CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Kita masih boleh bertahan dalam satu dua bulan (harga minyak), tetapi petanda awal tidak begitu baik dan menyenangkan" - PM

6-3-2026 04:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4177| Komen: 40

 


Putrajaya: Kerajaan bimbang konflik di negara Teluk ketika ini akan memberikan kesan jangka panjang terhadap ekonomi negara termasuk keupayaan mengawal harga minyak.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata buat masa ini kerajaan persekutuan masih berupaya mengawal harga minyak termasuk RON95 pada paras RM1.99 seliter.

Perdana Menteri berkata, penutupan Selat Hormuz oleh Iran baru-baru ini, menyebabkan lebih 200 kapal-kapal minyak dan gas serta peralatan terkandas di perairan berkenaan.

Beliau berkata, keadaan itu tentunya akan menjejaskan perniagaan dan perdagangan, selain peningkatan kos pengangkutan berikutan kapal dagang terpaksa melalui jalan yang lebih jauh.

"Setakat ini sepertimana saya umumkan kita akan cuba kawal termasuk RON95 pada kadar RM1.99.

 "Keadaan ini kita pantau kerana setakat ini kita masih boleh bertahan dalam satu dua bulan, tetapi petanda-petanda awal tidak begitu baik dan menyenangkan," katanya selepas menunaikan solat Jumaat di di Musalla Solat Jumaat di pusat beli belah IOI City Mall, di sini, tadi.

Anwar berkata, Kerajaan MADANI mengikuti perkembangan di negara Teluk itu yang disifatkan sebagai menggusarkan Amerika Syarikat serta Israel masih terus menyerang Iran ketika ini.

Beliau berkata, tumpuan kerajaan ketika ini adalah terhadap kesannya kepada ekonomi dan geopolitik serantau.

"Kerajaan akan ambil langkah-langkah pasti segera kerana kesan ekonomi kalau keadaan ini berlanjutan (dan) tidak dapat dielakkan.

"Kos barangan, kos import bagi syarikat-syarikat Kecil Sederhana (SMEs) dan juga import umumnya barang makanan akan meningkat," katanya.

Justeru, Anwar mengesyorkan kepada semua anggota masyarakat termasuk penjawat awam, pekerja dan peniaga untuk berwaspada serta tidak memandang ringan kesan konflik berkenaan.

Beliau berkata, jika konflik berkenaan berterusan, ia akan menjadi krisis ekonomi yang lebih besar daripada yang dijangka.

"Saya lihat sekarang ini dalam media nampak tumpuan ini kurang ketimbang apa yang dilaporkan atau diliputi oleh negara-negara jiran dan negara-negara lain.

"Jadi saya tidak mahu pandangan yang selesa, perbelanjaan tidak kawal, tidak terkawal, amalan boros dan membazir minta tolong jaga daripada sekarang.

"Janganlah kita bila dah terhentuk, baru kita cari bantal," katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Selat Hormuz, iaitu laluan sepanjang kira-kira 100 batu dan hanya 24 batu lebar di bahagian paling sempit, menghubungkan Teluk Parsi ke Teluk Oman, seterusnya ke Laut Arab dan Lautan Hindi.

Ia bersempadan dengan Iran di utara serta Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Oman di selatan.

Negara-negara di seberang Teluk Parsi berhadapan Iran — termasuk UAE, Kuwait, Bahrain dan Qatar — menghasilkan sebahagian besar minyak dunia.

Namun, selat berkenaan satu-satunya laluan bagi kapal tangki yang membawa minyak mereka untuk sampai ke pasaran global, menjadikannya antara "titik sempit" (choke point) paling strategik dalam perdagangan dunia.

Sekatan di selat itu boleh melonjakkan harga minyak melebihi AS$100 setong, menurut penganalisis Goldman Sachs sebelum ini.

Sumber - Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote silance 6-3-2026 05:41 PM
Edited by silance at 6-3-2026 05:47 PM

Maintain 1.99 untuk rakyat.
Naikkanlah harga non subsidi untuk warga asing. Takda faedah pun buat baik pada mereka, pas masuk pun takada.
Bagaimana pula dengan harta barangan lain? Boleh guarantee tak terjejas?
Takada contingency plan nak halau asing worangs ke?

Quote sharlenetexas 6-3-2026 08:45 PM
Naikkan caj kepada bwn.


