CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Paula White Si “Pawang” Presiden Trump

6-4-2026 05:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 888| Komen: 11

 



Jika dulu raja-raja dikelilingi dengan dukun dan pawang diraja sebagai penasihat politiknya, kini Presiden Donald Trump juga memiliki dewan penasihat spiritual dari kalangan tokoh Evangelikal Kristian seperti Franklin Graham, Paula White, Robert Jeffress, Kenneth Copeland, Samuel Rodriguez dan ramai lagi. 

Salah seorang penasihat rohani yang digemari oleh Trump ialah Paula White. Paula White ialah seorang Kristian Evangelikal berideologi Krisitan Nationalisme dan Kristian Zionisme. 

Sebelum ini dia terkenal dengan ajaran yang sering dikaitkan dengan konsep “prosperity gospel” iaitu mendapat kekayaan duniawi dengan melalui beberapa amalan Bible. Dia juga membawa kepercayaan bahawa sumbangan kewangan kepada gereja akan dibalas dengan keberkatan material dan kekayaan daripada Tuhan. Seolah-olah mempromosikan idea bahawa kekayaan boleh diperoleh melalui “iman yang dibuktikan dengan wang”. 

Kini, nama Paula White semakin mendapat perhatian global sebagai penasihat rohani kepada Donald Trump yang sering mencetuskan kontroversi yang hebat, termasuk dalam kalangan penganut Kristian sendiri. Dakwaan-dakwaan ganjil mengaitkan kepercayaan Kristian dengan tindakan politik Trump. Antaranya:

1) Mendakwa Kristian yang tidak menyokong Trump perlu “menjawab kepada Tuhan” - seakan-akan sesiapa menentang Trump bermaksud menentang kehendak Tuhan. 
2) Menyamakan perjuangan Trump dengan Jesus
3) Mendakwa Trump dipilih oleh Tuhan
4) Mendakwa Trump menjalankan misi Tuhan
5) Menyeru bantuan “malaikat” kemenangan untuk Trump

Kenyataan ini menjadi tular dan dipersoalkan dalam kalangan tokoh Kristian sendiri kerana dianggap tidak berasaskan teologi Kristian arus perdana. 

Dalam masa yang sama, dia juga sering mengaitkan sokongan politik dengan kehendak Tuhan, termasuk menyatakan bahawa orang Kristian perlu menyokong pemimpin tertentu iaitu satu pendekatan yang jelas menunjukkan percampuran antara agama dan kuasa politik.

Inilah yang menjadikan dia figura yang kompleks. Di satu pihak, dia dilihat sebagai suara keagamaan yang berpengaruh dalam arus Evangelikal Amerika. Namun di pihak lain, kenyataan dan pendekatannya yang ekstrem, menyesatkan. 

Maka tidak hairanlah apabila tindakan Trump menjadi semakin gila disebabkan dikelilingi oleh para Kristian Ekstremis seperti Paula White dan barisan penasihat yang lain. Segala-gala kejahatan Trump akan “dihalalkan” oleh para penasihat rohaninya. 

Walaupun para penasihat Kristian itu tahu mengenai skandal dan masalah salah laku Trump. Seperti biasa, mereka akan mencari “dalil” dengan mengatakan bahawa “Tuhan boleh menggunakan sesiapa sahaja sebagai alat-Nya termasuk orang seperti Trump”.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 6-4-2026 07:29 PM
Segala-gala kejahatan Trump akan “dihalalkan” oleh para penasihat rohaninya.


macam kes rogol bulu-bulu sorang tu eh
Quote chacon 7-4-2026 08:41 AM
ala2 merlin versi moden.tapi zaman sekarang sihir lagi hebat
Quote manopBKK 7-4-2026 11:46 AM
Edited by manopBKK at 8-4-2026 03:13 AM



[twitter]https://twitter.com/paxtubeofficial/status/2041350410875621446?s=61[/twitter]
Quote clueless_gamer 7-4-2026 12:29 PM
EVANGELICAL = Christian Zionist

Meanwhile when in Isreal..

[youtube]vio53jUpJz0[/youtube]

[youtube]kRguceI4h1Q[/youtube]

[youtube]sUJrXNCfUrk[/youtube]

[youtube]7TwEQX6zwUI[/youtube]

[youtube]HJNfKTO7XK8[/youtube]


Quote airfilterkotor 7-4-2026 04:11 PM
AI Overview
The ancient Palestinian Christian community is facing a critical threat of extinction, particularly in Gaza, where the population has been reduced to roughly 800–1,000 individuals due to ongoing conflict, Israeli bombardment of historic churches, and forced displacement. The community, which has existed since the first century, is experiencing severe depletion due to, according to reports, systematic pressure, emigration, and restricted access to holy sites in Jerusalem and Bethlehem.

"We thought we would be protected by the church but unfortunately the brutal Israeli occupation does not differentiate,” he said.
“They have targeted churches, mosques and hospitals. There is no safe place." - AlJazeera 2023

Quote shamsadis 7-4-2026 04:38 PM
first day perang, dia bom sekolah budak2 ramai mati, memang satanic, memerlukan korban kanak2
Quote kemaruk 7-4-2026 04:50 PM
Eh bukan ke peperangan ini adalah gabungan christian, judaism dan sunni (team baik)

Menentang team jahat rejim syiah laknatullah?
Quote ultra78 7-4-2026 08:23 PM
[youtube]gHsBIk1ZLr4[/youtube]

[youtube]TzIym0eZsH0[/youtube]
Quote airfilterkotor 7-4-2026 08:38 PM
Khutbah Ahad versi metal ke teww...
Quote manopBKK 8-4-2026 03:10 AM
....pro MAGA kena kencing.

[twitter]https://twitter.com/pommi_wtal/status/2041561751188029826?s=61[/twitter]
Quote Dwdrum 8-4-2026 08:50 AM
Di sebab kan 1 christian nation susah untuk dominate.. Meanwhile... Muslim ada lebih over 50+ muslim nation... Masih ter sakiti...

American and canada sudah sampai moon 2 x... Muslim masih proud with iran rocket missile...

Chronic sungguh dengki disease

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-4-2026 10:41 AM GMT+8 , Processed in 0.035283 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top