CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Gagal Bayar Pembiayaan RM15.5 Juta, Mahkamah Arah Hartanah Vida Dilelong

8-3-2026 10:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2972| Komen: 31

 


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan beberapa hartanah milik syarikat usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida dijual bagi mendapatkan semula RM15.5 juta pembiayaan Islam yang tidak dibayar.

Memetik Harian Metro, Hakim Norsharidah Awang membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Maybank Islamic untuk meneruskan penjualan hartanah berkenaan di bawah Seksyen 256 Kanun Tanah Negara.

Dalam alasan penghakimannya bertarikh 4 Mac, Hakim Norsharidah berkata, pihak bank membuktikan kemudahan pembiayaan diberikan kepada syarikat Vida, Vida Beauty Sdn Bhd dan dijamin melalui cagaran ke atas beberapa lot tanah di Hulu Kinta, Perak.

“Tidak dipertikaikan kemudahan pembiayaan diberikan kepada defendan dan hartanah yang dinyatakan dalam saman pemula dicagarkan secara sah sebagai jaminan bagi pembiayaan itu,” katanya.

Berdasarkan dokumen mahkamah, Maybank Islamic sebelum ini meluluskan kemudahan Pembiayaan Berjangka Komoditi Murabahah-i berjumlah RM4.886 juta kepada Vida Beauty dengan cagaran tujuh lot tanah.


Bagaimanapun, kegagalan syarikat itu untuk membayar balik kemudahan berkenaan, jumlah tertunggak meningkat kepada RM8.45 juta setakat 30 September 2022, termasuk keuntungan terkumpul dan caj bayaran lewat.

Sumber – Harian Metro, Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BlackpingU 8-3-2026 10:35 PM
Dia ni tebal sungguh muka...anak tino asyik flex kaya...tayang kat socmed Mae acc spend puluh2 ribu
Quote epuepy 8-3-2026 10:39 PM
Bidah ni ada lagi ke bisnes pamoga ngn que putih dia tu? Mcm jrg tgok dia all out live jual brg mcm alip syukri.
Anak pempuan kemain la tyg brg mahal2.

Hujung2 hutanggg ropenye
Quote cm_vungtau 8-3-2026 11:27 PM
Uish. Bank riba pun tak agak2. Pinjam 4.8 juta, sekarang dah jadi 8 juta.
Quote PULANGKAN 9-3-2026 12:01 AM
epuepy replied at 8-3-2026 10:39 PM
Bidah ni ada lagi ke bisnes pamoga ngn que putih dia tu? Mcm jrg tgok dia all out live jual brg mcm  ...

tertanya jugak

last iols nampak sheols promote pun, makanan apentah, macam kulit ikan goreng tu

btw, I wonder if sheols dapat duit dari youtube sebab lagu sheols, jadi pojaan acik2 bawang negara lain. pasang sambil duduk dapur ramai2

[youtube]dpTu3jMMHx8[/youtube]
Quote cempakaa 9-3-2026 12:49 AM
Macam mana la ye hidup bermewah tapi hutang banyak
Quote MissVixen 9-3-2026 02:30 AM
cm_vungtau replied at 8-3-2026 11:27 PM
Uish. Bank riba pun tak agak2. Pinjam 4.8 juta, sekarang dah jadi 8 juta.

Dah lama vida tak pernah ada usaha nak bayar kot. Interest makin lama makin naik. Flex hidup mewah je tapi sebenarnya kaya hutang. Itu elok beli kereta atau rumah cash je kalau ada duit. Lagi lama hutang, lagi banyak bank untung.
Quote Kuin-Kepam 9-3-2026 06:42 AM
cm_vungtau replied at 8-3-2026 07:27 PM
Uish. Bank riba pun tak agak2. Pinjam 4.8 juta, sekarang dah jadi 8 juta.

Dah tak pernah membayor.. mana tak naik itu tak termasuk additional penalty/interest segala bagai.

Dia ni memang Ratu Cagar-Menyagar pun. Gali lobang, katop lobang kerogjer nyer dari dulu lagi...
Quote Blu3butter 9-3-2026 07:40 AM
Mcm mana la gamak flex kaya tp hutang keliling pinggang... Kita ni baru ada hutang keta rumah pun dah berpeluh tiap bulan kena ikat perut janji utang settle ikut masa
Quote Bedak_Carrie 9-3-2026 07:51 AM
Dari dulu hutang itu hutang ini...
Tetap lah mewah....
Quote sambaldurian 9-3-2026 07:57 AM
Penyakit ain tu ada betulnya. Sbb tu berpada2 tayang lifestyle. Kdg2 angin jgk tgk dorg tayang mkn ketam Alaska la, tu belum lg bab jual product kurus, dan putih, tp x kurus pun.
Quote L.U.S.M 9-3-2026 08:00 AM
Hari tu lelong pki proxy utk tebus blk just sebab alasan nk susahkan pemiutang kontraktor tu utk dpt blk duit dorg..now xkn nk buat lagi skali?
Quote mekfazura 9-3-2026 08:27 AM
cik B dari buat merapu drama kasih sayang kat mama, baik settlekan hutang mak kau...
Quote adeqbun 9-3-2026 08:37 AM
sambaldurian replied at 9-3-2026 07:57 AM
Penyakit ain tu ada betulnya. Sbb tu berpada2 tayang lifestyle. Kdg2 angin jgk tgk dorg tayang mkn k ...

ntahla,ai terpk jugak..Allah nak tunjuk agaknya..produk kurus dan putih,dia xkurus2,anaknya pulak x putih..

Quote gekkou 9-3-2026 08:42 AM
netizen kemain ek memuji2 cik B yang dok flex kaya tu
padahal hutang family tak de effort nk bayar
sungguh tak takut ya mereka ni
Quote BungaKencana 9-3-2026 08:56 AM
mcmana dia blh tdo lena dgn hutang berjuta ek.. aku ni hutang yg tak smpai 50k pun da rasa nk pitam bile memikirkannye wlpn tak pernah culas byr hahahaha
Quote KamikuP 9-3-2026 12:57 PM
aCIK Esah Janji Manismu senyum sinis sambil flip tudung bawal.. ekekek
Quote iolss 9-3-2026 01:23 PM
kaya diorg ni dr mana sebenarnya.. xpaham btl.
Quote toynme 9-3-2026 02:19 PM
uishhhh
qu puteh padam
kedai emas padam
jual perangei je la
Quote kashaz 9-3-2026 03:05 PM
ni direct hutang bank. takkan nak salahkan bank pulak kan?
jangan hujung2 anak2 jadi miskin kalau dia meninggal dunia..
anak2 dah biasa flex kaya.

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-4-2026 10:25 AM GMT+8 , Processed in 0.047734 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top