CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

OPR mungkin naik hujung tahun ini, kali terakhir pada 2023 - BNM

5-5-2026 05:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 630| Komen: 10

 



BANK Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada Khamis, namun mungkin menaikkan kadar berkenaan lewat tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan pengasas bersama Juwai IQI, Kashif Ansari berkata, walaupun ia dijangka kekal buat masa ini, terdapat kemungkinan kadar faedah dinaikkan pada akhir tahun ini berdasarkan perkembangan ekonomi semasa.

Menurutnya, perkara paling ketara kali ini ialah MPC perlu mempertimbangkan kemungkinan kenaikan kadar faedah kerana BNM tidak menaikkannya sejak Mac 2023.

“Ekonomi menunjukkan ketahanan dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama dianggarkan 5.3 peratus, walaupun berdepan ketidaktentuan global,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut menjelaskan bahawa inflasi dijangka meningkat secara sederhana selari dengan pertumbuhan ekonomi, dengan unjuran BNM menunjukkan inflasi boleh mencecah 2.5 peratus pada tahun 2026.

Tambahnya, antara faktor yang boleh mempengaruhi keputusan dasar monetari termasuk kenaikan harga minyak global yang boleh meningkatkan inflasi, serta potensi kesan tarif perdagangan oleh Amerika Syarikat yang boleh menjejaskan eksport negara.

“Walaupun terdapat risiko tersebut, ia tidak dijangka mengubah keputusan MPC pada mesyuarat 7 Mei ini,” katanya.

Dalam pada itu, Kashif berkata kadar OPR yang stabil turut menyokong sektor hartanah dengan memastikan kadar pinjaman kekal terkawal dan bayaran gadai janji lebih stabil kepada pembeli rumah.

Beliau turut memaklumkan bahawa pasaran hartanah masih menunjukkan permintaan kukuh, khususnya bagi kediaman dalam lingkungan harga RM300,000 hingga RM600,000 di kawasan pinggir Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor.

Johor, katanya, terus menjadi tumpuan utama apabila mencatatkan peningkatan harga rumah sebanyak 6.9 peratus tahun lalu, tertinggi di negara ini, disokong pembangunan infrastruktur dan hubungan rentas sempadan. -The Star

Sumber : Mstar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manopBKK 6-5-2026 10:50 PM


[twitter]https://twitter.com/nazril_iznil/status/2051944322350846450?s=61[/twitter]
Quote pearl.silver 6-5-2026 11:07 PM
Opr naik lian installment naik gk ek
Quote white_musk 6-5-2026 11:11 PM
pearl.silver replied at 6-5-2026 11:07 PM
Opr naik lian installment naik gk ek

insyallah naik

Quote hart_attack 7-5-2026 10:35 AM
ada effect x dkat housing loan?
Quote IzzahF 7-5-2026 10:48 AM
hart_attack replied at 7-5-2026 10:35 AM
ada effect x dkat housing loan?

naik chuols...coz bank akan naikkan interest BLR/BR/FR..aritu masa naik selepas covid kan naik monthly. pastu turun kejap...naik lg ni
Quote renko 7-5-2026 11:03 AM
naik jela semua babi
senang sikit nak hidup susah
Quote hart_attack 7-5-2026 11:39 AM
IzzahF replied at 7-5-2026 10:48 AM
naik chuols...coz bank akan naikkan interest BLR/BR/FR..aritu masa naik selepas covid kan naik mon ...

Dlm masa 3 tahun naik lg,dgn krisis semasa perang minyak lg apa yg nak naik pu iols x tau
Quote IzzahF 7-5-2026 12:39 PM
hart_attack replied at 7-5-2026 11:39 AM
Dlm masa 3 tahun naik lg,dgn krisis semasa perang minyak lg apa yg nak naik pu iols x tau

sbsidi minyak pun katanya dah jadi beban, bertabah la rakyat msia...lps ni sure takde subsidi dah. hanya this gomen segala subsidi nak dijotosnya. dengan telur2 pun mahal...beras makanan ruji pun mahal. buduh ya amat2
Quote albedah 7-5-2026 01:42 PM
hart_attack replied at 7-5-2026 11:39 AM
Dlm masa 3 tahun naik lg,dgn krisis semasa perang minyak lg apa yg nak naik pu iols x tau

Kan dia bagi tau secara berlapik, dah lama tak naik...
Quote ultra78 7-5-2026 05:38 PM

Insya allah.....



Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2026 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.030342 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top