CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Banduan warga Pakistan lolos diri dari Penjara Sungai Buloh berjaya ditangkap semula di Gombak

20-4-2026 11:39 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1649| Komen: 7

 


PETALING JAYA – Seorang banduan yang meloloskan diri pada 9 April lalu berjaya ditangkap semula di Jalan Batu 14, Jalan Gombak Lama, di sini semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, tangkapan itu dibuat kira-kira pukul 5 petang.

“PDRM Selangor merakamkan penghargaan atas kerjasama semua pihak yang membantu sehingga banduan tersebut berjaya ditangkap.

“Ia bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kejayaan tersebut sekali gus memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha mengesan dan menangkap semula banduan berkenaan.

Kosmo! sebelum ini melaporkan polis giat memburu seorang tahanan warga Pakistan yang melarikan diri dari Penjara Sungai Buloh.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor dilaporkan berkata, suspek dipercayai masih berada dalam negara ketika ini, dengan operasi mengesannya terus dipergiatkan pihak berkuasa.

Suspek dikenali sebagai Muhammad Hassan, 24, kali terakhir dilihat memakai kemeja-T berwarna oren dan berseluar panjang hitam.

Difahamkan, lelaki terbabit menghadapi beberapa pertuduhan termasuk mengikut Seksyen 377C dan Seksyen 392 Kanun Keseksaan serta kesalahan berkaitan imigresen. 

Sumber:– KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 21-4-2026 07:51 AM
fuh nasib baik dpt tangkap
Quote pooh~key 21-4-2026 07:58 AM
Tak padan dengan nama muhammad sissy.
Quote L.U.S.M 21-4-2026 09:11 AM
Aku tgk video dia lolos tu..punyala lembap petugas penjara..gitu je org paki tu lari...hmm
Quote prettyuglybabe 21-4-2026 11:19 AM
L.U.S.M replied at 21-4-2026 09:11 AM
Aku tgk video dia lolos tu..punyala lembap petugas penjara..gitu je org paki tu lari...hmm

yang jaga tu bukan petugas penjara..yang iring jaga okt polis..
yang leka sampai okt terlepas polis..
yang tak kejar okt polis..
yang disalahkan petugas penjara..
yang tangkap balik imigresen..
yang dapat nama??

Quote L.U.S.M 21-4-2026 12:18 PM
Edited by L.U.S.M at 21-4-2026 12:20 PM
prettyuglybabe replied at 21-4-2026 11:19 AM
yang jaga tu bukan petugas penjara..yang iring jaga okt polis..
yang leka sampai okt terlepas poli ...


Oyekeee .ingatkn penjara sbb xnmpk plk yg pgg tu baju uniform polis...

Polis buncit2 semua xfit cmmne banduan pun blh lps

Klu ada bom lama dh semua mati katak pathetic
Quote Blu3butter 21-4-2026 05:11 PM
Sib baik la dpt tangkap balik ya...
Quote vanilacup 21-4-2026 05:18 PM
Allahu nasib x terserempak...tapi malam2 ada je polis buat road block area2 Gombak minggu lepas...rasanya termasuk nak cari OKT ni sbb polis guna torch light suluh semua kereta yg lalu dlm road block tu ...

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2026 01:03 PM GMT+8 , Processed in 0.115600 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top