CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Madani Mart tak ciplak model Kedai Rakyat 1Malaysia – Fuziah

6-4-2026 05:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 810| Komen: 14

 



KUANTAN – Pelaksanaan Madani Mart bukan meniru atau menciplak model kedai runcit yang pernah diperkenalkan kerajaan sebelum ini,

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata, Madani Mart menggunakan pendekatan baharu tanpa melibatkan perbelanjaan modal kerajaan. 

Model baharu itu berbeza dengan model terdahulu sekali gus beliau menolak dakwan sesetengah pihak mengatakan Madani Mart ibarat ‘menyalin baju’ Kedai Rakyat 1Malaysia.

Tegas Fuziah, model sebelum ini  memerlukan kerajaan menyediakan peruntukan besar termasuk kos pengubahsuaian premis dan inventori berbanding pelaksanaan Madani Mart dilakukan melalui kerjasama dengan pengusaha yang diluluskan.

 



“Pendekatan ini menjadikan Madani Mart sebagai model yang memberi manfaat kepada semua pihak tanpa membebankan kerajaan.

“Kalau orang kata ini ambil model terdahulu, tidak. Model terdahulu kerajaan keluar modal, kerajaan buat renovasi, kerajaan letak rak dan kerajaan yang bayar inventori sehingga ratusan ribu ringgit bagi setiap outlet.

“Dalam Madani Mart ini kerajaan tidak keluarkan modal. Jadi ia merupakan model menang-menang kepada semua pihak dan yang paling mendapat manfaat ialah rakyat,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pelaksanaan Madani Mart yang turut dijadikan rakan strategik tambahan kepada kira-kira 1,800 rakan strategik sedia ada bagi melaksanakan program Jualan Rahmah.

Sementara itu, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim merasmikan outlet pertama Madani Mart di Indera Mahkota di sini hari ini.

Lebih mengujakan, Perdana Menteri menjadi pelanggan pertama membeli barangan keperluan di Madani Mart di Indera Mahkota hari ini selepas selepas merasmikan majlis berkenaan.

Menurut Fuziah, Program Madani Mart menyasarkan pembukaan sekurang-kurangnya 640 outlet di seluruh negara bagi memastikan setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) mempunyai sekurang-kurangnya satu outlet yang menawarkan barangan keperluan harian pada harga lebih berpatutan.

“Pelaksanaan 640 outlet berkenaan akan dinuat dalam tempoh dua tahun dan serta disokong oleh enam ehab pengedaran utama merupakan langkah progresif,” katanya.

Tambah Fuziah, permohonan untuk menjadi pengusaha Madani Mart dibuka kepada individu atau syarikat yang berdaftar serta mempunyai komitmen perniagaan kukuh selain keupayaan operasi dan kewangan untuk mengendalikan outlet berkenaan dengan kaedah perlesenan.

Jelasnya antara syarat permohonan pembukaan premis berkenaan ialah dengan keluasan dua unit rumah kedai.

Inisiatif yang digerakkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu dijangka membantu memperluaskan akses rakyat kepada barangan keperluan harian pada harga lebih mampu milik di seluruh negara.

Madani Mart merupakan satu pendekatan strategik yang signifikan dalam menangani cabaran kos sara hidup rakyat secara lebih menyeluruh dan bersasar.

Ia merupakan inisiatif di bawah Yayasan Madani yang berfungsi sebagai platform ekonomi rakyat, bukan sekadar premis runcit. Inisiatif ini menyokong usaha menstabilkan ekonomi dengan menyediakan akses kepada barangan keperluan pada harga berpatutan dan kompetitif.

Berteraskan konsep komuniti dengan slogan “Kedai Runcit Harga Rahmah,” Madaniadanirt menyediakan akses kepada barangan keperluan asas yang mudah dicapai serta adil kepada semua lapisan masyarakat.

Inisiatif yang sama turut membuka peluang kepada usahawan tempatan melalui model pelesenan yang komprehensif.

Yayasan Madani bertindak sebagai pemberi lesen dengan menyediakan sokongan menyeluruh merangkumi latihan, bimbingan serta sokongan operasi bagi memastikan setiap premis beroperasi secara cekap dan mampan.  



Sumber: – MalaysiaGazette

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pocongkiutss 6-4-2026 11:46 PM
Dia ni bodoh ke apa?

