CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Dia WhatsApp pinjam duit, saya telefon sekali suami dia jawab…’ - Janna Nick

3-3-2026 12:53 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2540| Komen: 10

 



Kecoh isu artis ‘scam’ orang ramai, pelakon Janna Nick mengakui pernah berdepan situasi mencurigakan membabitkan rakan selebriti yang didakwa terlibat dalam penipuan kewangan.

Ujar Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 31, dia dan individu tersebut pernah rapat sebelum hubungan terputus secara tiba-tiba.

“Saya ada cerita tentang rakan artis yang didakwa menipu itu. Kami pernah rapat, kemudian dia hilang begitu sahaja.

“Beberapa tahun selepas itu, dia WhatsApp saya untuk pinjam duit. Lepas terima mesej, tak sampai beberapa saat saya terus hubungi sebab rindu,” katanya dalam Threads.

Tambah pelakon drama Hijrah Jannah itu, situasi bertukar janggal apabila panggilan tersebut dijawab oleh suami individu berkenaan.

“Tiba-tiba suaminya pula yang jawab. Mestilah saya terkejut. Saya mesej kawan saya, tapi suami dia yang angkat dan beritahu dia berada di klinik.

“Kalau begitu, siapa yang balas mesej saya tadi?

“Saya cuma harap ada orang dapat selamatkan dia sebab saya tak rasa nombor itu dipegang olehnya sendiri,” ujarnya.

Meskipun tidak mendedahkan identiti mana-mana pihak, perkongsian tersebut pantas mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen yang cuba mengaitkan dengan kontroversi tular ketika ini.

“Kalau betul nombor itu bukan dia pegang, memang bahaya. Harap pihak berkuasa siasat,” tulis seorang pengguna media sosial.

“Macam banyak sangat cerita keluar sekarang. Harap mangsa dapat pembelaan,” komen netizen lain.

Sebelum ini, kecoh dalam Threads apabila seorang pengasas produk kecantikan mendakwa menjadi mangsa penipuan dan meminta bantuan penyanyi rap, Caprice untuk mendapatkan keadilan.

Isu tersebut turut mengaitkan seorang individu bernama Hazrin serta isterinya, pelakon drama Azar Azmi.

Difahamkan, terdapat mangsa mendakwa kerugian mencecah ribuan hingga jutaan ringgit melibatkan urusan perniagaan termasuk pelaburan durian dan tanah.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak terlibat berhubung dakwaan berkenaan, namun isu tersebut terus menjadi perhatian ramai dalam media sosial.  


Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote belilies 3-3-2026 12:59 PM
Azar azmi kan? Aritu kawen senyap2 tanak kecoh. Ni viral kat threads kes scam laki bini. Skrg ni dah di swk.

Sumber: BERITA HARIAN

Lelaki 56 tahun rugi RM1.5 juta diperdaya pelakon wanita kes tanah kurnia Selangor
Ahmad Hasbi
Mac 3, 2026 @ 11:37am
description

SEREMBAN: Polis daerah ini menerima laporan seorang lelaki 56 tahun mendakwa kerugian RM1.5 juta selepas diperdaya seorang pelakon wanita dan suaminya.

Difahamkan, penipuan berkenaan membabitkan urusan penjualan tanah lot kurnia di Selangor yang tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim, berkata laporan dibuat lelaki itu pada 7 Januari lalu.

"Pelakon itu bersama suami adalah suspek dalam satu kes yang disiasat berkenaan urusan penjualan tanah kurniaan Negeri Selangor yang tidak wujud membabitkan kerugian RM1.5 juta," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Jelas beliau, pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung kes itu dan beberapa tindakan awal sudah diambil memandangkan suspek kini dipercayai tidak berada di Semenanjung.

"Maklumat yang diperoleh setakat ini mendapati kedua-dua suspek berada di Sarawak. Mereka sudah didaftarkan sebagai orang dikehendaki dan senarai pemantauan khas (SPK) Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan kesan dan tangkap," katanya.

Pelakon wanita dikaitkan kerugian barangan kosmetik

Media sebelum ini melaporkan seorang usahawan produk kecantikan mendakwa menjadi mangsa penipuan seorang pelakon wanita bersama suaminya membabitkan kerugian mencecah ratusan ribu ringgit.

Pendedahan itu dibuat menerusi hantaran di aplikasi Threads, mendakwa aktres yang sering menghiasi drama di kaca TV kini sedang 'bersembunyi' selepas didakwa menipu wang mangsa.

Menurut mangsa yang menggunakan nama akaun Threads, kakbeyna_official, dia kerugian sebanyak RM300,000, namun mendakwa terdapat mangsa lain yang mengalami kerugian jauh lebih besar sehingga mencecah jutaan ringgit.

Ekoran pendedahan itu, rata-rata netizen mula 'memetik' beberapa nama pelakon wanita yang sudah lama menyepi daripada industri seni.

Difahamkan, beberapa laporan polis sudah dibuat oleh mangsa dan wanita itu turut memuat naik gambar tangkap layar kiriman mesej dari mangsa lain dan tertera MyKad pelakon itu dan lelaki yang didakwa sebagai suaminya.
Quote nisako 3-3-2026 01:05 PM
ape ni
Quote telracs 3-3-2026 01:11 PM

Artis wanita bersama suaminya jadi scammer....
Tak tahu siapa gerangan...
Tapi spekulasi awal, saspek ialah pelakon Azar Azmi yang telah lama menghilangkan diri dari persada seni...
Quote mrsLucky 3-3-2026 01:14 PM
Beraninya scam, tak pikir ker yang kena scam tu pasti cari keadilan. Harap masuk penjara lama2 sikit. Supaya sedar.
Quote LaskarHijayu 3-3-2026 01:54 PM
Azar azmi tu berlakon best. Tp mgkn takde luck kan. Teringat dia penah kena friendzone dgn abe pijo... sblm tu dgn hafreez... moga dipermudah urusan dia. Klu btol scammer sampai melibatkan duit org juta2, moga diperludahkan...
Quote Skyline_84 3-3-2026 01:58 PM
Sayangnya.. Bakat ada rupa ada tpi salah pilih laki
Quote Skyline_84 3-3-2026 01:58 PM
LaskarHijayu replied at 3-3-2026 01:54 PM
Azar azmi tu berlakon best. Tp mgkn takde luck kan. Teringat dia penah kena friendzone dgn abe pijo. ...

Kesian jugak kan dia...susah nk lekat jodoh.. Maybe yg ni dia main sauk je kot
Quote Skyline_84 3-3-2026 02:23 PM
telracs replied at 3-3-2026 01:11 PM
Artis wanita bersama suaminya jadi scammer....
Tak tahu siapa gerangan...
Tapi spekulasi awal, sas ...

122008.jpg
Quote dewi_rina 3-3-2026 02:39 PM
Siti Azar Ameerah Azmi (lahir 13 Mac 1989)
Sumber: Google
Quote BoongaKertas 3-3-2026 02:53 PM
kenapa dia jd mcm ni? mcm kesian plak.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2026 01:26 AM GMT+8 , Processed in 0.424051 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top