CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bulan bertukar jadi merah 7.04 malam ini

3-3-2026 12:29 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2498| Komen: 51

 



PETALING JAYA – Fenomena bulan bertukar jadi merah darah atau gerhana bulan penuh boleh disaksikan oleh orang ramai bermula pada pukul 7.04 petang ini.

Menurut Agensi Angkasa Malaysia (Mysa), fenomena ini akan berlaku selama 58 minit dengan kemuncak gerhana berlaku pada pukul 7.33 malam dan fasa penuh akan berakhir pada pukul 8.02 malam.

“Gerhana bulan berlaku apabila bumi berada di antara matahari dan bulan sehingga bayang-bayang bumi menutupi keseluruhan permukaan bulan.

“Fenomena ini menyebabkan bulan kelihatan kemerahan,” katanya.

Mysa berkata, fenomena ini boleh disaksikan di Asia Timur, Australia, Lautan Pasifik, Amerika Utara dan Amerika Tengah.

Manakala di Asia Tengah dan sebahagian besar Amerika Selatan, hanya terjadi Gerhana Bulan Separa.

Menerusi hantaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menasihatkan orang ramai terutamanya yang beragama Islam untuk mendirikan solat sunat gerhana bulan bermula daripada waktu maghrib hingga 9.17 malam ini.

Jelas kenyataan itu, solat sunat berkenaan bagi menghayati fenomena kebesaran Allah disamping sentiasa bermunajab sepanjang fenomena berkenaan. 

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote telracs 3-3-2026 12:57 PM
Waktu berbuka puasa
Quote alesandra 3-3-2026 01:29 PM
Blood moon ni org dulu2 percaya  akan ada pertumpahan darah/ perang.tapi benda tu dah start 3,4 hari yg lps....
Quote mejaputih 3-3-2026 01:31 PM
agak2 boleh nmpk terang tak?
Quote hart_attack 3-3-2026 02:05 PM
mejaputih replied at 3-3-2026 01:31 PM
agak2 boleh nmpk terang tak?

Kalau langit cerah boleh kot,tp msa ni ols sibuk prepare nk buka puasa dh
Quote mejaputih 3-3-2026 02:40 PM
hart_attack replied at 3-3-2026 02:05 PM
Kalau langit cerah boleh kot,tp msa ni ols sibuk prepare nk buka puasa dh

itu la tgh sibuk buka pose dan solat maghrib...
Quote ultra78 3-3-2026 02:51 PM
Mlm ni solat sunat gerhana
Quote kemaruk 3-3-2026 02:57 PM
@seribulan awat marah ni
Quote wirazam 3-3-2026 03:14 PM
mejaputih replied at 3-3-2026 01:31 PM
agak2 boleh nmpk terang tak?

zmn skrg ni..teknologi dah moden dan hebat...ada tiktoker yg ada teropong hebat..selalu layan tgk dia tunjuk bintang bintang di angkasa disamping bulan..
for sure mlm ni , view live dia ratus ribu...jgn ada ada iklan nak masuk sudahhh
Quote mejaputih 3-3-2026 04:12 PM
wirazam replied at 3-3-2026 03:14 PM
zmn skrg ni..teknologi dah moden dan hebat...ada tiktoker yg ada teropong hebat..selalu layan tgk  ...

tp nk tengok sendiri dpn mata
Quote PULANGKAN 3-3-2026 04:49 PM
tapi tu la. tiap kali iols nak tengok gerhana, mesti awan tebal, ataupun hujan lebat
Quote Dalcott 3-3-2026 04:54 PM
dah start hujan
Quote mejaputih 3-3-2026 05:05 PM

itu la siap guruh2 lg...tipis la harapan nk tengok dpn mata.
Quote hyie 3-3-2026 06:13 PM
wirazam replied at 3-3-2026 03:14 PM
zmn skrg ni..teknologi dah moden dan hebat...ada tiktoker yg ada teropong hebat..selalu layan tgk  ...

share tiktok id heshe pliss
Quote wirazam 3-3-2026 06:34 PM
hyie replied at 3-3-2026 06:13 PM
share tiktok id heshe pliss

zaki aziz...semhen mcm pelakon hero aktor aadc tu..

gilla skodeng heshe..
Quote wirazam 3-3-2026 06:37 PM
mejaputih replied at 3-3-2026 04:12 PM
tp nk tengok sendiri dpn mata

kalau tgk tt heshe...boleh nampak kawah bulan tu..ibarat mcm kita dok dlm kapal angkasa gaban mcm tu...best...
dolu dolu..kalau nak tgk gerhana matahari ..siap pi ambik filem kodak atau kaca botol.kicap pecah
.hahaha..skrg tidak lagi selaras dgn perkembangan technology semasa...
Quote Decaffeinated 3-3-2026 07:16 PM
Kenapa gerhana bulan ada solat sunat?
Quote kotakbaju 3-3-2026 08:00 PM
Iols keluar keliling tepi umah tengok langit xde nampak bayang bulan pun. Ada bahagian langit cerah tapi tak nampak bulan. Cuma nampak bintang berkelip2 dengan seketul bintang bersinar terang tapi tak berkelip (planet maybe)
Quote tumpanglalu74 3-3-2026 08:29 PM
Merah ke tadi nokks?
Quote seribulan 3-3-2026 08:32 PM
IMG-20260303-WA0024.jpg

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2026 01:38 AM GMT+8 , Processed in 0.121168 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top