|
PUTRAJAYA: Seorang wanita warga asing maut selepas terjun dari kawasan luar balkoni Aras 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2, Sepang, dekat sini, hari ini. Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner M Ravi, berkata kejadian jam 2.20 petang apabila wanita berusia 27 tahun itu dilihat sedang duduk di kawasan luar balkoni Aras 3 dalam keadaan menangis dan menjerit secara agresif.
"Petugas dan pengawai keselamatan cuba menenangkan wanita terbabit, namun tidak berjaya sehingga seorang anggota keselamatan KLIA cuba mendekati untuk menyelamatkannya. "Namun wanita terbabit bertindak meronta dan terjun ke kawasan Loading Bay KLIA2," katanya menerusi kenyataan malam ini. Ravi berkata, pasukan perubatan yang tiba di tempat kejadian memberi rawatan kecemasan dan wanita berkenaan dibawa ke Hospital Putrajaya bagi rawatan lanjut. Katanya, kira-kira jam 5 petang, pihak Hospital Putrajaya mengesahkan wanita terbabit sudah meninggal dunia. "Semakan mendapati wanita terbabit adalah warganegara China berusia 27 tahun dan dijadualkan menaiki penerbangan pulang ke China pada 2 Mei. "Punca kejadian masih lagi didalam siasatan polis. Siasatan dijalankan mengikut Prosedur Kematian Mangejut (SDR)," katanya. Terdahulu, tular video berdurasi 40 saat memaparkan seorang wanita yang berada di tempat tinggi di kawasan KLIA Terminal 2 jatuh dipercayai cubaan membunuh diri. Dalam kes berasingan, tular rakaman video seorang lelaki ditemui tertiarap di kawasan rumput dipercayai jatuh di lapangan terbang sama malam ini. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan status mangsa berkenaan. Ravi yang mengesahkan kejadian itu berkata kes berkenaan masih dalam tindakan pihaknya. Sumber : Berita Harian |
FOTHER-MUCKER replied at 2-5-2026 12:53 AM
https://www.facebook.com/reel/986677400512161/?fs=e&fs=e

Suchi replied at 2-5-2026 05:41 AM
Kes : 61 TIKAMAN, WANITA MUDA,
Mangsa: Nurfisya Zulkifly, 19 tahun
ultra78 replied at 2-5-2026 08:31 AM
Betul ke SOP mcm tu? Bukan ke bomba kena prepare tilam atau jaring dahulu ke sebelum approach orang ...
fushimi replied at 2-5-2026 10:44 AM
aku dari dulu tk faham kenapa orang kalau nak bunuh diri kena banyak drama.kena duduk duduk dulu.nak ...

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-6-2026 03:19 PM GMT+8 , Processed in 0.188906 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.