CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bangkok 'membara', indeks haba boleh cecah 51 darjah Celsius

7-4-2026 12:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 518| Komen: 0

 



Bangkok: Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) mengeluarkan amaran bahawa indeks haba di bandar raya ini mencecah tahap 'bahaya' pada semalam (6 April), sekali gus mencetuskan kebimbangan serius terhadap kesihatan penduduk, lapor The Nation.

Menurut Jabatan Alam Sekitar BMA, indeks haba maksimum yang direkodkan pada hari berkenaan berada dalam julat 42 hingga 51.9 darjah Celsius yang dikategorikan sebagai tahap 'bahaya'.

Malah, risiko boleh meningkat kepada tahap 'sangat bahaya' sekiranya melebihi 52 darjah Celsius.

Pihak berkuasa menjelaskan bahawa walaupun suhu sebenar kekal antara 38 hingga 40 darjah Celsius, kelembapan yang tinggi menyebabkan suhu 'yang dirasai' meningkat dengan ketara sekali gus menambah risiko kelesuan haba dan strok haba.

Sehubungan itu, BMA menggesa orang ramai supaya memantau gejala seperti pening, keletihan, sakit kepala, denyutan nadi yang laju atau corak peluh yang tidak normal.

Individu yang mengalami simptom berkenaan disarankan segera berpindah ke kawasan teduh atau berhawa dingin untuk berehat.


Penduduk turut dinasihatkan supaya minum air secukupnya sepanjang hari, mengelakkan aktiviti luar ketika waktu puncak haba antara 11 pagi hingga 3 petang serta mengurangkan pendedahan berpanjangan kepada cahaya matahari secara langsung.

Golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga emas, wanita hamil dan individu yang mempunyai masalah kesihatan atau obesiti disarankan mengelakkan aktiviti luar sepenuhnya serta mendapatkan rawatan perubatan sekiranya mengalami sebarang gejala.

BMA turut menegaskan bahawa haba melampau boleh menyebabkan kesan kesihatan yang serius termasuk strok haba dan menggalakkan orang ramai mendapatkan maklumat terkini melalui platform AirBKK bagi pemantauan masa nyata.

Sumber : Harian Metro


 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-4-2026 10:46 AM GMT+8 , Processed in 0.030097 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top