Dh la kantoi pasal Lynas dulu.manipulate budak kecik
Quote chacon 7-4-2026 08:42 AM
yelah tak ciplak tiru je
Quote pengecatbintang 7-4-2026 09:06 AM
Edited by pengecatbintang at 7-4-2026 09:17 AM

KR1M :
  
1. semua gov sediakan (termasuk modal, pekerja) & urus kedai tu - tiada usahawan

2. semua produk dijenamakan sebagai KR1M

Cth : susu tepung - jenama KR1M

Madani :

1. Usahawan yg kuar modal & run the bisnes - Gov Madani bantu dari segi training, nasihat

2. pelbagai produk dgn pelbagai jenama - tiada produk dijenamakan sebagai Madani

Cth : susu tepung - pelbagai jenama yg ada di pasaran

ITU BEZANYA

DAH TUA PON BODO
  
kalo bodoh sgt..

pi thread sebelah

kat thread tu ramai porumer bongok kata Madani Mart ciplak KR1M

aku dah sekolahkan porumer2 cari yg bodo tu

beza adalah BISNES MODEL

depinisi bisnes model pon x tau

tau apa tu Bisnes Model

kebanyakan porumer cari, kan katak bawah tempurung

tp acah2 pandai & acah2 semua tau   



Quote pengecatbintang 7-4-2026 09:25 AM
Edited by pengecatbintang at 7-4-2026 03:54 PM
pengecatbintang replied at 7-4-2026 09:06 AM
KR1M :
  
1. semua gov sediakan (termasuk modal, pekerja) & urus kedai tu - tiada usahawan

kalo dah bangang sgt x bole beza KR!M dgn Madani Mart

meh aku bagi kat yg bangang2 ni

cth :

kata lah ko andartu desperet nak berlaki

ko nak Husben

Husben = Kedai Runcit

Husben 1st (KR1M) - biawak idup, tak keje, bodo tp sombong, kaki dadah, kaki pukul, makan minum bergantung dgn bini

ko cerai ngan hasben 1st

Husben 2nd (Madani) - usahawan, berdisiplin, cermat, bijak, bini bole tumpang senang

mana Husben yg ko ndak

tp sbb ko bangang

ko pileh Husben 1st - ini yg banyak berlaku dalam dunia realiti

jadi lah pamili tunggang langgang

anak2 terbiar

dah jadi beban masyarakat plak
Quote akies 7-4-2026 10:14 AM
Tok ajib dh buat dah kedai 1 malaysia dulu.
Pmx skrg rebrand je tambah madani.
Quote KamikuP 7-4-2026 12:11 PM
kEBANYKAN BRANG kr1m TU DATANG DARI mYDIN BETULKAH @PENGECATBINTANG? eh tercaps lock sowiii
Quote kucingitam 7-4-2026 12:18 PM
betullah apa pengecat bintang tu bgtau. kr1m tu, siap ada brg berlogo kr1m. benda2 ni semua duit tau nak buat. kontrak kilang utk labelkan barangan ke kr1m tu.
Quote Blu3butter 7-4-2026 03:36 PM
Ye la betul dah tu
Quote pengecatbintang 7-4-2026 03:44 PM
KamikuP replied at 7-4-2026 12:11 PM
kEBANYKAN BRANG kr1m TU DATANG DARI mYDIN BETULKAH @PENGECATBINTANG? eh tercaps lock sowiii

seingat aku ya...

dijenamakan jadik KR1M

Quote Firenzza 7-4-2026 04:26 PM
pocongkiutss replied at 6-4-2026 11:46 PM
Dia ni bodoh ke apa?

Dh la kantoi pasal Lynas dulu.manipulate budak kecik

Bkn ke suma org kontan dah jd zombie skg ni?
Quote Skuau 7-4-2026 04:36 PM
pengecatbintang replied at 7-4-2026 09:25 AM
kalo dah bangang sgt x bole beza KR!M dgn Madani Mart

meh aku bagi kat yg bangang2 ni


Abang tapayah risau...ASING WORANG SAPOT ADA.
#AnkBanglaAnkSaiya
#AnkIndonAnkSaiya
#AnkPakisAnkSaiya
#AnkRohingyaAnkSaiya
#AnkMyanmarAnkSaiya
#AnkNepalAnkSaiya
            
Quote kemaruk 7-4-2026 04:43 PM
Hebat nya najib

Tatkala seluruh dunia sedqng diselubungi harga minyak usd100 selama 3 tahun dari 2011 hingga 2014, najib selamber je bagi pelbagai bantuan, projek mega, aset negara mencanak naik, harga barang terkawal, divieen epf asb tinggi.

Naik harga minyak pon sen2 jah

Apa nak buat, nak sangat ubah
Quote pengecatbintang 7-4-2026 05:28 PM
Hebatnya Bijan

terang2 rembat RM50 billion imdb

PM Mesia yg pertama kena cukai RM1.69 billion

PM Mesia yg lingkupkan PILDA yg diasaskan oleh ayah dia



Quote kemaruk 7-4-2026 05:35 PM
Hebat nya anwar

Turunkan minyak tahap harga venezuela

Hapuskan tol

Mansuh hutabg ptptn

Ringgit naik level singapore

Bursa mencanak

Hutang tinggal sen2 jah

Barang murah rm50 se troli

Hebat menipu dan merayu air mata

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-4-2026 09:16 AM GMT+8 , Processed in 0.047486 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top