|
Baitulmaqdis: Pihak berkuasa Israel membatalkan solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa susulan ketegangan memuncak selepas Iran melancarkan serangan balas ke atas Israel dan rantau itu.
Keputusan itu adalah sekatan terbaharu Israel sejak bermula Ramadan. Ketua Pentadbiran Awam, Brigadier Jeneral Hisham Ibrahim berkata, langkah itu diambil selepas Iran melancarkan serangan peluru berpandu ke atas Israel dan seluruh rantau itu. "Semua lokasi suci di Kota Lama Baitulmaqdis, termasuk Tembok Barat dan Gereja Holy Sepulchre akan ditutup kepada semua penganut atas faktor keselamatan," katanya. Serangan balas Iran menyebabkan sekurang-kurangnya 12 kematian di Israel, manakala serangan Israel - AS pula meragut lebih 1,230 nyawa di Iran. Sejak perang AS-Israel dengan Iran bermula, hanya penduduk dan pemilik kedai dibenarkan memasuki Kota Lama Baitulmaqdis. Imam kanan Masjid Al-Aqsa, Sheikh Ikrima Sabri, mengecam tindakan Israel itu. "Pihak berkuasa itu mengambil kesempatan untuk menutup Masjid Al-Aqsa pada bila-bila masa dan ini sama sekali tidak wajar," katanya. Bulan lalu, Israek mengehadkan jumlah penduduk Palestin di Tebing Barat dibenarkan masuk ke kawasan masjid itu untuk solat Jumaat pada Ramadan. Penduduk bimbang pencerobohan Israel ke atas masjid berkenaan semakin meningkat selepas ini. Kompleks Masjid Al-Aqsa diuruskan oleh Jordan, tetapi aksesnya dikawal oleh pasukan keselamatan Israel. Sumber - Harian Metro
|
Ketua Pentadbiran Awam, Brigadier Jeneral Hisham Ibrahim berkata
Buritan replied at 7-3-2026 12:47 PM
Sombong betul ekau ehh..aku plk yg tak sabar tunggu nabi isa turun.. Imam mahadi..
kemaruk replied at 7-3-2026 05:48 PM
Not in our lifetime rasanya







Decaffeinated replied at 7-3-2026 12:37 PM
Brigadier Jeneral IDF ka, apsal nama cam arab?
btw gambar tu Dome of the Rock.
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-4-2026 05:37 PM GMT+8 , Processed in 0.041468 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.