CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tujuh kanak-kanak maut selepas serangan AS - Kementerian Kesihatan Iran

7-4-2026 10:23 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 459| Komen: 1



Tehran: Jumlah kanak-kanak yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas Tehran telah meningkat kepada tujuh, kata ketua akhbar Kementerian Kesihatan Iran, Hossein Kermanpour pada Isnin, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Press TV melaporkan sekurang-kurangnya enam kanak-kanak terbunuh dalam serangan semalaman Amerika Syarikat (AS) dan Israel di wilayah Tehran.

"Malam tadi, pesawat pejuang AS menyerang Tehran. Tujuh kanak-kanak di bawah umur 10 tahun terbunuh, seorang berumur bawah setahun, hampir tidak dapat dikenal pasti," menurut hantaran Kermanpour di platform media sosial X.

Pada 28 Feb, AS dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran, termasuk di Tehran, menyebabkan kerosakan dan kematian orang awam.

Iran bertindak balas dengan menyerang wilayah Israel dan kemudahan tentera AS di Asia Barat.

AS dan Israel mendakwa serangan yang disifatkan sebagai langkah pencegahan (preemptive) itu adalah perlu bagi mengatasi ancaman dikatakan daripada program nuklear Iran.

Sumber : Harian Metro




 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kayujaras 7-4-2026 11:13 AM
Innalillah..

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-4-2026 09:41 AM GMT+8 , Processed in 0.139454 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top