CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aliff Aziz Gembira Bella Astillah Dah Bertunang - “Untuk Itu Alhamdulillah. Aliff Sangat Gembira Melihat Mereka Bahagia"

8-4-2026 09:11 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1358| Komen: 28

 


Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz gembira dengan berita bekas isterinya, Bella Astillah selamat mengikat tali pertunangan dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.

Memetik Astro Gempak, Aliff turut mendoakan agar Bella dan Saddiq kekal bahagia hingga ke akhir hayat serta meminta orang ramai mendoakan buat dirinya.

“Untuk itu Alhamdulillah. Aliff sangat gembira melihat mereka bahagia dan Aliff doakan semoga mereka terus kekal bahagia hingga ke anak cucu insya-Allah.

“Selebihnya, Aliff minta semua doakan yang baik-baik untuk semua orang dan doakan juga yang baik-baik untuk Aliff. Aliff hanya manusia biasa, bukan malaikat, bukan nabi. Kalau ada salah kongsi Aliff minta maaf,” katanya.

Ditanya adakah dia menyaksikan momen pertunangan bekas isterinya, Alif berkata dia menerima kiriman video daripada beberapa pihak dan gembira melihat anak-anaknya gembira.

“Ada lah orang hantar-hantar. Jujurnya Aliff doakan yang terbaik. Ini jujur, bukan cakap untuk apa-apa. Aliff rasa gembira untuk mereka bila lihat anak-anak Aliff juga gembira.

“Itu pun dah buat Aliff rasa gembira. Anak-anak sentiasa dalam doa. Doa untuk mereka semoga kekal ke pelamin,” katanya.

Sumber: Astro Gempak, Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote L.U.S.M 8-4-2026 10:02 AM
Perlu ke ditanya soklan mcm tu kat ex husband yg cerai not in good terms???
Quote BoongaKertas 8-4-2026 10:04 AM
L.U.S.M replied at 8-4-2026 02:02 AM
Perlu ke ditanya soklan mcm tu kat ex husband yg cerai not in good terms???

kan? mcm x sensitif ek? tho mamat ni mcm bengong, still lah hurtful gak soalan tu.
Quote prince_marhaen 8-4-2026 10:06 AM
Wartawannnn sangkakkkkk.... budak2 ponen gempak tersangkakkk.... soalan sangkakkkkkk!
Feeling nak bagi sedih lah tuuu... isap je la cendawan enoki Alep tuuuu...
Quote sukacactus 8-4-2026 10:09 AM
Tp aku rasa dia ikhlas je wish ex dia pya happiness
Kalau ex dia happy, takde sgt la nak gaduh2 pasal ank nnt
Quote MatDeghem 8-4-2026 10:13 AM
tentu lah aliff happy. keluarga aliff semua happy.
dah takde gangguan dari bella.



Quote Sendawg 8-4-2026 10:18 AM
Wartawan and BASStards hanya nakkan dia koyak je. Dia bagi jawapan camni mereka takkan terima.
Quote chandrahusin 8-4-2026 10:21 AM
aku rasa alif mmg jujur pun happy untuk ex wife
dia buat hal & dimalukan
mesti dh takde apa2 perasaan
Quote seri_mawr 8-4-2026 10:24 AM
masa tgk video ni...dlam otak aku..apa punya wartawan la tnya soalan mcm gini...xde sensitiviti langsung...
waluapun perangai AA tu mintak kaki....reporter punya perangai lagi teruk....mcm xde soalan lain nak di tnya....

AA ni ada rupa...tu pasal la perempuan mudah nak ngekor dia...hahahah...
dulu2 aku selalu tertukar si AA ni dgn laki zahirah..AH..hahaha...
Quote ekselen 8-4-2026 07:48 PM
dah sah2 mcm xde perasaan dh kt ex bini tu... kalau x dah lama terkejar2... mcm do nothing je lepas cerai nya pun.. yg sblm tu ex bini yg terhegeh2..dah xde jodoh diorg bior je lah...
Quote aint 8-4-2026 08:21 PM
mesti la AA happy... sbb ada jantan yg tlg kutip sampah dia...
Quote cm_vungtau 8-4-2026 09:05 PM
AA dari dulu macam wife yang terkejar2 dia. Sian. Takpe la. Harap AA buang jambang and kembali nyanyi
Quote Incanto 8-4-2026 09:48 PM
aku percaya dia happy

lainlah kalau dia menyesal cerai dgn mek…ni tak langsung
Quote ladyxez 8-4-2026 09:49 PM
Mestilah dia happy. Aku pun lega tengok ,supaya Alif pulak bertemu jodoh dengan yang ikhlas, kaya dan baik
Quote myvi132806 9-4-2026 09:26 AM
aint replied at 8-4-2026 08:21 PM
mesti la AA happy... sbb ada jantan yg tlg kutip sampah dia...

Yesszzaaaa
Boleh bagi balik ayt ni kt bassturd si penyembah
Quote myvi132806 9-4-2026 09:27 AM
Sendawg replied at 8-4-2026 10:18 AM
Wartawan and BASStards hanya nakkan dia koyak je. Dia bagi jawapan camni mereka takkan terima.

Setuju
Dan harap aa diam x berkutik ja hal2 janda kau lepas ni. Biar dy merentan dgn labu2 nya.
Aliff bina hidup baru.
Quote A-Are 9-4-2026 11:12 AM
seri_mawr replied at 8-4-2026 02:24 AM
masa tgk video ni...dlam otak aku..apa punya wartawan la tnya soalan mcm gini...xde sensitiviti lang ...

sebut pasal ni kawan adik iols pernah jumpa aiman hakim ridza dekat seven e masa tu dia tgh shoot...kawan adik siap teruja minta bergamba lepas tu dgn confident nya ckp ni aliff aziz kan lepas ambik gambar...merah muka aiman masatu
Quote Blu3butter 9-4-2026 09:17 PM
Harus la dia happy sbb cerai bkn dgn cara yg baik so kalau BA tu kawin awal lg tenang dia jdnya takde org nak kait2 sgt dah
Quote seri_mawr 13-4-2026 05:47 PM
A-Are replied at 9-4-2026 11:12 AM
sebut pasal ni kawan adik iols pernah jumpa aiman hakim ridza dekat seven e masa tu dia tgh shoot. ...

hahhaa....
klu aku dok sebut AH dua2...hahahaa....sbb AA x berapa nak sedap di sebut..nak2 dulu2 dia xde hal lain...asyik la...mencurang...keluar cerita ex wife nangis2...
Quote apedehal 13-4-2026 10:02 PM
Ye lah kan..nk expect jwpn apa lg, xkn heols nk jwb kalau x kerana sy, mmg haram la org nk kenal bella tu..so thanks to me

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-4-2026 10:05 AM GMT+8 , Processed in 0.093059 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top