CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

MADANI Mart tak kutip royalti, bukan francais - Fuziah Salleh

8-4-2026 05:58 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 435| Komen: 6

 



KUALA LUMPUR: MADANI Mart bukan perniagaan francais kerana ia tidak mengenakan bayaran royalti, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Dr Fuziah Salleh.

Beliau yang juga Pengerusi dan Pengasas Yayasan MADANI berkata, model perniagaan MADANI Mart disediakan dengan struktur pelesenan yang betul.

"(Ia) sangat jelas ia bukan francais tetapi struktur pelesenan.

"Tiada royalti," katanya sebagai mengulas mengenai dakwaan MADANI adalah perniagaan francais dan pemegang lesen perlu membayar royalti.

MADANI Mart menggunakan model perniagaan perkongsian awam-swasta-sosial (PPSP) melalui pelesenan di mana Yayasan Madani bertindak sebagai pemberi lesen untuk penjenamaan, konsep dan model perniagaan, semuanya berdaftar di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Pengaturan itu dijalankan tanpa sebarang perbelanjaan modal daripada yayasan dan setiap outlet dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh usahawan di bawah entiti perniagaan mereka sendiri.

Untuk menyertai sebagai pengendali MADANI Mart, usahawan perlu memenuhi beberapa komitmen kewangan, bermula dengan yuran pelesenan sekali sahaja sebanyak RM30,000 dan yuran pembaharuan tahunan sebanyak RM5,000.

Selain itu, ia juga mengenakan yuran perkhidmatan bulanan sebanyak RM2,000 di mana RM900 akan diperuntukkan untuk operasi, RM100 untuk Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), dan RM1,000 meliputi penyelenggaraan sistem, sokongan operasi, pemantauan prestasi dan penambahbaikan berterusan.

Fuziah turut menegaskan, MADANI Mart bukanlah francais walaupun terdapat dakwaan bahawa peruntukan hak penjenamaan, sistem pengendalian dan yurannya menunjukkan sebaliknya.


Sumber :– Berita Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 8-4-2026 06:16 PM
Bila nk ajak abe mat guling depan Lynas...
Quote shahreen 8-4-2026 06:41 PM
Yayasan madani ada financial audit report tak?
Quote kakikuDibibirmu 8-4-2026 07:06 PM
Yayasan Akal Budi tersenyum sinis
Quote pengecatbintang 8-4-2026 07:22 PM
shahreen replied at 8-4-2026 06:41 PM
Yayasan madani ada financial audit report tak?

semua Yayasan tertakluk di bawah audit negara
Quote pengecatbintang 8-4-2026 07:23 PM
heran yea

nak bagi rekyat beli barangan dgn harga rahmah di Madani Mart pon ramai yg kecam & keji

mmg DAH TUA PON BODO
Quote Tinot7 8-4-2026 08:07 PM
Kata bukan tapi penerangannya...

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-4-2026 10:10 AM GMT+8 , Processed in 0.316014 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top