CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Intan Ladyana jawab dakwaan suami curang dalam permainan video online - "Tidak (tak kenal wanita itu) sebab saya tak main permainan video"

16-4-2026 03:14 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7505| Komen: 125

 


Pelakon, Intan Ladyana tidak menyokong perbuatan yang salah berhubung dakwaan suaminya, Harris Aliff berlaku curang selepas tular rakaman perbualan romantis bersama seorang wanita dalam sebuah permainan video atas talian.

Intan atau nama sebenarnya, Intan Nurladyana Mohamat Yahaya, 44, berkata perkara yang salah tetap salah dan mereka perlu tahu batasannya.

"Sebagai isteri, apa yang saya boleh katakan ialah saya bukan 'enabler' (penyokong atau membiarkan).

"Apa yang salah itu tetap salah dan apa yang betul tetap betul, jadi kena tahu batas sendiri," katanya ketika ditemui pada majlis Macam-Macam Raya Bersama Rocketfuel Entertainment, di sini, semalam.

Pelakon filem Adnan Sempit itu berkata, dia juga tidak tahu mengenai permainan video atas talian mahupun wanita berkenaan dan hanya mengetahuinya selepas isu terbabit tular.

"Tidak (tak kenal wanita itu) sebab saya tak main permainan video. Game apa pun saya tak tahu. Ya, selepas tular isu ini baru saya tahu.

"Saya tak adalah nak salahkan wanita itu atau Harris, tetapi mereka sendiri perlu tahu.

"Kalau mereka rasa apa yang mereka buat itu salah atau betul, itu adalah pandangan masing-masing. Mereka yang kenal diri sendiri," katanya.

Ditanya, sama ada dia dan Harris berbincang mengenai isu terbabit, Intan berkata, isu seperti itu tidak akan berulang,

"InsyaAllah, tidak akan terjadi lagi," katanya.

Pada masa sama, katanya, dia juga tidak meletakkan sebarang syarat kepada Harris untuk meneruskan permainan terbabit tetapi menegaskan tentang batas pergaulan.

"Tak adalah (letak syarat untuk Harris). Macam saya, saya tahu batas saya dan dia tahu batas dia. Tak bolehlah nak terlalu mengawal, tapi diri sendiri kena tahu.

"Walaupun dalam permainan video atau pun berlakon, kita kena tahu batas. Kita sendiri kena ada kefahaman tentang hal itu," katanya.



Terdahulu, nama Harris menjadi bualan hangat warganet di media sosial selepas tular beberapa potongan klip video memaparkan dirinya sedang melakukan sesi penstriman langsung (live streaming) permainan video.

Dalam klip terbabit, Harris dilihat menggunakan nada suara yang dianggap 'romantik' serta mesra terhadap pemain wanita lain sekali gus mencetuskan perdebatan ramai kerana statusnya yang sudah berkahwin.

Untuk rekod, Harris dan Intan mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2021 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata.


Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Purplehaz 16-4-2026 07:12 PM
tunggu umur dia masuk 40an nnti tgok mcm mana.
beza 17 thn tu.
Quote chanteksekali 16-4-2026 07:25 PM
Deswaiiiii young is young. Susah ler bila later2 nanti lg byk beza
Quote pocongkiutss 16-4-2026 07:26 PM
Jijik gila.. masalahnya ramai enabler tu
Quote Bedak_Carrie 16-4-2026 07:34 PM
Bagus betul jawapan... Matang.
Quote penmerah 16-4-2026 10:06 PM
Mana nak tengok vid zantan bersuara romantik semasa gaming?
Mehhh sini akak luku kepala laki kenkonon gaming sahaja takde nniat apa2
Pooodahhh
Quote AWEKSAMURAI 16-4-2026 10:48 PM
chanteksekali replied at 16-4-2026 07:25 PM
Deswaiiiii young is young. Susah ler bila later2 nanti lg byk beza

Kenalan aku gitu lah suami muda sgt masa kwen kwan aku 35 suami dia 20 .. berantakan jgak .. masih bersama ending kwn aku monopos .. laki dia cerai n kwen indon ..
Quote Blu3butter 16-4-2026 11:19 PM
Amende la tanya dia bukannya dia suruh tok laki tu menggedis dgn pompuan lain masa main game. Tanya le yg empunya badan yg menggeletis tak cukup dpt bini lawo
Quote apedehal 16-4-2026 11:57 PM
Jgn kecam meol...tp she mmg nmpak tua now..what went wrong, xkn salah mekap...maria farida pun xnmpak kedut bawah mata tu..tp kalu divorce ni me yakin she'll glow up
Quote penmerah 17-4-2026 12:39 AM
apedehal replied at 16-4-2026 11:57 PM
Jgn kecam meol...tp she mmg nmpak tua now..what went wrong, xkn salah mekap...maria farida pun xnmpa ...

