CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad terkorban dalam serangan udara

2-3-2026 03:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 755| Komen: 1

 



Tehran: Bekas Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad, dilaporkan terkorban dalam satu serangan udara di Tehran, lapor agensi berita rasmi ILNA pada Ahad menurut Agensi Berita Jerman (dpa).

Ahmadinejad, 69, terbunuh di kediamannya di timur Tehran bersama pengawal peribadinya, lapor ILNA.

Sepanjang lapan tahun memegang jawatan dari 2005 hingga 2013, Ahmadinejad pada mulanya merupakan tokoh pilihan golongan ulama Syiah yang memerintah serta kumpulan pelampau dan konservatif di parlimen.

Bagaimanapun, menjelang akhir penggal perkhidmatannya, timbul keraguan terhadap dasar-dasar yang diperkenalkan beliau. Dasar nuklearnya telah menyebabkan Iran dikenakan pelbagai sekatan antarabangsa yang seterusnya membawa kepada krisis ekonomi.

Ahmadinejad turut menerima kritikan antarabangsa terutamanya berhubung kenyataan anti-Semitik beliau. Semasa tempoh kepimpinannya, Iran dipulaukan di peringkat antarabangsa berikutan ancaman ketenteraan terhadap Israel serta penafian beliau terhadap peristiwa Holocaust.

Penyokongnya mula menjauhkan diri daripada beliau, malah kumpulan pelampau juga menganggapnya sebagai tokoh yang kontroversi pada penghujung tempoh jawatannya.


Sumber: Harian Metro

 
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 4-3-2026 04:49 AM
Bodoh negara USA ni dia fikir hapuskan pemimpin boleh hapuskan kuasa yang berkembang.

Pengaruh Iran ni dah berkembang pesat lepas USA bunuh Saddam Hussein. Dah berkembang di Lubnan, Yemen dan Iraq.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2026 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.252728 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top