CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kurang 24 jam tempoh akhir tamat, Iran tetap tak 'tunduk' dengan ugutan AS

7-4-2026 09:51 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 720| Komen: 5

 


Washington: Tempoh akhir menjelang malam Selasa (pagi Rabu Waktu Malaysia) untuk Iran menerima perjanjian atau menghadapi apa yang dikatakan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump sebagai serangan besar-besaran ke atas infrastruktur awam kritikal negara itu.

Tentera Iran bertindak balas dengan tegas dengan mengatakan "retorik sombong dan ancaman tidak berasas" Trump tidak akan menghalang operasi pihaknya terhadap pasukan AS dan Israel.

Lima minggu selepas perang AS-Israel ke atas Iran, pemimpin AS itu menuntut Tehran membuka semula Selat Hormuz untuk kapal antarabangsa menjelang tengah malam Selasa atau menghadapi pusingan pengeboman baharu yang dahsyat.

"Kami mempunyai rancangan... di mana setiap jambatan di Iran akan dimusnahkan menjelang 12 malam esok, di mana setiap loji kuasa di Iran akan gulung tikar, terbakar, meletup dan tidak akan digunakan lagi," kata Trump, menepis tuduhan bahawa langkah sedemikian akan menjadi jenayah perang.

"Maksud saya sepenuhnya menjelang 12 (tengah malam), dan ia akan berlaku dalam tempoh empat jam – jika kami mahu," kata Trump pada sidang akhbar di mana beliau turut menceritakan tentang penyelamatan dua anak kapal jet pejuang F-15 AS yang ditembak jatuh di Iran minggu lalu.

Sementara itu, Trump dan Iran berkata, cadangan yang diuar-uarkan oleh pengantara antarabangsa untuk gencatan senjata selama 45 hari masih belum siap.

Trump sebelum ini berkata, rancangan itu, yang menurut media AS sedang dimediasi oleh Pakistan, Mesir dan Turkiye, adalah "cadangan yang penting," tetapi beliau kemudiannya berkata ia tidak cukup baik.

Media kerajaan Iran memetik pegawai sebagai berkata, Tehran "sudah menolak gencatan senjata dan menegaskan tentang keperluan untuk penamatan konflik yang muktamad."

Markas pemerintahan pusat tentera Iran, Khatam Al-Anbiya yang bertindak balas terhadap ancaman Trump, menggelarnya sebagai "khayalan" dan berkata, "operasi menghancurkan pahlawan Islam terhadap musuh Amerika dan Zionis" akan diteruskan.


Sumber : Harian Metro




 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 7-4-2026 10:10 AM
US ni hanya melahirkan golongan Militan je, contoh Taliban
Quote daisy71 8-4-2026 12:58 PM
Harga minyak jatuh bila PMX nak turun kan harga minyak kat semenanjung ni
Quote manopBKK 8-4-2026 10:57 PM



[twitter]https://twitter.com/dailymail/status/2041822153377448064?s=61[/twitter]
Quote Dwdrum 9-4-2026 08:41 AM
Guna human shield untuk perang.... Hina pejuangan mu...blast countries yang tidak akan retaliate

Iranian anti regime... Invite amerika and israel untuk bomb own country + parade

Siapa lebih coward...

images-30.jpeg




Quote manopBKK 9-4-2026 10:02 PM
Dwdrum replied at 9-4-2026 08:41 AM
Guna human shield untuk perang.... Hina pejuangan mu...blast countries yang tidak akan retaliate

I ...

Sebak ke? Kahkahkah  https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1264506&extra=&page=5

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-4-2026 10:58 AM GMT+8 , Processed in 0.039720 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top