Setuju
She looks old and haggard
Ritrud, erra, maria farida yg kompom lagi tua berganda2 jelita
She kene ubah penampilan drastik lagi pula lakinya muda sgt

Baidewei, kalau akak di kasut she... NO peluang ke 2 kot
Akak dah tgk vid tu
Akak tak boleh terima langsung ye kalau tok laki bergaming mcm tu. Babai ferever lah

Quote vender 17-4-2026 01:23 AM
Ikut ko lah intan..ko cantik. Tp nampak mcm 50an pulak. Pi lah glow up kan diri buat rawatan mcm acik maria farida and ezurin khyra. Pastu if laki ko buat hal angkat kaki cari duda tua kaya pulak. Jgn bimbang anak ko dah ade.  Ah gitu akak menghasut
Quote Lampuled 17-4-2026 07:39 AM
Dh dpt bini elok perangai ko buat hal pulak.  Dh kawin buat perangai mcm dh kawin tak payah nk bersosial tak tentu hala samada di dunia nyata atau dunia maya. Rasa masih nak buat perangai mcm masih bujang jgn kawin lg
Quote chanteksekali 17-4-2026 07:49 AM
AWEKSAMURAI replied at 16-4-2026 10:48 PM
Kenalan aku gitu lah suami muda sgt masa kwen kwan aku 35 suami dia 20 .. berantakan jgak .. masih ...


Khuennn tkt lar 35 n 20, like 20nyah whats in their mind, Muda sgt is the key, mcm beza 15. Kwn ku beza 12yrs. She almost 40s nampak da beza sgt2 she plak suka dressup mcm acik2 so nampak nauuu

Stay strong Intan dia ni lawaaa just we manusia we age gitoh

N jantan muuu is suwei
Quote AWEKSAMURAI 17-4-2026 09:08 AM
chanteksekali replied at 17-4-2026 07:49 AM
Khuennn tkt lar 35 n 20, like 20nyah whats in their mind, Muda sgt is the key, mcm beza 15. Kwn ku ...

Lelaki ni kalau nk curang dia x kisah pun bini lawa ke tak.. kdg2 kawan menghasut .. mcm husband aku cerita kat tempat keje dia selalu kwn2 ajak g umah urut .. dorang jauh dgn isteri .. laki aku kata x kena aids ko rasa syok la kena aids ko nk jwb apa . Dorang siap ckp laki aku takut bini la apa la.. elok lah takut bini dari buat benda entah apa-apa berkudis punai bini yg kena hadap.

Kwn2 cilaka ni ada je ...
Quote AWEKSAMURAI 17-4-2026 09:09 AM
vender replied at 17-4-2026 01:23 AM
Ikut ko lah intan..ko cantik. Tp nampak mcm 50an pulak. Pi lah glow up kan diri buat rawatan mcm aci ...

Duit xde sgt ... Laki dia pun bkn ada job sgt .. sama lah isteri sejak beranak pinak xde job sgt..
Quote lolipopmanish 17-4-2026 09:18 AM
penmerah replied at 17-4-2026 12:39 AM
Setuju
She looks old and haggard
Ritrud, erra, maria farida yg kompom lagi tua berganda2 jelita

Mmg romantik sgt ke laki nya masa main game tu?


Quote lolipopmanish 17-4-2026 09:19 AM
She nampak lebih berusia maybe faktor penat jaga anak kecil

Plus duit yg ada tu mostly utk anak2 bukan utk diri sendiri

Selfcare itu penting yach!
Quote cm_vungtau 17-4-2026 09:29 AM
Naper la pakai tudung and jubah. Kan dah nampak tua. Dulu before kawin dia freehair, so matching la dengan budak muda. Kalau nak pakai tudung pun, biar pakaian tu nampak muda sikit
Quote Glass_shoes 17-4-2026 09:33 AM
lolipopmanish replied at 17-4-2026 09:18 AM
Mmg romantik sgt ke laki nya masa main game tu?

[tiktok]7619225033478589714[/tiktok]
Quote lolipopmanish 17-4-2026 09:38 AM

TQ share. Hmm...kalau dah always main game style gini lelama boleh bawak ke chat private


Lihat semua komen(125)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2026 01:04 AM GMT+8 , Processed in 0.080246 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top