CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

‘Tenanglah di sana’ – Pemergian Vidi Aldiano ditangisi ramai

8-3-2026 10:07 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 630| Komen: 3

 


BERITA duka penyanyi Vidi Aldiano meninggal dunia semalam akibat kanser buah pinggang ditangisi seluruh industri hiburan Indonesia.

Rata-rata selebriti ternama termasuk Datuk Rossa, Afgan, Raisa dan Melly Goeslaw menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Vidi atau nama penuhnya Oxavia Aldiano, 36, selain menyifatkan penyanyi itu sebagai individu yang sentiasa positif meski diuji kanser sejak 2019.

Menurut Afgan, bersahabat dengan Vidi merupakan antara perkara terhebat berlaku dalam kamus hidupnya.

“Salah satu rezeki terbesar dalam hidupku adalah mempunyai kamu sebagai sahabat.

“Kamu dipanggil Allah SWT pada bulan yang paling suci dan di hari al-Quran diturunkan, masya-Allah.

“Saya sangat sayang dan sudah merindui kamu tetapi yakin kita akan bertemu lagi, baik-baik di sana dan akan selalu mendoakan untuk kamu,” katanya dalam Instagram miliknya.


Raisa pula menyifatkan Vidi individu yang sangat baik dengan setiap orang disekelilingnya.

“Saya yakin tidak ada orang yang boleh cakap satu perkara buruk tentang Vidi dan sangat bertuah kerana awak hadir dalam hidup.

“Awak selalu tanya khabar, beri semangat, menemani walaupun diri sendiri sedang menghadapi perkara yang jauh lebih berat daripada saya.

“Pemergianmu sangat menyakitkan hati ini. Tenanglah di sana dan terima kasih kerana menceriakan hidup saya dengan jalinan persahabatan ini,” ujarnya.

Rossa pula dalam satu hantaran Instagram turut menitipkan hadiah istimewa berupa bacaan Yasin buat sahabat baiknya itu.

“Vidi tersayang, saya tidak boleh memberikanmu apa-apa lagi tetapi malam ini (semalam), semoga syafaat surah Yasin menemanimu.

“Buat semua, semoga berkenan mendoakan sahabat kita,” kongsinya.

Difahamkan, jenazah suami kepada aktres Indonesia, Sheila Dara itu akan dikebumikan Taman Pemakaman Umum (TPU) Tanah Kusir, Jakarta Selatan hari ini.

Semalam, media Indonesia melaporkan Vidi yang popular menerusi lagu Nuansa Bening disahkan meninggal dunia sekitar pukul 4.33 petang di kediamannya.

Sebelum ini, Vidi dilaporkan menghidap kanser ginjal tahap tiga sejak 2019 dan pernah menjalani pembedahan membuang sebahagian buah pinggang di sebuah hospital di Singapura serta menjalani rawatan kemoterapi di sebuah pusat perubatan di Pulau Pinang. 


Sumber – Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 9-3-2026 08:11 AM
Takziah. Tak kenal.
Quote BoongaKertas 9-3-2026 09:32 AM
smlm terbaca, arwah and wife dia dah bercinta 7yrs before and married for 4yrs. dlm ucapan dia kat wife, arwah says sorry sbb tak mampu bg anak lg utk wife dia. Allahu, bergenang airmata iols sbb jrg2 lelaki boleh ckp mcm tu. pastu wife dia iols suka giler lakonan sheols dlm sore. movie tu mcm jd nyata plak utk sheols.

utk sheila dara, moga diberikan kekuatan utk mengharungi hari2 akan dtg tanpa kehadiran arwah suami di sisi
Quote BoongaKertas 9-3-2026 09:33 AM
pastu iols bengang ya tgk culture sana. siap wefie ramai2 kat kubur seolah2 spt sgt gembira. ya ampun! cannot brain that culture yach!

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2026 10:39 AM GMT+8 , Processed in 0.075250 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top