Quote pengecatbintang 7-3-2026 12:38 AM
cara nak atasi :

rampas harta sakau pamili Ton Diam & Ton M

rampas harta pemimpin Umngok yg rompak rete rekyat selama puluhan tahun

mintak Bijan bayar Tax RM1.7 billion tu

mintak Bijan bayar balik kos gomen bayar RM50 billion utang imdb
Quote gekkou 7-3-2026 06:20 AM
kepada rakyat yang sakan dok membeli belah untuk raya tu
silalah berjimat cermat
jangan memekak nk keluar kwsp
hujung2 terciduk di hari tua
jangan cakap umur tak panjang ke apa ya
macam tahu je masing2 mati di umur berapa
tak nak lah ramai yang hidup susah meminta2 di malaysia ni

krisis ekonomi, means byk syarikat akan tutup
kerja dan gaji kita akan terjejas
makanya, beringat2 lah sekarang
tak kan nk minta kerajaan tanggung kalian pula

acik gomen yang gaji awal bulan ni
jangan dok sakan pergi ramadhan putrajaya festival membeli belah
yes, nak bantu peniaga
tapi bantulah diri sendiri dan keluarga juga
Quote kemaruk 7-3-2026 10:19 AM
bangkem dah kata dah, harga rm1.99 takkan bertahan lama punya la

bangkem : mendahului zaman
Quote becir 7-3-2026 11:38 AM
i menunggu gak alien akan muncul ke tak
Quote ninja boy 7-3-2026 11:54 AM
Itu pasal polis sprm harus memburu jenayah dapat brg bernilai emas duit cash handbag
Quote Decaffeinated 7-3-2026 12:05 PM
keadilan untuk pengguna Ron97

Quote Apoo 7-3-2026 07:00 PM
Ramai yg ingat perang di Iran ni x dak impact kpd Malaysia. Tp klu tengok kesan besar perang ni sekiranya berlanjutan, dimana harga minyak pasti meningkat menyebabkan inflasi naik di seluruh dunia. So harga barang pun ikut naik. So kuasa beli pengguna menurun. Pengguna pasti akan memilih barang2 yg penting sahaja. Barang E&E, eksport utama negara, pasti bukan keutamaan. Ini tak kira lagi harga import produk terutama makanan, juga dijangka meningkat.
Quote Skuau 7-3-2026 08:03 PM
pengecatbintang replied at 7-3-2026 12:38 AM
cara nak atasi :

rampas harta sakau pamili Ton Diam & Ton M

'arini pintah...sok rega minyak turun,tuan2,puan2'.
Quote Skuau 7-3-2026 08:06 PM
silance replied at 6-3-2026 05:41 PM
Maintain 1.99 untuk rakyat.
Naikkanlah harga non subsidi untuk warga asing. Takda faedah pun buat ba ...


ank bangla ank saiya.
ank pakis ank saiya.
ank indon ank saiya.
ank rohingya ank saiya.
tidak...ank saiya tableh susah...
Quote Blu3butter 7-3-2026 08:18 PM
Selat Hormuz dah tutup ke? Gembar gembur dlm efbyi tu betul la ek... Sebulan dua lg brg makin naik la nampaknya. Buat le apa yg patut sementara masih ada kesempatan ni walaupun tak byk mana blh buat pun kalau kewangan pun makin terhad
Quote sharlenetexas 7-3-2026 08:35 PM
kemaruk replied at 7-3-2026 10:19 AM
bangkem dah kata dah, harga rm1.99 takkan bertahan lama punya la

bangkem : mendahului zaman

Saya menang hari ni esok minyak turun tawww!


Quote sharlenetexas 7-3-2026 08:35 PM
Skuau replied at 7-3-2026 08:06 PM
ank bangla ank saiya.
ank pakis ank saiya.
ank indon ank saiya.

Izzah anak papa


Quote alesandra 7-3-2026 08:40 PM
Subsidi budi pejadah ko bagi kt semua org pun.bagi jela kumpulan bersasar m40,b40 je
Quote pengecatbintang 7-3-2026 10:35 PM
Skuau replied at 7-3-2026 08:03 PM
'arini pintah...sok rega minyak turun,tuan2,puan2'.

itu manifesto tahun 2013..

masa tu imdb blom terbongkar

utang pon blom cecah 1 trillion

mcm ko janji ngan anak ko yg form 4

masa ko janji, gaji ko RM8k

kalo dapat 8A SPM, bagi hadiah motor

2 tahun kmdian bila anak ko dapat 8A

tetiba plak tak dapat bagi sebab ko kena buang keje dan keje baru gaji lagik rendah iaitu RM5k



Quote Solusibuka1 7-3-2026 11:00 PM
Untuk Mengatasi lupa PIN BRImo Anda bisa menghubungi BRI melalui Chat WhatsApp: (0818-531-186)atau (150017). Melalui aplikasi BRImo Anda
Quote Solusibuka1 7-3-2026 11:01 PM
Solusibuka1 replied at 7-3-2026 11:00 PM
Untuk Mengatasi lupa PIN BRImo Anda bisa menghubungi BRI melalui Chat WhatsApp: (0818-531-186)atau ( ...

Untuk Mengatasi lupa PIN BRImo Anda bisa menghubungi BRI melalui Chat WhatsApp: (0818-531-186)atau (150017). Melalui aplikasi BRImo Anda
Quote Solusibuka1 7-3-2026 11:03 PM
Untuk Mengatasi lupa PIN BRImo Anda bisa menghubungi BRI melalui Chat WhatsApp: (0818-531-186)atau (150017). Melalui aplikasi BRImo Anda

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-4-2026 06:33 PM GMT+8 , Processed in 0.044951 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top