CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

‘Perut memang tak boleh sorok lagi, saya hamil 30 minggu’ - Amira Othman

30-4-2026 05:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9217| Komen: 103

 


Spekulasi bertebaran akhirnya terjawab apabila penyanyi dan pelakon Amira Othman mengesahkan dirinya kini hamil 30 minggu dan dijangka melahirkan cahaya mata sulung sekitar Jun ini.

Amira atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman, 33, berkongsi berita gembira tersebut selepas sekian lama memilih untuk berdiam diri daripada mengulas khabar angin.

“Alhamdulillah, saya ingin kongsikan bahawa sekarang saya sedang hamil. Usia kandungan sudah 30 minggu dan perut memang tidak boleh disorok lagi.

“Insya-Allah, saya dijangka melahirkan pada penghujung Jun atau awal Julai.

“Sebelum ini saya tidak berkongsi kerana menunggu masa sesuai dan saya tepati janji, sekarang inilah waktu paling tepat,” katanya kepada Kosmo! Online.


Tambah pelantun lagu Hati-Hati itu, dia berharap segala urusan kehamilan dipermudahkan dan bayi dalam kandungan berada dalam keadaan sihat.

“Mohon semua doakan saya dan bayi dalam kandungan sihat serta selamat dilahirkan nanti.

“Soal jantina pula saya belum tahu kerana belum membuat imbasan, tetapi apa pun kami terima dengan penuh syukur asalkan bayi sihat,” ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran The Next Chapter Rissa Skin X Amira Othman, di sini, hari ini.

Pelakon drama Poskad Cinta Dari Auckland itu juga bersyukur kerana tidak mengalami sebarang alahan sepanjang tempoh kehamilan, sekali gus memudahkan dirinya menjalani rutin harian seperti biasa.

“Alhamdulillah, setakat ini tiada alahan. Selagi ada rezeki, saya akan terus bekerja.

“Saya hanya akan berehat ketika tempoh berpantang nanti,” jelasnya.

Sementara itu, suaminya, pelakon Fattah Amin turut meluahkan rasa syukur apabila bakal menimang cahaya mata pertama.

“Alhamdulillah, semuanya sudah terjawab. Saya sangat bersyukur dengan rezeki ini.

“Saya tidak kisah jantina bayi, asalkan sihat dan segala urusan bersalin dipermudahkan.

“Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kami,” ujarnya.

Sebelum ini, khabar kehamilan Amira menjadi bualan ramai apabila penampilannya dikatakan menampakkan ‘baby bump’ ketika menghadiri sebuah majlis Hari Raya.

Untuk rekod, Amira dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 14 September 2025 dalam satu majlis tertutup di Sepang, Selangor, yang juga bertepatan dengan ulang tahun kelahiran ke-35 Fattah. 


Sumber: KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote adiktet 30-4-2026 05:36 PM
Tahniah Amira & Fattah.  Semoga dipermudahkan segala urusan kandungan dan bersalin nanti.
Quote emilyrose 30-4-2026 05:41 PM
apasal dia ni suka mekap sampai 5 kati..?
Quote Nurkaseh01 30-4-2026 05:47 PM
Maknanya aritu dia bunting pelamin ke
Quote etilfas111 30-4-2026 06:20 PM
Hebat nya sekali shoot je. Jaga diri baik2 masyar
Quote pocongkiutss 30-4-2026 06:26 PM
Bunting pelamin la kan

Hrp2 pasni pajurah lak jumpa jodoh yg serasi pastu bunting pelamin pastu berjaya dpt baby boy yg dia idamkan.. Amenn
Quote doubleA 30-4-2026 06:34 PM
Iols speku baby boy
Quote red_velvet 30-4-2026 06:51 PM
Tahniah.. Semoga baby n ibu sihat dan selamat sepanjang mengandung & melahirkan. Aamiin
Quote linb 30-4-2026 06:57 PM
Tahniah Amira dan Fattah. Semoga Allah permudahkan semua urusan ibu dan baby
Quote TomyamPuteh 30-4-2026 07:03 PM
Ikut petua orang tua tua,kalau Mak kalah dulu ,dapat anak lelaki.Kalau ayah kalah dulu,dapat anak pompuan.So,kalau betul la lelaki,Fattah memang hebat la.Wallahualam.
Quote Incanto 30-4-2026 07:10 PM
semoga selamat bersalin
Quote Incanto 30-4-2026 07:12 PM
emilyrose replied at 30-4-2026 05:41 PM
apasal dia ni suka mekap sampai 5 kati..?

dulu mekap dia okay je

ni tgh promote product baru Rissa Skin kot...gomak semacam
Quote likilu 30-4-2026 07:30 PM
emilyrose replied at 30-4-2026 05:41 PM
apasal dia ni suka mekap sampai 5 kati..?

Dah lama memgidam 10 tahun jd artis sekarang baru orang mula mengenali nama dia
Quote Missjass 30-4-2026 07:51 PM
pocongkiutss replied at 30-4-2026 06:26 PM
Bunting pelamin la kan

Hrp2 pasni pajurah lak jumpa jodoh yg serasi pastu bunting pelamin pastu ber ...

bunting pelamin la ni dah 30 minggu, betul la masa awal2 kahwin dulu makan gula2 sbb pening2 tu dah pregnant
Quote zuriey 30-4-2026 07:53 PM
Kembang btl muka..lps beranak kena diet kawkaw la mira
Kang kembang2 laki ko mencurang lagi
Dah la laki ko murah jatuh cintha
Quote missbigrockstar 30-4-2026 08:24 PM
Tahniah semoga dipermudahkan urusan bersalin
Quote sfrnna 30-4-2026 08:24 PM
Semoga ada la org tgk drama dia berlakon ni. Macam sendu jahh
Quote Lampuled 30-4-2026 08:30 PM
Tahniah Mira&fattah. Berseri dia. Suka betul tgk baju2 dia time preggy ni. Cantik2. Semoga dipermudahkan urusan bersalin.
Quote miss_perfect 30-4-2026 08:41 PM
Siapa yang khianat dia mekap macam ni?
Ke memang saja mekap tebal supaya tak nampak pucat pembawakan budak?
Quote slyfynx 30-4-2026 09:24 PM
Nape make up macam clown

Lihat semua komen(103)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2026 10:51 AM GMT+8 , Processed in 0.226986 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top