|
Ahli perniagaan yang juga suami kepada Miera Liyana mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan menyebabkan pernyataan palsu diberikan kepada Bursa Malaysia berhubung hal ehwal syarikat itu, lima tahun lalu.
Memetik Sinar Harian, bekas pengarah Sarawak Consolidated Industries Berhad iaitu Rosland Othman membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus. Mengikut pertuduhan, bapa kepada tujuh anak itu didakwa di bawah perenggan 369(b)(B) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dan boleh dihukum di bawah seksyen 369 akta sama yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan didenda sehingga RM3 juta. Timbalan Pendakwa Raya, Suruhanjaya Sekuriti (SC), Hashley Tajudin tidak mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin dengan alasan kes tersebut termasuk dalam kesalahan yang tidak boleh dijamin. Bagaimanapun jika mahkamah ingin menggunakan budi bicaranya untuk membenarkan jaminan, pendakwaan mencadangkan jumlah jaminan RM1 juta dengan seorang penjamin. “Ia termasuk syarat tambahan, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri ke ibu pejabat SC sekali setiap bulan sehingga kes selesai,” katanya. Bagaimanapun, peguam yang mewakili lelaki itu memohon jumlah jaminan rendah atas alasan anak guamnya menanggung tujuh anak hasil daripada dua perkahwinan serta dua warga emas iaitu ibu kandung dan ibu mentuanya. “Anak guam yang telah diisytihar sebagai muflis pada 2023 juga menghidap penyakit kencing manis, glaukoma dan masalah saraf,” katanya. Mahkamah membenarkan tertuduh diberi jaminan sebanyak RM500,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan serta menetapkan sebutan semula kes pada 7 Mei ini. Sumber: Sinar Harian, Rotikaya
|
Buritan: Habis le kau.. Cepatnyaa dpt c ...
gigahertz replied at 14-3-2026 12:29 PM
Bininya x tuntut cerai ke. Suami dah jatuh miskin
gigahertz replied at 14-3-2026 12:29 PM
Bininya x tuntut cerai ke. Suami dah jatuh miskin
pocongkiutss replied at 14-3-2026 04:08 PM
Iols nak tny kpd acik porem..mvm kes org tua ni..nmpk nau bini update mkn mewah kt Park Hyatt bagai. ...


cm_vungtau replied at 14-3-2026 08:38 PM
Kan dia dapat jugak kurangkan dari sejota kurang jadi 500k. Kalau ikut dia, dia nak bayau 5k aje : ...
pocongkiutss replied at 14-3-2026 08:39 PM
Mana aci noks..bg iols dia takleh kurangkan hatta 1 sen ponnn..so unfairrr
L.U.S.M replied at 15-3-2026 12:39 PM
Mmg ex wife dia si asiah tu kena aniaya kaw2 la kiranya
.
Allah xpernah tidur
hihanghoheng replied at 16-3-2026 03:59 PM
makin nampak kepam org tua dah husband miera ni
tigerads replied at 16-3-2026 07:05 PM
asiah ke adeebah??
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
16-4-2026 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.138694 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.