|
Tular video di media sosial memaparkan seorang wanita ditahan selepas didapati membawa pisau di malam penutup Rain Rave Water Music Festival 2026 di Bukit Bintang. KUALA LUMPUR - Seorang wanita ditahan selepas dipercayai memiliki senjata berbahaya ketika menghadiri malam penutup Rain Rave Water Music Festival 2026 di Bukit Bintang, di sini pada Sabtu. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, wanita berusia tempatan berusia 28 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan selepas pemeriksaan mendapati suspek membawa sebilah pisau. "Suspek kini dalam proses permohonan reman dan motif suspek memiliki senjata berkenaan masih dalam siasatan. "Tangkapan dibuat bagi memastikan keselamatan pengunjung terjamin dan kita tidak berkompromi dengan sebarang elemen yang boleh mengancam ketenteraman awam," katanya pada Sabtu. Dalam perkembangan sama, beliau berkata, dianggarkan 30,000 pengunjung membanjiri malam penutup festival berkenaan yang berlangsung selama tiga hari bermula 30 April lalu. Secara keseluruhan, penganjuran festival ini berjalan lancar dan terkawal tanpa sebarang insiden tidak diingini. "Beberapa individu mencurigakan turut ditahan sebagai langkah pencegahan sepanjang program berkenaan," katanya. Menurutnya, seramai 500 pegawai dan anggota polis digerakkan setiap malam bagi memastikan tahap keselamatan berada pada tahap optimum. "Kekuatan ini melibatkan Kontinjen Kuala Lumpur, enam daerah di bawahnya serta bantuan daripada Bukit Aman,” katanya. |

Decaffeinated replied at 3-5-2026 05:34 AM
Nampaknya doa supaya diturunkan bala hampir makbul, mujur berjaya dipatahkan.

FOTHER-MUCKER replied at 4-5-2026 05:27 PM
Jika terjadi bertepuk tanganlah lebai doa termakbul

ragazza replied at 4-5-2026 05:15 PM
Tak kena charge cubaan membunuh . Lepas sbb mental issues ? Pembunuh fisya boleh cuba buat2 mental
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
14-6-2026 09:02 AM GMT+8 , Processed in 0.110817 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.