CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Syed Saddiq tiba di mahkamah ditemani Bella

11-12-2025 01:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2409| Komen: 39

 


Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tiba di Mahkamah Persekutuan di sini sebentar tadi.

Syed Saddiq, 33, tiba pada pukul 8.35 pagi. Sejurus selepas Syed Saddiq masuk ke mahkamah, penyanyi dan pelakon Bella Astillah kemudian menyusul dari belakang.

Pagi ini merupakan hari pertama pendengaran rayuan pendakwaan terhadap pembebasannya atas empat pertuduhan berhubung dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Sebelum ini, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Wan Shaharuddin Wan Wan Ladin memaklumkan tarikh pendengaran pada hari ini dan esok.

Wan Shaharuddin mewakili pihak pendakwaan manakala peguam-peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik dan Low Wei Loke mewakili Syed Saddiq.

Sebelum ini, pihak pendakwaan memaklumkan telah bersedia dalam rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Mahkamah Rayuan yang membebaskan Syed Saddiq terhadap empat pertuduhan itu.


Sebelum ini, pihak pendakwaan telah memfailkan petisyen rayuan di Mahkamah Persekutuan dengan 28 alasan antaranya bagi mengembalikan semula sabitan dan hukuman Mahkamah Tinggi yang diketepikan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan tersebut pada 25 Jun lalu.

Syed Saddiq dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan atas terhadap keempat-empat pertuduhan menerusi keputusan sebulat suara panel tiga hakim yang diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim.

Ia selepas mahkamah itu membenarkan rayuan Syed Saddiq untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Dua lagi hakim yang turut bersidang Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin.  

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kotakbaju 11-12-2025 02:35 PM
Dah kawin belum diorg ni
Quote lolipopmanish 11-12-2025 02:42 PM
Overnya kemek ni
Quote Decaffeinated 11-12-2025 02:58 PM
are we looking at a future FLOM?
Quote airfilterkotor 11-12-2025 03:04 PM
Janda kann?
Dorang lebih memahami kehendak lelaki. Pengalaman mendewasakan diri.
Asalkan ko jaga kelaku dan akhlak, muka siap, tak main TikTok dan tidak gelenyar.
Titik.
Quote bbalik 11-12-2025 03:16 PM
janda2 tengah mendinoa...
jgn smpai terjun gaung udah
Quote Abahmung 11-12-2025 03:21 PM
[youtube]6LcQaIUb-mU?si=elKaYOfGv9Bl-UiK[/youtube]
Quote rbmy 11-12-2025 03:30 PM

takpa berlatih menemani saat senang dan sukar
Quote sharlenetexas 11-12-2025 04:10 PM
rbmy replied at 11-12-2025 03:30 PM
takpa berlatih menemani saat senang dan sukar

Berlatih mempilakkan diksadiq.


Quote Purestteam1 11-12-2025 04:18 PM
interframe betul
Quote prince_marhaen 11-12-2025 04:26 PM
Hujung2 kemek tetap kena friendzone dengan suckdick
Quote newyork 11-12-2025 04:50 PM
Ish la.. tak malu btui.
Quote Tinot7 11-12-2025 04:56 PM
20251118_131752.jpg
Quote Purplehaz 11-12-2025 05:12 PM
masuk NGO jelah lps , tubuh NGO sendiri jadi aktivis. tak sesuai dalam 'politic real' ni
Quote cm_vungtau 11-12-2025 05:15 PM
Tak habis lagi ke kes ni
Quote KamikuP 11-12-2025 05:20 PM
Ramainya acik porem yg kepam tersakiti
Quote airfilterkotor 11-12-2025 06:28 PM

Warna kulit kat lengan dengan muka tak sama.
Quote Tinot7 11-12-2025 07:58 PM
airfilterkotor replied at 11-12-2025 06:28 PM
Warna kulit kat lengan dengan muka tak sama.

Pakai bedakkk
Quote Farnor 11-12-2025 08:01 PM
Tinot7 replied at 11-12-2025 04:56 PM

apa ni momod...signature deols ke ni? Waduhhhh Waduhhhh..
Quote Melanie91 11-12-2025 09:23 PM
Masuk sebab nak baca kot2 ada pengumuman nikah. Nampaknya belum ada.

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2026 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.056295 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top