CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Zendaya, Tom Holland sudah berkahwin?

2-3-2026 02:12 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 584| Komen: 11

 



Zendaya dan Tom Holland dilaporkan sudah berkahwin selepas penata rias peribadi Zendaya, Law Roach mendedahkan berita terbabit di acara karpet merah Anugerah Actors.

Roach bercakap kepada Access Hollywood, sewaktu mengumumkan berita berkenaan dan caranya bercerita seakan dakwaan itu memang benar.

"Perkahwinan itu sudah pun berlaku. Anda terlepas," kemudian ketawa dan mengesahkan bahawa ia "sangat benar," lapor Variety.

Setakat ini, Zendaya mahupun Holland belum memberikan sebarang komen secara terbuka mengenai laporan terbabit. Bahkan, butiran perkahwinan itu tidak didedahkan serta merta.

Pasangan itu pertama kali bertemu sewaktu bekerja dalam filem Spider Man: Homecoming pada 2016. Kemudian teruskan watak mereka sebagai Peter Parker dan Michelle Jones Watson dalam Spider Man: Far From Home (2019), serta Spider Man: No Way Home (2021).

Mereka juga dijadualkan untuk bersatu semula di skrin sebanyak dua kali pada 2026, untuk SpiderMan : Brand New Day pada Jun dan pada Julai dalam The Odyssey arahan Christopher Nolan.

Zendaya dan Holland sangat berahsia mengenai hubungan mereka mendedahkannya kepada umum bahawa mereka bercinta pada 2021.

Khabar angin pertunangan semakin kencang selepas Zendaya dilihat memakai cincin berlian di Golden Globes pada awal 2025. Holland mengesahkan pertunangan itu apabila membetulkan seorang wartawan yang merujuk kepada Zendaya sebagai teman wanitanya, sebaliknya Holland cakap 'tunang'.

Bagaimanapun, keduanya terbuka bercakap dengan mesra mengenai kerjasama dalam filem membabitkan mereka. Dalam satu temu bual pada 2024, Holland menyifatkan lakonan bersama Zendaya sebagai rahmat penyelamat dan perkara terbaik pernah berlaku kepadanya.

Zendaya, sementara itu, memberitahu Vanity Fair dalam satu temu bual 2024 bahawa bekerja dengan Holland terasa sungguh selesa dan seperti kebiasaan. Menurutnya dia berasa lebih selamat berlakon di sampingnya.

Sumber: Harian Metro

 
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orangbiasaje 2-3-2026 02:22 PM
Tahniah
Quote zarulnazmi 2-3-2026 02:35 PM
Adakah hanya mereka Spider couple yang selamat ke alam perkahwinan?
Quote nadie90 2-3-2026 03:41 PM
zarulnazmi replied at 2-3-2026 06:35 AM
Adakah hanya mereka Spider couple yang selamat ke alam perkahwinan?

Doa yang baik2 gitew.
Quote nadie90 2-3-2026 03:42 PM
Tahniah. Moga berkekalan mcm David Bowie & Iman.
Quote marchikobonzo 2-3-2026 03:43 PM
Congrats!
Quote Perawankota 2-3-2026 05:26 PM
Congratsssssss
Quote borrow 4-3-2026 11:40 PM
betul ke tifu?
Quote alesandra 5-3-2026 05:35 PM
borrow replied at 4-3-2026 11:40 PM
betul ke tifu?

Mcm nipu jek ...
Quote Page88 6-3-2026 12:36 AM
Well, it's about time.
Quote hihanghoheng 10-3-2026 02:50 PM
Wah wah tahniah
Quote chandrahusin 13-3-2026 09:12 AM
ada je nmpak gambar wedding diorg
betul la kot

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2026 12:22 AM GMT+8 , Processed in 0.067258 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top