CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Kadang-kadang perempuan begitu’ – Nadia, Nedim saling ‘unfollow’

6-3-2026 01:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2241| Komen: 13

 


Baru beberapa bulan menjalin cinta, perhubungan pelakon Nadia Brian bersama usahawan sensasi Nedim Nazri Aziz didakwa sudah berakhir apabila mereka tidak lagi saing mengikuti akaun masing-masing menerusi Instagram.

Memberi bayangan seolah-olah sedang merajuk, Nadia, 35, bagaimanapun enggan mengulas lanjut. Baginya, situasi sedemikian hanyalah satu kelaziman bagi seseorang wanita.”No comment (tiada komen) kita kadang-kadang perempuan begitu.”

Pada masa sama, pemilik nama sebenar Nadia Najwa Mohamed Rashidi mengharapkan doa baik-baik daripada orang ramai tanpa memperincikan situasi sebenar yang berlaku antara dirinya dengan bekas suami aktres Nora Danish itu.

“Sebenarnya kami pun baru saja dalam fasa perkenalan juga. Jadi apa-apa pun saya doa yang baik-baik saja. Sudah tentu nak orang doakan kita di bulan Ramadan ini. Masing-masing pun sibuk dengan kehidupan masing-masing.

“Apa-apa pun fokus yang penting contohnya macam kerja dan keluarga. Jadi, sudah semestinya nak yang baik-baik, doa yang baik-baik,” katanya kepada Kosmo! Online pada di majlis Viu Together Gather dan Iftar di Dewan Serai, pusat beli-belah KLGCC, di sini, kelmarin.

Ditanya mengenai tindakannya yang seolah-olah tidak terbuka berkongsi perihal hubungan cinta, pelakon drama Akulah Balqis itu mengakui lebih selesa menjaga privasi.

“Macam saya sebenarnya kalau peribadi saya malulah nak cerita-cerita kan nak dapatkan cerita pula.

“Saya bukan macam itu, dalam hubungan kita pernah dulu (cerai) jadi tak nak rasa benda itu peribadi sikit.

“Tapi saya faham peminat risau dan sayang, terima kasih cuma apa yang saya kongsi, saya kongsi,” jelasnya.

Sebelum ini, peminat menyedari tindakan Nadia dan Bos Ned yang sudah menyahikut satu sama lain dalam Instagram.

Pada Disember lalu, Nadia dan Bos Ned mencuri perhatian ramai selepas memuat naik foto bersama dalam akaun Instagram masing-masing.

Nadia turut memaklumkan Bos Ned memiliki ciri-ciri lelaki idamannya iaitu seorang yang penyayang.  

Sumber: – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Berbudibahasa 6-3-2026 04:40 PM
Kenapa takde comment ????
Quote prizadane 6-3-2026 05:07 PM
Kesian NB. Tapi selayaknya lah kau tinggalkan lelaki itu. Bukan ada kerja pun. Baik lah kau hidup sorang diri dikkk.. jaga perut sendiri
Quote sukanyanyi 6-3-2026 07:33 PM
Berbudibahasa replied at 6-3-2026 04:40 PM
Kenapa takde comment ????


Patut la takde org reply. Sume org komen kat benang ned bekap nd. N spekuannya nb majuk sbb itu. Meols pon speku begitu. Sakit ati kot len mcm nk bekap ex wife si ned ni. Sbgai awek baru opkos la trase ati. Ex hub sheols ni pon takde nk bekap sheols ape2 sebegitu. Tp bese la kan, nowa is nowa, ramai tergila, kecuali jejai kot yg tergilakan ex sorang lg. Wah pjg meols kait2 ngn exes..
Quote luc 6-3-2026 11:52 PM
Mungkin semperna ramadhon ni mereka nyahikut sesama sendiri. Demi mengelak terjerumus ke lembah hina. Nanti raya mengikut balik.
Quote chanteksekali 7-3-2026 12:12 AM
sukanyanyi replied at 6-3-2026 07:33 PM
Patut la takde org reply. Sume org komen kat benang ned bekap nd. N spekuannya nb majuk sbb itu. M ...

Tibehsss nadia brian ni pun bukan nya green flag manaaa kowser nak rival ngan ND jauh panggang
Quote chanteksekali 7-3-2026 12:15 AM
Beria pelok2, melekat mcm kene gam uhu, laga2 teks, bon2, ney ney segala aleh2 no komen
Quote sukanyanyi 7-3-2026 04:09 PM
chanteksekali replied at 7-3-2026 12:12 AM
Tibehsss  nadia brian ni pun bukan nya green flag manaaa kowser nak rival ngan ND jauh pangga ...

Mmgla.. tp still kesian jgk.. mcm, abis tu yg awal2 tu ned post sawit2 puji2 sheols tu npk mcm saje je tanak nampak kalah sbb nd da move on ngn miki ayoyo tu.. tp dalam ati rupanya takleh tipu diri sendiri, tak very into nb mcm ex..
Quote Incanto 7-3-2026 04:37 PM
easy come, easy go
Quote Duta lover 7-3-2026 05:28 PM
Dia ni masa awal2 debut dlm drama..masa tu berlakon dgn nazim othman kalau x silap..elok je nampak, ada potential. Tapi lama2 instead of makin padu lakonan, dia jadi makin byk controversy seksi2 la..cerai la...pastu imej jadi mcm melekit, berlemoih gitu. Sayang
Quote bottombikini 7-3-2026 08:13 PM
usahawan mende si nedim ni
Quote selipar_hijau 7-3-2026 10:16 PM
cari lah org lain nadia oii
yg ada kerja, boleh sara kehidupan
Quote Bedak_Carrie 7-3-2026 11:17 PM
Letih nya lah ko kak nak follow unfollow dah tua2 gitu...
Quote L.U.S.M 7-3-2026 11:30 PM
sukanyanyi replied at 6-3-2026 07:33 PM
Patut la takde org reply. Sume org komen kat benang ned bekap nd. N spekuannya nb majuk sbb itu. M ...

Honestly speaking aku pun xfhm nape org suka sgt dgn nowa danish ni..cuma antara dia dgn fasha..aku team dia laaa..fasha tu plastic sgt.hahaha

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-4-2026 10:11 AM GMT+8 , Processed in 0.042601 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top