CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Berat Badan Anak Makin Susut, Banyak Berjalan Buat Kaki Rasa Sakit - Amyza Aznan

5-3-2026 11:48 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1415| Komen: 11

 



Pelakon Amyza Aznan berkongsikan dia menyedari perubahan pada cara berjalan anak keduanya, Adrian Adam membuatkan mereka melakukan pemeriksaan lanjut di hospital.

Memetik mStar Online, Amyza berkata kaki anaknya juga turut mengalami bengkak secara tiba-tiba sebelum disahkan menghidap kanser tulang.

“Dia lalui pemeriksaan terperinci sebanyak tiga kali sebelum doktor sahkan dia menghidap kanser,” katanya.

Sementara itu, Amyza berkata mereka masih dalam usaha mencari hospital yang sesuai untuk rawatan Adrian selepas menerima sumbangan daripada orang ramai.

Tambahnya, buat sementra waktu Adrian menjalani rawatan alternatif sementara menunggu keputusan mendapatkan pusat perubatan yang bersesuaian.

 



“Buat masa ini kami masih mencari hospital yang sesuai buat Adrian kerana banyak duit sumbangan yang nak tengok dia sihat semula seperti sedia kala.

“Saya faham sumbangan itu diberi agar tidak berlaku perkara yang sama. Tapi sementara tunggu rawatan di hospital, saya ada minta air (penawar) daripada imam masjid,” katanya.

Dalam pada itu, Adrian berkata kakinya akan sakit sekiranya terlalu banyak bergerak serta memerlukan rehat yang cukup setiap hari.

“Saya akan sakit kaki kalau banyak berjalan selain perlu banyak berehat. Berat badan saya pun makin menurun sebab kurang makan tapi lebih kepada berpantang sebenarnya.

“Mana yang orang cakap benda itu memberi kesan kepada kanser, saya akan elak untuk makan. Gula memang saya tak ambil dan lebihkan kepada makanan sebenar (real food),” katanya.

Adrian turut memberitahu dia terpaksa menangguhkan hasrat untuk menyambung pelajaran serta memberi tumpuan kepada proses rawatan serta penyembuhan.

“Niat saya memang nak sambung belajar tapi sebab keadaan saya macam ini, banyak yang saya tangguh dahulu. Ada beberapa program yang sepatutnya saya ikuti tapi sebab keadaan makin teruk, saya terpaksa tarik diri saat akhir,” katanya.

Sumber: mStar Online, Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azalia72 5-3-2026 12:56 PM
Semoga bertabah ye untuk seluruh keluarga amyza.  Berat sungguh dugaannya
Quote doubleA 5-3-2026 12:58 PM
Iols doakan kesembuhan adrian dan tabah la amyza
Quote zehra2 5-3-2026 01:15 PM
moga cepat sembuh. ikhtiar jugek rawatan alternatif. moga amyza & family tabah dan dpt byk lg bantuan
Quote asamfish 5-3-2026 02:15 PM
kalau ada fund atau insurans, pegi lah sunway medical centre....kawan saya kanser tulang sebelum pandemic, buat treatment di sunway hospital tu...alhamdulillah...now kembali bekerja (tetaplah kena makan ubat)
Quote pet_ayut 5-3-2026 02:46 PM
boleh cuba supplement keladi tikus...semoga ctp sihat dan dipermudahkan segala urusan amyza dan keluarga
Quote primarikey 5-3-2026 05:17 PM
Banyak minum air zam zam, minyak zaitun extra virgin, air kunyit, sayur dan buah yg tggi kndgn antioksidan, mkn real food shj....elakkn gula, susu, daging, tepung, mknn yg dibakar...ada ayat2 dr surah al quran utk bunuh sel kanser (ni dpt dr ustaz2)...maafkn semua org, buang dendam kesumat dlm hati...hidup dgn hati yg tenang...

Ni yg mak iols amalkn masa kena kanser dulu...alhamdulillah mak iols dh bebas kanser tanpa radioterapi yg doktor sarankn...iols byk cr ilmu drpd youtube masa tu...
Quote red_velvet 5-3-2026 05:57 PM
Semoga diberi kesembuhan.. Cepat2 la buat rawatan, cancer ni Pantas.. Harapnye jangan la amiza ni  rasa serik nak dpt kan rawatan kat hospital
Quote Manjahati 5-3-2026 06:11 PM
Moga cepat sembuh n dipermudah semua urusan keluarga ini
Quote cmf_jeangrey 5-3-2026 09:33 PM
Kesian, muda lagi. Banyak impian terpendam..
Takpelah dik take one step at a time
Semoga cepat sembuh..
Quote shernazz 5-3-2026 11:28 PM
Iols doakan amyza kuat dan sihat selalu untuk menjaga family.
Sebab skang semua bergamtung pada dia kan...
Semoga semuanya dipermudahkan
Quote lanacondor 6-3-2026 02:04 AM
Ya Allah angkatlah kesakitannya dan berilah dia kesembuhan.. Aamiin Ya Rabbal Allamin

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-4-2026 08:13 AM GMT+8 , Processed in 0.036287 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top