CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Kenapa Uji Rashid reka cerita tentang Ahmad Nawab, kami terkilan’ - Nasir

20-4-2026 03:13 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5403| Komen: 65

 



Banyak cerita tidak benar, anak kepada Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab, Nasir menyangkal kenyataan melencong penyanyi, Uji Rashid terhadap bapanya dalam sebuah audio siar, baru-baru ini.

Nasir, 64, juga tidak faham dan mempersoalkan motif penyanyi terbabit berbuat demikian selain menyifatkan kenyataan tersebut tidak berasas malah mengguris hati seluruh ahli keluargan arwah yang masih hidup .

“Secara jujurnya, saya sebagai ahli keluarga, kami memang terasa dengan apa diperkatakan. Sepatutnya perkara seperti itu tidak berlaku kerana tidak benar.

“Orang akan lebih hormat jika bercakap perkara betul. Saya sendiri tidak faham kenapa perlu mereka-reka cerita seperti itu,” katanya kepada Kosmo! Online.

Mengulas lanjut perkara itu, Nasir menegaskan kenyataan penyanyi era 70-an itu bukan sahaja mengarut malah boleh mencetuskan persepsi negatif terhadap insan yang sudah tiada.

“Memang tidak patut. Tindakan itu seolah-olah membuka aib orang telah meninggal dunia. Bukan sahaja bapa saya, malah nama beberapa artis lain seperti Allahyarham Datuk Sharifah Aini dan Broery Marantika turut disebut.

“Bagaimana hendak perbetulkan keadaan sedangkan mereka sudah tiada untuk menjawab? Jadi janganlah bercakap perkara tidak benar,” ujarnya.

Paling penting kata Nasir, jasa besar Allahyarham dalam industri muzik tidak wajar dipersoalkan apatah lagi diputarbelitkan.

“Ramai tahu arwah banyak membantu menaikkan nama penyanyi termasuk dirinya. Antara karya memberi impak besar ialah lagu Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu.

“Memang ada kisah di sebalik lagu itu, tetapi apa diceritakan telah diputarbelitkan,” jelasnya pada Majlis Pelancaran Buku Sentuhan Emas Lagu-Lagu Terbitan Allahyarham Tan Sri Dr Ahmad Nawab di sini, baru-baru ini.

Nasir turut mendedahkan pihak program audio siar tersebut ada menjemputnya untuk memberi penjelasan balas, namun dia memilih untuk tidak memanjangkan isu tersebut.

“Saya tidak nampak keperluan untuk memanjangkan isu ini. Bagi saya, tiada manfaat untuk terus membesar-besarkan perkara ini.

“Saya cuma harap isu ini tidak diperbesarkan lagi. Biarlah diselesaikan secara baik tanpa timbul lebih banyak salah faham,” tuturnya.

Sebelum ini, Uji menerusi temu bual audio siar berkongsi pengalaman bekerjasama dengan beberapa figura besar industri muzik termasuk Allahyarham Ahmad Nawab.

Dalam perkongsian tersebut, penyanyi itu mendakwa komposer legenda berkenaan pernah menyifatkan dirinya sebagai tidak mengenang budi, sekali gus memberi gambaran hubungan mereka tidak begitu baik. 


Sumber:– KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pocongkiutss 20-4-2026 03:21 PM
Geng NK mokcik.ni..sama perangai
Quote SANKURIANG 20-4-2026 04:02 PM
pocongkiutss replied at 20-4-2026 03:21 PM
Geng NK mokcik.ni..sama perangai

Aku baru nak cakap..spesis NK. Cakap mendongak ke langit, cam dia bagus sgt
Quote watachiwa 20-4-2026 04:26 PM
ke sana sini menjaja salah org itu ini. x padan pakai tutup muka tu.
dah tua2 duk umah je la. aritu duk sana sini mintak org bantu anak dia si cico tu.
Quote lourdes9 20-4-2026 06:04 PM
watachiwa replied at 20-4-2026 04:26 PM
ke sana sini menjaja salah org itu ini. x padan pakai tutup muka tu.
dah tua2 duk umah je la. aritu  ...

