CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Saya ok je dulu, saya duduk PPR AIR PANAS, Tak semua ada rezeki mewah macam awak” – Riena Diana Selar Individu Hina PPR

9-3-2026 01:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3024| Komen: 32

 


Pelakon Riena Diana menempelak individu seolah menghina golongan yang tinggal di Program Perumahan Rakyat (PPR).

Menerusi hantaran di Threads, Riena turut berkongsikan pengalaman tinggal di perumahan tersebut selama dua tahun serta tidak pernah berdepan pengalaman buruk tinggal di kawasan berkenaan.

 

“Saya ok je dulu, saya duduk PPR AIR PANAS dekat setapak dari umur 18-20 tahun gitu.  Saya bangga dengan ayah saya yang jaga saya, adik dan nenek ketika itu. Masa itu, di situ saja yang dia mampu,” tulisnya.

Sementara itu, Riena turut berkongsikan pengalamannya sebagai jurujual di sebuah kedai mainan dan meskipun terpaksa meletakkan kenderaan di tempat yang jauh namun dia tetap bersyukur.

“Saya hari-hari balik kerja lewat malam, parking jauh. Alhamdulillah selamat dan sikit pun saya tak pernah mengeluh,” tulisnya.

Dalam pada itu, Riena turut menegur individu berkenaan supaya berfikir dahulu sebelum menulis sesuatu kerana tidak semua orang diberikan rezeki hidup di tempat mewah.

“Mungkin lain kali jaga percakapan awak sebelum tulis sesuatu. Tak semua orang ada rezeki macam awak nak duduk di tempat mewah dan tempat tak busuk,” tulisnya.

Sumber: Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Paiya 9-3-2026 01:13 PM
bagus juga dia ni
mengaku asal-usul
Quote myvi132806 9-3-2026 01:17 PM
Terbaik awak
Quote sukacactus 9-3-2026 01:55 PM
Mcm pernah baca dl mak dia doktor, bapak dia pulak xpasti
Lps parents divorced, dok dgn nenek, rupanya skali dgn bapanya jg
Itu la masanya kot dok kat ppr tu
Quote putribonda 9-3-2026 02:22 PM
sukacactus replied at 9-3-2026 01:55 PM
Mcm pernah baca dl mak dia doktor, bapak dia pulak xpasti
Lps parents divorced, dok dgn nenek, rupan ...

oh mak dia doctor ke.
ingat kan dah meninggal ke apa sbb dia tak sebut mak dia rupanya divorced ye.
tapi bagus la dia tak malu mengaku dia pernah duduk ppr.


Quote Capt.bal 9-3-2026 03:13 PM
Lurve sangatt. Harap2 tak settle down dgn keith, jalan2 dulu please
Quote chanteksekali 9-3-2026 03:42 PM
Truth is bkn nak kata ytjt psl PPR. Mmg it is known ppr kotor n busuk. Lif rosak. Kencing merata. Usahlah nak humblebrag duk ppr tp tak face benda tu yg duduk PPAM pun komplen rumah mcm PPR apatah lg yg mmg ppr dekkkkk
Quote sukacactus 9-3-2026 03:51 PM
putribonda replied at 9-3-2026 02:22 PM
oh mak dia doctor ke.
ingat kan dah meninggal ke apa sbb dia tak sebut mak dia rupanya divorced ye ...

Ni bacaan artikel masa dia baru2 muncul dl
Cari balik xjumpa pulak
Tp yg pasti dia xberapa close dgn maknya
Maybe maknya awal2 dah nikah baru kot
Ayahnya br kawin blk 2021 dl
Quote bbalik 9-3-2026 03:54 PM
bthol le dak2 pprt de masalah sosial...
con toh.. rina
Quote becir 9-3-2026 04:07 PM
takpela dik nb nedim tu bukan ada keje tetap pun. berlakon byk2 kumpul duit sendiri one day soon u will realise marriage is not for everyone.

mcm la dia baca
Quote miszclassique 9-3-2026 04:30 PM
becir replied at 9-3-2026 04:07 PM
takpela dik nb nedim tu bukan ada keje tetap pun. berlakon byk2 kumpul duit sendiri one day soon u w ...

Salah benang ke uolsss
Quote 91221 9-3-2026 04:59 PM
Wow bagus la perempuan ni
Quote zuriey 9-3-2026 06:01 PM
Aku tiap kali raya p rumah pakcik aku dok ppr
Elok je ppr dia duduk tu
Bau2 sikit tu ada la
Tapi persekitaran masih elok terjaga
Quote caprisonne 9-3-2026 07:27 PM
Threads ni lubuk mulut puaka..
Quote becir 9-3-2026 09:39 PM
miszclassique replied at 9-3-2026 04:30 PM
Salah benang ke uolsss

haah la uols..nak komen kat benang nb kat sini pula diamnya

Quote brainbiru 9-3-2026 10:53 PM
Siapa riena ni.. dah kawen ke belum... org mcm dia ni insyaAllah, menantu yg baik.
Quote brainbiru 9-3-2026 10:56 PM
chanteksekali replied at 9-3-2026 03:42 PM
Truth is bkn nak kata ytjt psl PPR. Mmg it is known ppr kotor n busuk. Lif rosak. Kencing merata. Us ...

Ye betul.. pnh pegi visit colleague baru beranak.. sesungguhnya aku insaf... melihat kehidupan org lain... dalam hati aku doa sepanjang jln semoga Allah bg dia rezeki berlebih2.. supaya dpt keluar dari tempat tu... anak dia x sampai setahun.. dah pindah ke tempat lain.. bende tu mmg kenyataan.. tp mcm riena tu ckp la.. berhati2 klu menulis..x perlulah nak tulis kat thread.. x de manusia nak duduk tmpt mcm tu kalau diberi pilihan...
Quote adelea 9-3-2026 11:46 PM
chanteksekali replied at 9-3-2026 03:42 PM
Truth is bkn nak kata ytjt psl PPR. Mmg it is known ppr kotor n busuk. Lif rosak. Kencing merata. Us ...

Thats not the point , i tak rasa dia humble brg pon
She cuma ckp masa tu je yg mampu ,

Maksudnya org yg kat situ itu je yg dia mampu
Jadi tak ok pon kena ok je
Rezeki kita semua x sama sis ..
Quote adelea 9-3-2026 11:48 PM
brainbiru replied at 9-3-2026 10:56 PM
Ye betul.. pnh pegi visit colleague baru beranak.. sesungguhnya aku insaf... melihat kehidupan org ...

Kan sis
Buat kita rasa bersyukur … hidup ni realiti yg tak semua nya indah , and tak semua bertuah
Quote cempakaa 10-3-2026 12:07 AM
Alhamdulillah sekarang kehidupan bertambah baik

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-4-2026 10:26 AM GMT+8 , Processed in 0.170001 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top