CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Beri si bulus makan ikan bandaraya, berat cecah 6 kilo

8-3-2026 09:46 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2035| Komen: 7

 


PETALING JAYA – Satu video tular di media sosial memaparkan seorang individu berkongsi cara menggunakan isi ikan bandaraya sebagai sumber makanan untuk menjadikan kucing peliharaannya lebih gemuk dan sihat.

Menerusi satu hantaran di laman Threads, @Toktuahchannelhaziq mendedahkan, kucing peliharaannya kini mencecah berat sehingga enam kilogram (kg) hasil daripada diet yang menggunakan isi ikan bandaraya.

“Saya memang bagi makan ikan ini dekat saya punya si bulus sehinga dia gemuk, berat dia sekarang ni dekat enam kg,” ujarnya.

Menurutnya, bahagian isi ikan bandaraya yang telah difiletkan mempunyai isi tebal dan kandungan protein tinggi.

“Kalau boleh tengok urat-urat dia yang merah tu, kandungan protein dia sangat tinggi, lebih kurang 25 peratus. Kucing memang suka dan boleh bantu gemukkan,” katanya.

Selain kucing, dia turut memberi ikan tersebut kepada musang pandan peliharaannya sebagai sumber protein tambahan selain buah-buahan yang menjadi diet utama haiwan itu.


Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh netizen terhadap perkongsian tersebut.

“Nampaknya kita dah jumpa cara untuk mengurangkan populasi ikan ini. Harap syarikat pengeluar makanan haiwan boleh laksanakan segera,” kata @Danialfarhanx.

“Pemilik kucing dah boleh pergi tangkap ikan ini di sungai. Pasti boleh membantu mengawal populasi ikan bandaraya,” ujar @Farhanibakri. 

Sumber -KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 8-3-2026 09:50 PM
Kucing akak nama LIZA..tidakla dia nk mkn ikan mentah atau masak..dia hanya makan biskut kucing tu jela..
Quote PULANGKAN 8-3-2026 11:47 PM
uhh.. kucing iols kalau bagi ikan/ ayam. kena siang dulu. pastu rebus. dah menggelegak air, keluarkan ikan/ ayam, pindah masuk bekas berisi air suam lain. bagi sejuk dulu

pastu baru iols seru saka-saka berbulu comel nan halal ini

dah settle makan, iols pun kutip sisa dan tulang-temulang tadi, campak ke luar pagar pula. kot la semut nak makan pula. mana tau sok lusa tumbuh pokok besar, boleh iols main buaian kawen anak raja. tiberh plot twist
Quote sharlenetexas 9-3-2026 12:12 AM
PULANGKAN replied at 8-3-2026 11:47 PM
uhh.. kucing iols kalau bagi ikan/ ayam. kena siang dulu. pastu rebus. dah menggelegak air, keluarka ...

Tumbuh pohon beringin siap ada buai. Laju laju buaiku laju aku nak kahwin dengan anak raja.


Quote sharlenetexas 9-3-2026 12:12 AM
Harap jangan sampai obese


Quote BoongaKertas 9-3-2026 09:38 AM
omg, dah boleh setelkan masalah populasi ikan ni yg org lepaskan dlm sungai lah kan?
Quote copy_paste 9-3-2026 09:47 AM
boleh la buat kilang kecik2 jadikan ikan bandaraya sebagai bahan pembuatan makanan
Quote kucingitam 9-3-2026 12:49 PM
aku ni nak pegang ikan bandaraya pun geli..

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2026 03:31 PM GMT+8 , Processed in 0.795509 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top