|
Pengisytiharan menurunkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir oleh Datuk Mubarak Dohak, semalam, tidak boleh diterima dan diiktiraf kerana beliau bukan lagi Undang Luak Sungei Ujong.
Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun menegaskan, selain tidak mempunyai kuasa dan fungsi sebagai Undang Luak, tindakan berkenaan tidak selaras dengan Perkara 10 hingga 12 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959. “Pemberhentian Mubarak sebagai penyandang pesaka Dato’ Klana Petra Luak Sungei Ujong telah dibuat mengikut pesaka dan adat Telaga Undang, Waris Klana Hulu, Sungei Ujong sejak 13 Mei 2025. “Sidang Khas Dewan Keadilan dan Undang (DKU) pada 17 April lepas telah bersetuju menasihat dan menerima kesepakatan Telaga Undang, Waris Klana Hulu, Luak Sungei Ujong yang memberhentikan Mubarak sebagai penyandang pesaka Datuk Klana Petra Luak Sungei Ujong ke-10, selaras dengan peruntukan Fasal 14(3) UUTKNS,” katanya dalam kenyataan. Tambah Aminuddin, ia selaras dengan peruntukan Fasal 14(3) UUTKNS atas 33 kesalahan berkaitan pesaka dan adat Telaga Undang, Waris Klana Hulu, Luak Sungei Ujong Beliau turut menjelaskan bahawa fungsi DKU Negeri Sembilan sebagai badan penasihat perkara berkaitan adat istiadat orang Melayu termasuk soal pemilihan dan perlucutan jawatan Undang Luak yang empat seperti diperuntukkan dalam Perkara 16 UUTKNS. Katanya, ini termasuk dalam urusan pemberhentian seseorang Undang Luak daripada memegang pesaka mengikut adat luaknya mengikut Fasal 14(3) UUTKNS. “Nasihat penerimaan oleh DKU terhadap pemberhentian penyandang pesaka Datuk Undang Luak di Negeri Sembilan juga pernah dilaksanakan sebelum ini apabila penyandang pesaka Undang Luak Johol ke-14 Datuk Mohammad Jan Abdul Ghani diberhentikan pada 27 Mac 2016 atas 13 kesalahan berkaitan pesaka dan adat Luak Johol,” katanya. Jumaat lalu, DKU menerima pemberhentian Mubarak sebagai penyandang pesaka Undang Luak Sungei Ujong susulan sidang khas yang diadakan di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah yang dipengerusikan Tuanku Muhriz. Aminuddin dilaporkan berkata pada sidang khas itu, Tuanku Muhriz menguatkuasakan Fasal 24 UUTKNS 1959 dengan menjemput Ibu Soko Klana Hulu dan Waris Klana Hulu untuk turut bersama ke sidang khas berkenaan. Sumber : Rotikaya
|

.. hari2 bugil dekat socmed 
)bini dia ex TV3supernaturalee replied at 20-4-2026 11:30 AM
ni yg baca awl pg tadi
alesandra replied at 20-4-2026 04:08 PM
Yg sebetul2 nya rakyat N9 rata2lebih prefer pada clan mana satu? dari segi pemerintahan.....
cmf_almondpecan replied at 20-4-2026 01:24 PM
Terbaca satu thread kat Threads. Panjang ceritanya https://www.threads.com/@azizul.farhan.71/post/ ...

anggeriklatifah replied at 20-4-2026 03:51 PM
TAK SAH KAN MENTERI BESAR NS KATA
TAPI NS NI LAIN SKET DIORNG PUNYA RAJA2 PUNYAA UNDANG
TAK MAU AKU ...
Suchi replied at 20-4-2026 10:25 PM
Adat Perpatih
Clan satu lagi tu keluarga suami pelakon tu kan


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
10-5-2026 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.073617 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.