CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Tidak adil BERSIH buat kenyataan yang tidak bersih' - PM

6-3-2026 04:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1627| Komen: 6

 



Putrajaya: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dakwaan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) kononnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjadi senjata politik kerajaan sebagai tuduhan yang tidak adil.

Perdana Menteri berkata, walaupun ia adalah pandangan daripada BERSIH, tidak sewajarnya pertubuhan itu mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Itu pandangan Bersih, tetapi tidak adil (untuk) Bersih tidak membuat kenyataan yang bersih.

"Nak buat tuduhan, tengoklah laporan dulu (baru) bagi jawapan. Kalau tidak, kalau nak pakai sergah begitu sahaja, saya tidak pertahankan," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Program Ihya Ramadan Jabatan Perkhidmatan Awam di sini, hari ini.

Beliau mengulas dakwaan BERSIH yang mengecam hala tuju SPRM yang didakwa semakin terpesong daripada mandat asalnya untuk membanteras rasuah selain didakwa menjadi senjata politik kerajaan.

 Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Dakwaan BERSIH itu merujuk kepada tindakan SPRM yang sedang mengesan bekas pegawai kepada seorang bekas menteri dikenali James Chai serta desakan bekas menteri berkenaan ke atas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, BERSIH tidak seharusnya membuat tuduhan konon tindakan dibuat mengikut selera politik.

"Saya percaya kepada Peguam Negara. Bagi laporan dulu. Ini belum menerima laporan, kita dituduh ikut selera politik.

"Semua nak bersih apa dia? Yang puluh-puluh bilion dicuri selama ini mengapa tak ada suara? Boleh kritik siapa pun termasuk saudara Azam Baki. Tetapi biar konsisten," katanya.

Sumber - Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 6-3-2026 07:22 PM


KOTOR


Quote kemaruk 7-3-2026 10:26 AM
backup habis habisan nampak
Quote Blu3butter 7-3-2026 09:33 PM
Bersih ni bkn team dgn atok nuor ke dulu... Gaduh dah ke
Quote sharlenetexas 7-3-2026 09:36 PM
Blu3butter replied at 7-3-2026 09:33 PM
Bersih ni bkn team dgn atok nuor ke dulu... Gaduh dah ke

Kena frenzone kot
Tiba2 ghosting


Quote Solusibuka1 7-3-2026 10:59 PM
Mengapa brimo lupa pin Untuk Mengatasi lupa PIN BRImo Anda bisa menghubungi BRI melalui Chat WhatsApp: (0818-531-186)atau (150017). Melalui aplikasi BRImo Anda
Quote Blu3butter 7-3-2026 11:42 PM
sharlenetexas replied at 7-3-2026 09:36 PM
Kena frenzone kot
Tiba2 ghosting

Tua2 gaduh... Isk buruk bebeno aih

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-4-2026 06:26 PM GMT+8 , Processed in 0.037939 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top