CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Dulu Saya Sangat Liar, Dadah, Parti Di Kelab & Merompak” - Aedy Ashraf

3-3-2026 09:44 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4048| Komen: 51

 


Pelakon Aedy Ashraf tampil berani mendedahkan mengenai kehidupannya di zaman remaja yang kehilangan arah dan sangat liar.

Menerusi podcast bersama hos Datuk Aznil Haji Nawawi, Aedy berkata dia hidup tiada bimbingan ketika itu dan rasa ingin tahu serta mencuba apa saja.

“Saya boleh katakan saya seorang yang sangat liar ketika membesar. Bila saya tengok balik diri saya ketika berusia 16 hingga 26 tahun.

“Saya tak nampak ‘broken kid’ tapi saya nampak kanak-kanak yang tak dibimbing. Saya nampak budak yang ingin tahu tentang semua perkara dan tentang kehidupan sekeliling,” katanya.

Lebih mengejutkan, Aedy mengaku pernah terjebak dengan jenayah dadah dan merompak, namun aktor itu berkata mungkin kerana pengaruh rakan namun dia enggan menyalahkan orang lain.

“Saya terjebak dengan dadah, party di kelab malam dan sampai tahu tahap saya terlibat dengan merompak seperti pecah kereta.

“Mungkin saya salah pilih kawan juga tapi tak adil untuk saya menyalahkan orang lain. Saya rasa ketika itu saya cuma nak terokai dunia. 

“Bila orang kata satu benda tu salah, saya nak tahu. Jadi untuk saya belajar, saya kena melakakukan sesuatu dan baru tahu tindakan itu betul atau salah,” katanya.

Dalam pada itu, Aedy percaya dia masih dilindungi sehingga hari ini hasil doa daripada ibunya.

“Apa yang membuatkan saya selamat hingga ke hari ini adalah doa ibu saya sangat kuat,” katanya.



Sumber : Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 3-3-2026 09:54 AM
dah elok Allah tutup aib ko, dtg kat dia, dia mai 'bogelkan' diri dia sendiri plak. ah jenuh.
Quote heythere123 3-3-2026 10:40 AM
keli ni dah takde modal ke sampai benda gitu pon nak citer dekat public
Quote Kekunci_Hitam 3-3-2026 10:42 AM
kalau dia dah cakap mcmni, pihak berkuasa boleh ambil tindakan apa2 tak?

dadah tu mungkin longgar kalau nak diambil tindakan sekarang sbb bukti. tapi yang rompak n pecah kereta tu rasanya polis boleh siasat. buka balik fail2 kes lama2 yang org pernah buat report
Quote cempakaa 3-3-2026 10:53 AM
Kekunci_Hitam replied at 3-3-2026 10:42 AM
kalau dia dah cakap mcmni, pihak berkuasa boleh ambil tindakan apa2 tak?

dadah tu mungkin longgar k ...

Tak rasa polis serajin tu. Kes yang ada nowadays pun depa buka file je kalau rakyat marhaen ni huhu
Quote IzzahF 3-3-2026 11:29 AM
org tak tanya dia g citer. dah tu tak kena jail plak?
Quote kayujaras 3-3-2026 12:22 PM
dalam islam takde pun ajar suruh buka aib sendiri. cakap pula tak terbimbing. secara tak langsung tak burukkan mak ayah
Quote Kancilkering 3-3-2026 12:35 PM
pak nil pun play along
session paling bosan

Quote Knowlesi 3-3-2026 12:46 PM
Zaman skrg mmg semua nak buka aib sdiri ke? Tertgk kt TT baru2 ni. Sorg ni lps perasaan kecewa dkt parents sbb tk bagi dia pergi bazar dgn perut besar sbb hamil tanpa ikatan sah. Bnyk yg komen bg support, dn masing2 mengaku pernah alami perkara sama. Mcm bangga pulak. Gambar family dgn anak2 terpampang je.
Quote menjad 3-3-2026 12:59 PM
mungkin sebab dah smakin sendu... up jer lah apapun walau pun aibbbbb diri
Quote anggeriklatifah 3-3-2026 01:09 PM
So why are you still here????
Kenapa tak masuk dalam penjara mcm perompak lajn?
Quote lolipopmanish 3-3-2026 01:12 PM
Oh yg kes dia ni kiss kat club tu betul lah eh

Dengan pompuan mana tah ari tu aku lupa dah
Quote Gianna111 3-3-2026 01:19 PM
yang lain i percaya, merompak i tak nak percaya..hihi boleh?
Quote sayawifenikmie 3-3-2026 02:22 PM
oooo SENJATA API
Quote sayawifenikmie 3-3-2026 02:24 PM
dia bercerita mungkin dia tak mahu fikir2 lagi hal2 -ve tu
dah dia dah tak ada rahsia
so dia tenang
Quote samssi 3-3-2026 03:33 PM
yg aku tau kt podcast ni... bapak dia yg masuk penjara sebab dadah dan senjata api. bukannya dia .. tolong verify balik weh sb aku x dgr part dia yg wat seme tu... biar betul tulisan rotikaya ni.. nk kna saman ke
Quote jiji85 3-3-2026 06:27 PM
aku x suka pattern bibir atas dia...ntahla menyampah sebab tu segala mala cerita dia aku x tengok.
Quote Reira77 3-3-2026 06:31 PM
I wonder what Amelia sees in him waktu depa couple dulu
Quote jambatannetizen 3-3-2026 06:49 PM
Kekunci_Hitam replied at 3-3-2026 10:42 AM
kalau dia dah cakap mcmni, pihak berkuasa boleh ambil tindakan apa2 tak?

dadah tu mungkin longgar k ...

Tol. Kalau dia kata gi club ok lagi. Rompak tu tak yah gitau kot.
Quote annehuda 3-3-2026 06:59 PM
Org mcm ni, kalau ko betul2 menyesal dgn dunia lama ko, ko senyap2 je mintak maaf kt org ko penaya. Ni smpi mengaku merompak org, patutnye ko pegi ke polis dan buat pengakuan. Ni pi cerita kt podcast, nampak nau ko cuma nak pancing simpati org je. Cuba contohi Jason Biggs tu, dulu masa dia famous dia ngaku dia suka troll org, now dia pencen berlakon tp senyap2 dia gi pm kawan2 yang dia penah troll dulu. Tu baru btul2 insaf bukan mcm skrang

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2026 12:27 AM GMT+8 , Processed in 0.081636 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top