Hahah jgn slh fhm.. Purdah tu mungkin utk cover gigi yg dah rongak. Nak gi dentist mahal!
Quote hotmak 20-4-2026 06:17 PM
panjang lebar dia bercerita haritu, kot ada cerita yang betul pun, tak perlu kot nak spill semua, mcmana arwah SA mengamuk ctdk dapt datuk apa semua
Quote sukacactus 20-4-2026 07:20 PM
Bagus ank arwah xlayan nak berbalas2 dakwaan
Jgn dilayan diva sendu narcissistic tu
Dia buka mulut je dah tau dah gebang semata
Quote beta_carotene 20-4-2026 07:38 PM
Mati2 iols ingat arwah nasir p ramlee hidup blk
Quote ragazza 20-4-2026 07:45 PM
Edited by ragazza at 21-4-2026 08:51 PM
SANKURIANG replied at 20-4-2026 04:02 PM
Aku baru nak cakap..spesis NK. Cakap mendongak ke langit, cam dia bagus sgt


Kat youtube comments section, ramai memuji2 tawww... dan samakan dgn acik sikin dgn  uji rashid konon cara ckp & penceritaan bagus. Tapi kenapa kita2 rasa propah & macam bagus jek nyampah
Quote sleepandream 20-4-2026 10:55 PM
nenek ni kata brorey raba saripah aini dalam studio khen...
benda kalau betul pun itu kan dah kira aib orang... ceritalah content lain..

penyanyi2 zaman dulu yg lelaki busy dengan dadah... yang perempuan busy dgn toxic yach... adakah ini trait melayu?
Quote timahterung 20-4-2026 11:23 PM
lourdes9 replied at 20-4-2026 06:04 PM
Hahah jgn slh fhm.. Purdah tu mungkin utk cover gigi yg dah rongak. Nak gi dentist mahal!

Teringat cakap kawan I masa covid dulu " Bagus jugak pakai mask ni , boleh tutup hidung aku yang kembang nih"
Quote brainbiru 20-4-2026 11:50 PM
Ada yg rajin tuliskan apa yg uji cakap tu.. terutamanya berkaitan SA n  ctdk.. teringin gak nak tahu.. benar x benar nilai kemudian
Quote nisako 21-4-2026 07:53 AM
hmm,,,,,,,,,,,,
Quote bedahmenjuyah 21-4-2026 08:06 AM
Mocik ni kerek bercakap cam.bagus je. Tak elok la dia ckp macam2 psl org yg dah takde. Kutuk2 takde filter langsung. Entah iye entah tidak. Mrk yg dikutuk tu pun maleh nak layan. Meroyan la nek sorang2.
Quote Lampuled 21-4-2026 08:06 AM
Mmg setiap batch akan ada sorang yg perangai suka merentan, feeling top drp org lain. Ditambah pulak kalau ada peminat buta tuli menyokong mmg selamanya la rasa diri entitled.
Quote likilu 21-4-2026 08:20 AM
Edited by likilu at 21-4-2026 08:30 AM

Kita ni kalau muda muda taknak berubah suka cakap bohong mengadu domba jangan nanti dah tua huduh busuk aib terbuka sendiri perangai ckp bukan bukan orang benci tau

Muda muda cantik takpe la buat apa pun orang puji. Bailah dengar tak? Haha gitu sound direct. Walaupun nampak macam pattern pathological liar takde harapan mana lah tahu kan, semua orang boleh berubah. Kalau tak berdamping la. Kalau jual jiwa pun boleh jadi hebat jugak dimata orang, sebab dpt unlock sihir zaman ancient, so ada kuasa superpower ghaib sementara muda muda ni.
Quote supernaturalee 21-4-2026 08:57 AM
berapa bulan punya podcast

baru ni nk perasan ke

ni mesti ada yg baru tgk dan menyampai




anyway, tu semua dari sudut pov die

ape yg dia alami sendiri, tau dan nampak

betul ke tak, so far takde sape yg dpt mengesahkannya

especially yg dah takde




but, org2 yg masih hidup yg die ada petik nama tu

cer reporter g tny tgk

just utk confirmkan kesahihan cerita

cth datuk dj dave dgn datuk yusof haslam

Quote KamikuP 21-4-2026 09:05 AM
Zaman dulu - Uji Rashid

Zaman Sekarang - Ritrud

2 - 2 kaki merempan meroyan semua org salah
Quote wadiunong 21-4-2026 09:20 AM
betul la tu. citer kisah2 orang dah takde nak buat apa? apa yg dia dapat? benda dah berlaku pon. masa orang tu ada, takde pulak ko citer kt public. boleh je panggil wartawan masa tu citer kt diaorang.

lepas tu mengajak sekali netizen2 buat dosa. Netizen kan mmg suka jadi nasi tambah/ batu api
Quote chandrahusin 21-4-2026 09:24 AM
aku ingat lagi
pnh dgr interview Siti Fairuz kat Klasik Nasional
mengenai arwah Ahmad Nawab
SF kata AN sgt tegas masa recording
selagi nyanyi tak cukup emosi
selagi tu arwah tak puas hati
sampai menangis SF ckp
lgsg aku tefikir
ptt lagu dulu2 ada jiwa
sbb penghayatan yg sgt dalam

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2026 04:02 AM GMT+8 , Processed in 0.033415 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top