CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

18 tahun terkandas di Lombok: 'Akhirnya, Norida sudah kembali ke pangkuan kami'

16-2-2026 11:33 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 43046| Komen: 21

 


Kuala Lumpur: Kepulangan Norida Akmal Ayob, 45, amat dinantikan ahli keluarganya yang sudah lama berharap wanita itu kembali ke tanah air.

Ibu saudaranya, Umi Kalsum Ahmad, 67, berkata, dia dimaklumkan oleh anaknya, Mohd Shahnizam Basri, 41, yang berjaya menghubungi wanita itu.

"Anak maklum Norida ada berhubung dengannya. Ketika itu, Norida juga maklum pada kami yang dia tiada duit sebelum kami kirim wang kepadanya.

"Saya ada tanya khabar Norida dan dia maklum dia dalam keadaan baik. Saya tidak fikirkan perkara buruk berlaku padanya memandangkan dia tiada depan mata," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini. 

Umi berkata, selepas beberapa tahun kemudian, Norida meluahkan hasrat kepadanya untuk kembali ke tanah air bersama anaknya. 

"Norida tanya pada saya cara untuk balik Malaysia dan dia juga kongsi pengalamannya didera suami sepanjang perkahwinan mereka.

"Saya cari jalan untuk bawa Norida balik dan dimaklumkan untuk menghubungi Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah yang juga Ahli Parlimen Lenggong.

"Saya kemudian hantar surat kepada Datuk Seri (Shamsul Anuar) pada Ogos tahun lalu. Akhirnya, Norida sudah kembali ke pangkuan kami," katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Shamsul Anuar, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) serta agensi lain termasuk di Indonesia atas bantuan membawa balik Norida.

"Ketika ini, Norida tinggal bersama kami di Kampung Bukit Sapi, Lenggong, Perak, memandangkan dia anak tunggal yang sudah kehilangan ibu bapa. Bapanya meninggal dunia ketika dia masih dalam kandungan, manakala ibunya meninggal dunia ketika dia baru berkahwin.

"Sejujurnya, saya lihat banyak perubahan pada Norida bukan saja dari segi fizikal tetapi juga perwatakan dirinya.

"Pengalaman dia yang lama menetap di Lombok menyebabkan dia bertutur menggunakan dialek Indonesia, manakala anaknya, Nur Fatin Akmadiana (20), masih kurang faham percakapan kami," katanya.

Terdahulu, media melaporkan Norida selamat dibawa pulang ke tanah air, semalam, selepas 18 tahun terpisah daripada keluarganya. 

Sumber: Harian Metro
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote piyek92 16-2-2026 12:18 PM
ni kes keberapa eh,..tak ambil ikhtibar ke memang jenis tak baca berita
Quote AuntyZaza 16-2-2026 01:30 PM
pesal byk tread sama ni
Quote nisako 20-2-2026 08:24 AM
hmmmmmm
Quote mizzmimi 20-2-2026 08:47 AM
yang baju merah tu anak norida tu ke? posing kemain eh
Quote mizzmimi 20-2-2026 08:48 AM
mungkin batch pertama yang kena bawak lari kot ni. dah 18 tahun dok sana.. anak pun dah 20 tahun..
Quote plywood 20-2-2026 08:57 AM
orida Akmal Ayob, 45, (dua, kiri) bergambar bersama anaknya Nur Fatin Akmadiana, 20, (kiri) dan ibu saudaranya Umi Kalsum Ahmad, 67, (kanan) ketika ditemui di Kampung Bukit Sapi. FOTO BERNAMA


Quote plywood 20-2-2026 09:01 AM
Quote bulan_gerhana 20-2-2026 09:10 AM
Nexttt!
Quote B40tastePosh 20-2-2026 09:23 AM
Anaknya posing macam model Majalah URTV dan Mangga.
Quote supernaturalee 20-2-2026 09:24 AM
mizzmimi replied at 20-2-2026 08:47 AM
yang baju merah tu anak norida tu ke? posing kemain eh

i wonder ape yg dia letak kt socmed dia


Quote supernaturalee 20-2-2026 09:25 AM
mizzmimi replied at 20-2-2026 08:47 AM
yang baju merah tu anak norida tu ke? posing kemain eh

i wonder ape yg dia letak kt socmed dia


Quote Blu3butter 20-2-2026 11:46 AM
Banyaknya benang diarg...
Asal Malaysia tp duduk 18 tahun kat yindon terus tak fasih Bahasa melayu.... Eh ada ek?
Quote kimsa-ra 20-2-2026 12:06 PM
ni kes masa zmn iols sekolah ni. bnyk kes perempuan lari ikut jantan ke lombok masa tu. xtau la ayat power ke smpi ikut. tp org skrg ramai x minat konoha ni dah. blh eh lupa bahasa melayu sedangkan sheols dh umo 27 masa ikut ke Lombok.
Quote TeropongSenyap 20-2-2026 03:28 PM
Benang diarg ni byk up sbb cerita mak susah masa di konoha ke sbb tertarik anaknya posing ala2 model gituh...  


Hahahaha... Gurau gurau
Quote primarikey 21-2-2026 04:47 AM
Norida ni bkn ikut lari ke lombok...dia dan suami menikah kt msia...dh dpt ank sorg...suaminya balik lombok..pastu ajak norida dtg lombok...lps tu terus x balik
Quote bottombikini 21-2-2026 06:11 AM
mula2 tgk pun dah nak komen kemain posing
dah duduk kampung tu takyah la pakai baju budak2
tak sesuai dah dgn badan tu
Quote azimodin 21-2-2026 06:26 AM
primarikey replied at 21-2-2026 04:47 AM
Norida ni bkn ikut lari ke lombok...dia dan suami menikah kt msia...dh dpt ank sorg...suaminya balik ...


Bukan kawen kat siam ke? Haritu aku baca kat news outlet kawen kat siam. Husband balik ke Lombok dulu sebab nak melawat mak suami sakit. Suami suruh dia ke sana & terus tak balik Malaysia.
Quote primarikey 21-2-2026 07:20 AM
azimodin replied at 21-2-2026 06:26 AM
Bukan kawen kat siam ke? Haritu aku baca kat news outlet kawen kat siam. Husband balik ke Lombok d ...

ye nikah kt siam
Quote Freezies 21-2-2026 07:59 AM
Kene pukau katanya,padahal......
Hanya mampu mengata dalam hati jah

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2026 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.200094 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top