CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua warga Singapura didenda buang puntung rokok di tempat awam di KSL City Mall, JB

7-4-2026 12:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 721| Komen: 12

 



Johor Bahru: Dua lelaki warga Singapura masing-masing didenda RM1,000 dan diperintah menjalani khidmat masyarakat oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah membuang sisa pepejal iaitu puntung rokok di tempat awam.

Orang Kena Saman (OKS), Lim Hu Shen dan Tan Boon Haw, masing-masing berusia 38 tahun dijatuhi hukuman itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim.

Kedua-dua OKS yang bekerja sebagai arkitek dan pengurus projek itu juga diperintahkan untuk melakukan khidmat masyarakat selama enam jam dengan tempoh dua jam sehari dan perlu dilaksanakan tidak lebih daripada enam bulan.

Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua OKS dipenjara sebulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, kedua-dua OKS didakwa membuang sisa pepejal iaitu puntung rokok di tempat awam dan bukan di dalam bekas yang diperuntukkan bagi maksud membuang sisa pepejal berkenaan.

 Perbuatan itu didakwa dilakukan di hadapan pintu masuk utama KSL City Mall di sini antara jam 11 pagi dan 11.11 pagi pada 3 Januari lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 77A(1) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) dan sebagai tambahan boleh dikenakan suatu perintah khidmat masyarakat di bawah subseksyen 77B(1) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda sehingga RM2,000 dan sebagai tambahan suatu perintah khidmat masyarakat maksimum 12 jam, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Rubiah Maulud manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sumber : Harian Metro


 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote clueless_gamer 7-4-2026 12:50 PM
saman by income percentage.. baru terkincit deme
Quote Skuau 7-4-2026 12:54 PM
oks..org kuat Singapore...
Quote Decaffeinated 7-4-2026 02:46 PM
Dua2 kerja bagus bukan rempit Singapore RM1,000 tu celah gigi ja tapi implikasi kantoi tu besar. Harap jadi big news di Singapore. Mereka rupanya masih belum berjaya sepenuhnya dalam mendidik.
Quote kemaruk 7-4-2026 05:39 PM
Pensumbang ekonomi malaysia
Quote pejol 7-4-2026 05:49 PM
bagus la tu..kalo tempat dia lagi straight
Quote sukacactus 7-4-2026 08:20 PM
Eh kat kampung korang pandai pulak tak buat sampah ye
Quote TOPwind 7-4-2026 09:56 PM
org Singapork ni

nak makan atau shopping dtg Msia

sbb kat negara dia tak mampu nak makan sedap2.

tapi yg bagusNYA dah makan balik terus ke negara dia

dan berak disana.
Quote mehmet 7-4-2026 11:17 PM
Tak wheel chair. Tak mask, tak bisul.
Quote ragazza 8-4-2026 08:46 AM
mehmet replied at 7-4-2026 11:17 PM
Tak wheel chair. Tak mask, tak bisul.


Berani buat berani tanggung.


Baru lah gentleman
Quote BoongaKertas 8-4-2026 08:53 AM
kenapa kat negara dia, pandai plak dia behave. masuk msia, terus jd mcm kambing ke?
Quote kurga 8-4-2026 11:04 AM
ingat duit dia besaq kat malaysia.. boleh buat apa saja la tu...
Quote Lucy20 8-4-2026 07:10 PM
utk temasek, dorang ni kategori rempit. baru jejak kaki negara jiran, berkepak mcm kan banyak sangat duit dollar dia. tapi dalam temasek, $1 pun berkiraaaaaa! ku padankan saja org begini jejak negara jiran kena saman/denda

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-4-2026 09:15 AM GMT+8 , Processed in 0.319293 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top