CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Amerika Syarikat tenggelamkan semua kapal perang Iran

5-3-2026 12:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1763| Komen: 3

 



WASHINGTON  – Tentera Amerika Syarikat (AS) menyerang hampir 2,000 sasaran menggunakan lebih 2,000 bom dan misil sejak Washington melancarkan perang ke atas Iran, lapor agensi berita United Press International(UPI) semalam.

Dalam masa sama, Iran menembak sekurang-kurangnya 500 peluru berpandu balistik dan lebih 2,000 dron dalam serangan balasnya.

Dalam kemas kini operasi yang dimuat naik di platform X lewat Selasa lalu, Komander Markas Perintah AS (CENTCOM) di Asia Barat, Laksamana Brad Cooper berkata, lebih 50,000 askar, 200 jet pejuang, dua kapal induk dan pesawat pengebom telah digunakan.

“Lebih banyak aset ketenteraan dalam perjalanan, membawa sejumlah besar kuasa tembakan untuk digunakan,” katanya.

Menurut Cooper,  dalam tempoh 24 jam pertama Operasi Epic Fury, AS dan Israel melakukan serangan besar dan tidak pernah berlaku sebelum ini pada skala hampir dua kali ganda berbanding peringkat pertama serangan diketuai Washington terhadap Iraq pada tahun 2003.

“Kami terus melakukan serangan 24 jam sehari tujuh hari seminggu ke atas Iran dari dasar laut ke angkasa dan ruang siber. 

“Kami telah merosakkan teruk pertahanan udara Iran dan memusnahkan ratusan peluru berpandu balistik, pelancar dan dron mereka. Secara ringkasnya, kami fokus untuk menembak semua benda yang boleh menembak kami,” kata Cooper.

Beliau berkata, pesawat pengebom B-2 dan B-1 melakukan serangan berketepatan tinggi   terhadap kemudahan peluru berpandu jauh di dalam wilayah Iran tanpa menghadapi sebarang tentangan.

Ujarnya, pengebom strategik konvensional B-52 pula telah menyerang peluru berpandu balistik dan pos arahan dan kawalan.

Cooper berkata, pasukan AS telah menenggelamkan keseluruhan tentera laut Iran iaitu 17 buah kapal dan telah merosakkan kapal selamnya yang paling cekap. – AGENSI 

Sumber : Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 5-3-2026 09:57 PM
Secara ringkasnya, kami fokus untuk menembak semua benda yang boleh menembak kami

Quote slavehunter 5-3-2026 10:28 PM
Iran nak attack yahood embassy kat ASEAN pula. Just be ready. Singapore ada kan? Synagogue pun Singapore ada kan?
Quote ninja boy 6-3-2026 12:10 AM
Singapore Filipino Korea Japan hawaii

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-4-2026 05:51 PM GMT+8 , Processed in 0.039314 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top