|
Drama terbaharu arahan Erma Fatima, Jangan Panggil Aku Gus, menerima sambutan luar biasa di Indonesia sehingga tular di seluruh gelanggang media sosial di negara itu. Ramai dalam kalangan netizen Indonesia memuji ketelusan karya terbabit sehingga mereka merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Erma atau nama sebenarnya, Fatimah Rahmad Ali, 58, kerana berani membentangkan realiti. “Sungkem (sujud) buat yang bikin karya ini. Sampai ada yang protes, maksudnya apa kalian semua,” demikian kapsyen sepotong video viral di TikTok. Menjengah ruangan komen, ramai yang bersetuju adegan-adegan yang dijayakan dalam naskhah terbabit bukan asing di Indonesia kerana pernah terjadi di sana. Kendatipun, ada juga yang berpendapat drama tersebut mungkin menyebabkan protes atau demonstrasi kerana dikatakan menyindir golongan-golongan tertentu. “Filem dari (pengarah) Malaysia tentang realiti di Indonesia — kombinasi yang sempurna. “Angkat kisah benar sangat ini. Adakah karya ini akan didemo (protes)? Ada yang berani. Para gus-gus dan habib-habib pasti tidak suka sama cerita ini. “Normalisasikan karya-karya sebegini — bukan filem-filem anak SMP sudah pandai berpacaran (bercinta),” demikian antara komen pengguna media sosial pada video terbabit. Dalam video tersebut, diperlihatkan watak utamanya iaitu seorang pendakwah, Gus Jarfan merokok dan berjoget di majlis ilmu, menerima layanan seperti seorang selebriti dan tidak memberi nafkah kepada isteri yang sedang hamil. Drama yang dijangka mencetuskan perbincangan hangat serantau, Jangan Panggil Aku Gus disiarkan secara rasmi di aplikasi Karya Reels bermula 5 Mac 2026. Sebuah naskhah berani yang mengangkat realiti penyalahgunaan agama ke layar digital, karya ini mengangkat sebuah kisah yang bukan sekadar rekaan dramatik, tetapi diinspirasikan daripada kisah benar yang berlaku dalam masyarakat. Drama ini membawa penonton menyelami isu bagaimana agama boleh disalahgunakan demi kepentingan peribadi dan keistimewaan dan “privilege” pada nama serta keturunan.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-4-2026 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.036968 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.