|
Kuala Lumpur: Kerajaan menggalakkan penjawat awam memakai baju batik setiap hari bekerja sebagai alternatif kepada pakaian pejabat susulan langkah menyelaras suhu penyaman udara kepada minimum 24 darjah Celsius bagi penjimatan tenaga.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, ketetapan itu selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian UP.7.2.3 mengenai Etiket Pakaian dan Penampilan pegawai awam. "Di bawah perenggan 5, Jadual 1 (iii): Pakaian Pegawai Lelaki Ketika Menjalankan Tugas dan perenggan 8, Jadual 2 (ii): Pakaian Pegawai Wanita Ketika Menjalankan Tugas, pemakaian baju batik adalah diwajibkan setiap hari Khamis dan digalakkan dipakai pada setiap hari bekerja sebagai alternatif kepada pakaian pejabat," katanya. Beliau berkata demikian dalam surat edaran kepada Ketua Setiausaha Kementerian dan Setiausaha Kerajaan Negeri yang dimuat naik di Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam. Wan Ahmad Dahlan berkata, selain itu, Ketua Jabatan boleh membenarkan pegawai bertugas memakai baju korporat atau baju kerja lapangan pada hari tertentu untuk tujuan tertentu semasa bertugas selaras dengan perenggan 13 Ceraian UP.7.2.3. "Pegawai juga dibenarkan memakai baju korporat setiap hari kecuali pada Khamis... namun, ketetapan ini adalah dikecualikan bagi pegawai yang disyaratkan memakai pakaian seragam," katanya. Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kawalan penggunaan tenaga di bangunan kerajaan akan diperketat termasuk menetapkan suhu penyaman udara pada minimum 24 darjah Celsius. Langkah itu mencerminkan komitmen kerajaan untuk memimpin melalui teladan dalam penggunaan tenaga secara berhemat, selain menjadi antara pendekatan proaktif dalam mendepani krisis tenaga global. Sumber : Harian Metro
|
kayujaras replied at 7-4-2026 10:38 AM
X faham dengan solution yang dicadangkan ni... cadangan pakai baju batik sebab material dia sejuk ke ...
talapia replied at 7-4-2026 12:30 PM
entah.. apa ke bezanya?
maybe la material dia sejuk.. n lelaki tak perlu tuck in bagai
lain2?
Decaffeinated replied at 7-4-2026 02:38 PM
Batik itu corak.
Panas sejuk takde kaitan dengan corak, panas di hati mungkin lah.
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
16-4-2026 10:27 AM GMT+8 , Processed in 0.043603 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.