CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tiada Hak Bermalam Dengan Hawra, Kamal Adli Faham Mungkin Uqasha Risau

8-3-2026 10:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1652| Komen: 10

 


Pelakon Kamal Adli berkata dia melihat bukan satu masalah besar tiada hak bermalam bersama anak tunggalnya, Hawra Uqaira.

Memetik mStar Online, Kamal berkata dia bersyukur kerana bekas isterinya, Uqasha Senrose sentiasa memudahkan urusannya untuk bertemu anak mereka.

“Kami tiada hadanah cuma keputusan bersamalah. Tapi macam saya cakap saya gembira sebab Uqasha memudahkan saya untuk jumpa Hawra.

“Hak bermalam? Buat masa ini tidak lagi sebab saya faham dan tahu mungkin pihak Uqasha risau saya tiada pengalaman nak jaga Hawra.

“Tapi saya tak ada masalah pun, saya cuba faham dan dapat jumpa pun dah bersyukur sangat. Boleh laungkan masa dengan dia sebab masa tidur dia pukul 10 malam, jadi sebelum itu saya dah hantar dia balik,” katanya.

Bersendirian menyambut Ramadan kali ini, Kamal berkata tahun 2026 sangat berbeza lebih-lebih lagi tiada yang akan kejutkan untuk bangun sahur.


“Ramadan tahun ini sangat berbeza sebab bila tiada orang. Itu yang terlepas sahur. Hari ketiga sahur dah tak boleh bangun, tak mampu dah sebab tiada orang kejut.

“Sebelum ini bangun sebab kena kejutkan orang, pastikan orang sahur juga. Tahun ni tak makan pun tak apa, memang tangkap muat saja setakat ini, apa yang ada,” katanya.

Sumber – mStar Online, Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanacondor 8-3-2026 10:38 PM
Xpelah kamal. Jnji nafkah anak dan bekas isteri jgn culas. Kalau ada masa belilah lauk berbuka ke utk isteri dan anak. Zmn skg mudah order online je dah smpi rumah.
Quote adeqbun 9-3-2026 08:54 AM
sori eh..ni bkn kecam kamal..ai kecam laki2 yg lembik camni...kalau single mother asal elok je boleh bgn sahur..ni baru bercerai dh smpi terbabas x bgn sahur nak harap kene kejutkan jugak..belom lg cabaran2 men dtg yg lg getir..wlupon ai mmg team kamal,tp utk kes ni ai rs lembikk gilerrrsss laa kalau laki smpi mcm ni skali..
Quote menjad 9-3-2026 09:08 AM
sejenis terus oku bila tak berbini... bini bukan bibik. plus bangun sahur tuh sunnah. bangun lah walau sekadar minum air. bukan sebab xdo bini. tauuuu dak
Quote honam 9-3-2026 09:41 AM
kesian nya anak kekurangan kasih dan sayang seorang ayah, mesti lepas ni bila pi makan kat kedai, anak dia asyik tengok je family lain ada mak ayah semua sedangkan dia nak kena jumpa berasingan
Quote Kancilkering 9-3-2026 11:08 AM
ada father figure gini ghupe buat apa….
Quote talapia 9-3-2026 11:33 AM
menjad replied at 9-3-2026 09:08 AM
sejenis terus oku bila tak berbini... bini bukan bibik. plus bangun sahur tuh sunnah. bangun lah wal ...

dia kata takde orang kejut tu satu hal..
another perenggan dia kata sbb nk kejut orang untuk bersahur jugak..

so rasanya sebelum ni sama2 la.. kadang wife bangun dulu.. kadang suami..
bukanlah kata wife jadi bibik..
tapi orang lelaki sorang2.. memang tak kuasa la dia nak bangun sahur.. lagi2 nak memasak segala bagai..
aku kalau puasa ganti pon.. sbb sorang2 je puasa.. mmg tak kuasa la nak bangun beria2..
sekadar set alarm, jaga n minum air kosong or susu kotak siap2 bawak masuk bilik. Setel.

Lain sebenarnya bila kita sorang2 ..
bila kita ada isteri.. ada anak.. ada suami.. senang kata ada tanggungjawab la pada orang lain..
kita akan gagah gak buat..
tapi kalau takat utk tekak sendiri.. tido lagi syiok
Quote sphinx 9-3-2026 12:53 PM
heols nmpk makin kurus.. xpe kamal, slow2.. try menang balik hati Uqa kalau uols masih nakkan family kecil uols tu bersatu kembali..dont give up okayy
Quote bulalof 9-3-2026 02:05 PM
you will get use to it....
Quote doubleA 10-3-2026 12:53 AM
Begitulah dasyat penangan pmpuan cantik biarpun bimbo dalam diri kemaldeli
Quote KamikuP 10-3-2026 03:32 PM
Up balik kisah Kamal lemau lembik ni

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2026 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.141082 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top