 06:32 PM
Decaffeinated replied at 10-12-2025 04:44 PM
itu tanda subordination, bukan rakan.

Apa sebenarnya yang terjadi kok sang juru damai yang merasa paling berjasa  Anwar Ibrahim kok gak kelihatan  Batang Hidung dan actionnya di lapangan saat terjadi konflik terakhir ini ?  Jika terus diam membisu ... Anwar ini betul-betultelah menjadi pengerusi ASEAN yang betul-betul BAHLUL dan Memalukan bagi ASEAN dan tentu saja bagi Maruah Bangsa Melayu MalayDesh sendiri..


Quote kemaruk 10-12-2025 06:39 PM
Proses menhapuskan kedurjanaan kerana scambodia banyak scammer dan tahiland banyak pelacur
Quote B40tastePosh 10-12-2025 07:42 PM
Decaffeinated replied at 10-12-2025 04:44 PM
itu tanda subordination, bukan rakan.

What ever la istilah ko guna, tapi sepatutnya Siam kena jaga Kedah.

Bukan berpakat dengan British.
.Tu nasib baik Myanmar bergolak, kalau tak 3 penjuru berperang Myanmar-Cambodia-Pattani.

Ni memang perang dari zaman Purba untuk Thai sebab diorang tak settle dengan krisis berabad abad ni.
Quote clueless_gamer 10-12-2025 09:02 PM
B40tastePosh: What ever la istilah ko guna, tapi sepatutnya Siam kena jaga Kedah. Bukan berpakat dengan British. .Tu nasib baik Myanmar bergolak, kalau tak 3 penjur ...
betul tu.. diorang ni bangsa penjajah juga mcm satu lagi tu, 300 tahun lepas satu general tentera dia sendiri buat rampasan kuasa dan melantik keturunan dia jadi raja baru, semua negara sahabat perseketuan mcm kedah kelantan terengganu dulu tu dia nak rampas jadi hak milik dia.. padahal ally je sebenarnya dgn bunga emas tu.. ala mcm federal dgn states..

tp yelah kan, dkt medsos ni byk hati yg dengki.. enemy of my enemy is my friend, asalkan dia dapat balas dendam kesumat dia tu.. adalah dia nak cucuk propaganda dia tu.. pathetic bunch

Quote nusaraya 10-12-2025 09:19 PM
Ketimbang capek-capek urusan konflok Kambodia vs Thailand  ... Mungkin lebih baik kau urusan resiko yang akan terjadi berupa   konflik perang yang lebih besar dengan Indonesia terkait tindakan klaim di kawasan Ambalat milik Indonesia ...

Perlu kau ketahui bahwa Indonesia pasti X akan tinggal diam jika kau masih melakukan provokasi di Ambalat yang lokasinya sangata dekat dengan Ibu Kota Negara baru Indonesia yaitu Nusantara ..

Mungkin PERANG adalah PILIHAN TERBAIK ang akhirnya harus diambil oleh  Kedua Negara untuk menentukan Pemilik sebenarnya atau De Facto  Blok Ambalat yang masih disengketakan itu ..

[youtube]YwBOBnLlL4E[/youtube]


[youtube]cdNEmFuyQQ4[/youtube]



Quote sharlenetexas 10-12-2025 09:28 PM
nusaraya replied at 10-12-2025 09:19 PM
Ketimbang capek-capek urusan konflok Kambodia vs Thailand  ... Mungkin lebih baik kau urusan resiko  ...

Menyibuk hal negara lain. Negara dia ditimpa musibah bencana yang sangat teruk takde pulak dia ambik tahu.


Quote sharlenetexas 10-12-2025 09:31 PM
kemaruk replied at 10-12-2025 06:39 PM
Proses menhapuskan kedurjanaan kerana scambodia banyak scammer dan tahiland banyak pelacur

Masa ni lah mangsa yg dipaksa jadikan scammer ada yg berkesempatan melarikan diri. Tapi at first place kenapa korang terpedaya nak kerja kat kemboja tu?


Quote sharlenetexas 10-12-2025 09:32 PM
gigahertz replied at 10-12-2025 01:01 PM
Siam ni musuh dalam lipatan.

Memang pun. Tengok je peristiwa telen halau pasukan polis kita dari betong, kroh.


Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2026 02:09 PM GMT+8 , Processed in 0.083591 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top