|
Pelakon Sherry Ibrahim, 43, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa hantaran terbaharu di media sosialnya bersifat sindiran atau ditujukan kepada mana-mana individu.
Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim berkata, perkongsian tersebut hanyalah berkaitan dirinya sendiri dan bertujuan memberi inspirasi kepada mereka yang memerlukan. "Ya Allah, kenapa perlu bersangka buruk dan membuat andaian tanpa disedari? Kalian tak takut dengan fitnah dan tuduhan? Hantaran saya di media sosial berkaitan dengan saya dan apa yang saya kongsikan adalah untuk mereka yang memerlukan. Itu sahaja," tulisnya di Threads. Sherry turut menyuarakan rasa terkilan terhadap tanggapan negatif segelintir netizen terhadap perkongsiannya. Dalam hantaran lain, bintang drama Teduhan Kasih itu menegaskan bahawa dia memilih untuk berdiam diri sebagai tanda hormat, tetapi tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk buli. "Saya berdiam diri atas dasar hormat, tetapi saya tidak akan sesekali menghormati perbuatan membuli. Jangan paksa saya ke tahap itu. Jangan salah anggap kesabaran saya sebagai orang yang lemah. "Jadi tolong hadam perkara ini! Kebaikan tidak memerlukan apa-apa kos. Buli menggambarkan segalanya. Dan kesabaran? Ada hadnya. Jadi perkara ini perlu dihentikan," tegasnya. Sumber :– Berita Harian
|
prince_marhaen replied at 9-4-2026 10:16 AM
cherry tetap mencobaaaaaaahhh, acah2 support....walaupun bini baru ex dah buntingggg... hihihi masih ...
scha1008 replied at 8-4-2026 05:24 PM
Ade gambau die dgn ex dlm kolam kt bali chuolss? Nape iols tak penah tau kes ni? Ehhh

prince_marhaen replied at 9-4-2026 12:01 PM
google je sherry-fattah-bali , klik image, gambar no.1

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
16-4-2026 09:14 AM GMT+8 , Processed in 0.162069 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.