CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penumpang tepuk punggung pramugari pesawat MAS diheret keluar pesawat... "Takkan sikit-sikit je tak boleh? Hubungan China-Malaysia rapat" katanya ...

10-4-2026 11:44 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2405| Komen: 16

 


TULAR rakaman video seorang lelaki warga China dibawa keluar oleh dua petugas keselamatan dari pesawat Malaysia Airlines.

Tindakan itu dipercayai selepas lelaki berkenaan meraba punggung seorang pramugari yang sedang bertugas sehingga memaksa campur tangan pihak keselamatan.

Kejadian itu dipercayai berlaku pada Rabu lalu sebelum pesawat berkenaan berlepas dari lapangan terbang.

Berdasarkan klip yang tersebar, individu berkenaan mempertahankan tindakannya ketika disoal mengenai tindakannya dalam bahasa Mandarin.


Malah dia pada awalnya enggan memberi kerjasama sebelum ditarik keluar oleh petugas keselamatan.

Netizen turut berkongsi terjemahan kata-kata lelaki tersebut yang antara lain percaya tindakannya itu bukan satu kesalahan.

Sebaliknya, ia 'tanda' hubungan rapat di antara China dan Malaysia.

"Dia cakap, dia tak buat sesuka hati. Cuma tepuk ringan-ringan pada punggung pramugari.

"Takkan sikit-sikit je tak boleh? Hubungan China-Malaysia rapat," demikian terjemahan yang dikongsikan.

Sementara itu, penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice, yang turut berkongsi video kejadian itu berharap Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan pihak polis mengendalikan kes itu dengan baik.

"Seorang pelancong dari China dihalau keluar dari pesawat Malaysia Airlines selepas menepuk punggung seorang pramugari. 

"Dia turut menyatakan hubungan China-Malaysia sangat baik sekarang, sebagai alasan," demikian coretan pada video yang dikongsikan di laman Instagram @capricedaddycap.

Sumber : mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Purestteam1 10-4-2026 12:23 PM
Kegemaran Tiong
Quote sukacactus 10-4-2026 12:34 PM
Dia igt FA kat ats tu GRO ke
Ikut sedap kepala anu ko je ye
Quote Skuau 10-4-2026 01:49 PM
Berkurun tggl dgn cina...pun tak faham 'perangai' dorng??? Mmmmm.......Dgn dorang ni cukup la pada urusan ' business@jual beli' jer.Kalau dia nk belanja...ko amik..habis la ko...dia 'tuntut balik tu nanti'.Kes ini buktinya.
Quote Kitty_catz 10-4-2026 02:32 PM
terajang je telo dia.. pekej tarik kote dia.. harrr
Quote shamsadis 10-4-2026 02:54 PM
jenayah seksual...tapi tu lah, mata sepet
Quote Jitu 10-4-2026 08:23 PM
tak bg ke penampar sedas
sedap2 je meraba
Quote PULANGKAN 10-4-2026 08:28 PM
sial punya perangai. sexual assault, pijak kotek dia sampai lunyai, pastu lepaskan anjing, pastu ikat dia kat pokok mangga
Quote Decaffeinated 10-4-2026 08:37 PM
apa nak heran bangsa satu billion lahir sorang pervert

yang pelik ada satu bangsa kecil ummah 20 juta ja tapi mampu hasilkan menteri meraba ko mampu...
Quote Firenzza 10-4-2026 08:40 PM
Decaffeinated replied at 10-4-2026 08:37 PM
apa nak heran bangsa satu billion lahir sorang pervert

yang pelik ada satu bangsa kecil ummah 20 ju ...

Sapa muntri tu?
Quote Decaffeinated 10-4-2026 08:42 PM

aku malas la nak sebut orang dah arwah. cuma aku nak sedarkan manusia yang sikit2 nak kait dengan bangsa ni cuba2 belajar tengok cermin for a change.

Quote jari10 11-4-2026 06:23 AM
Mana menteri berkenaan?
Quote Samerosie 11-4-2026 08:33 AM
Ban dia dari all MH flights, biar dia balik negeri cari la flight yg sanggup terima dia sendiri.
Quote Haibara-san 11-4-2026 02:00 PM
Skuau replied at 10-4-2026 01:49 PM
Berkurun tggl dgn cina...pun tak faham 'perangai' dorng??? Mmmmm.......Dgn dorang ni cukup la pada u ...

yg ni betul.. org cina, even yg bekerja dgn ko sekalipun, dorg belanja makan bkn saja2.. mcm kwn bos iols.. dia belanja satu office iols, dia nak aim kt iols je.. pstu suka tnjuk gesture yg bukan2 melucah kt iols..
Quote tungkai 11-4-2026 03:57 PM
Dasar cheekopek...
Quote annehuda 12-4-2026 01:12 AM
Ada lg kes baru, PRC ni cuba nak sekolahkan akak money changer dia ckp Taiwan and Hong Kong tu bawah China so tak bleh matawang kira asing². Riso je type C mcm ni mesti die rasa Laut China Selatan tu pun negara dia punya lepas tu nak duduk Malays
Quote PULANGKAN 12-4-2026 02:59 AM
annehuda replied at 12-4-2026 01:12 AM
Ada lg kes baru, PRC ni cuba nak sekolahkan akak money changer dia ckp Taiwan and Hong Kong tu bawah ...

baru tahun lepas iols dengar rakyat diorang sebut benda sama

diorang kata, memang seluruh negara yang berdekatan laut cina selatan, south east asia, siap sebut specific, Malaysia, Thailand, Singapore, Indonesia, etc, semuanya under China. plus, bagi diorang, bangsa mainland China above asian di SEA. even chinese local kita diorang tak ngaku sebangsa ke, serumpun ke, serumput sebuluh bagai. diorang tetap layan anggap as bawah tapak kaki diorang. betapa hinanya kita wey kat mata diorang. sakit hati dengar. dah la takde moral, bodo pulak tu

and the worst part is, kalau diorang buat apa-apa, ada yang backup. silap haribulan walk away freely, no consequences

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2026 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.034028 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top