|
NIAT hati hanya ingin mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan senaman, namun seorang wanita berdepan detik hitam apabila menjadi mangsa gangguan seksual seorang lelaki yang baru dikenalinya.
Menurut wanita itu dalam perkongsian di Threads, dia mula mengenali lelaki berkenaan ketika sedang melakukan brisk walk atau senaman berjalan laju di kawasan perumahannya. Pada awalnya, lelaki itu kelihatan normal dan sopan, membuatkan dia tidak ragu-ragu untuk bertukar nombor telefon. Namun, belang sebenar lelaki tersebut mula terserlah selepas mereka bersetuju untuk berjumpa semula bagi melakukan aktiviti senaman yang sama selepas waktu kerja. "Rancangannya simple je, brisk walk lepas kerja. Walaupun agak lewat, saya fikir okey je. Mulanya semua nampak baik je. Lepas tu dia ajak singgah minum sebelum balik. "Dalam kereta masa dalam perjalanan balik, tangan dia mula 'merayap'. Saya sudah mula tepis pelan-pelan. Ingat dia faham isyarat. Tapi tak, dia masih teruskan. "Sampai saya terpaksa cakap dekat dia tolong pegang stereng dan memandu dengan betul," ujar pengadu menceritakan situasi tersebut. Keadaan itu menjadi semakin janggal, namun dia tetap meneruskan pertemuan tersebut dengan singgah di sebuah kedai untuk minum dan berbual seperti biasa. Lebih mengejutkan, wanita itu mendakwa lelaki tersebut seolah-olah mengakui perbuatan sedemikian bukan sesuatu yang asing baginya. "Serius, saya terus rasa ujian apa ni ya Allah. Masa nak balik saya buat keputusan suruh dia balik rumah terus. Saya boleh jalan kaki sendiri ke rumah. "Ingatkan habis situ, rupanya tak. Dia ikut masuk kedai serbaneka. Siap nak ikut naik ke rumah. Saya terkedu seketika. Saya halau dia hampir 10 minit. Dia masih pujuk-pujuk, merayu dan cuba lagi. "Sampai saya terpaksa naikkan suara sikit. Saya tegaskan yang saya tak layan benda macam ni. Baru dia beredar dengan muka kecewa tak dapat apa dia nak walaupun ringan-ringan je," katanya. Sejak kejadian itu, wanita tersebut terus menyekat nombor lelaki berkenaan dan enggan memberi peluang kedua. Katanya, pengalaman itu membuatkan dia tertanya-tanya sama ada dunia sekarang semakin berani atau dia sendiri yang baru tersedar tentang realiti sebenar. Hantaran itu dibanjiri dengan pelbagai komen netizen yang bersimpati dengan pengalaman gangguan seksual itu. "Tetap kena buat laporan polis sis. Bahaya la risau dia datang atau ikut lagi. "Lelaki pervert ni ada potensi nak jadi psikopat. Sudah la dia tahu rumah awak dekat mana. Hati-hati sis. "Simpati dengan apa yang terjadi dekat awak. Sebaiknya jangan naik kereta dengan lelaki baru kenal. Kita tak ada kuasa nak kawal situasi apabila berada di dalam kereta tu," komen beberapa netizen. Sumber : Mstar
|
Kitty_catz replied at 5-5-2026 06:12 PM
haku yg old skul ke mmg budak2 jaman la ni baru kenai dah berani naik keta ber2-2an?
haku lebih re ...
midori888 replied at 6-5-2026 12:13 AM
kan.....baru kenal dah berani naik keta sama2....sengaja menempah masalah....
lanacondor replied at 5-5-2026 06:44 PM
Situasi ni rasa ramai perempuan pernah kene. Lagi2 yg bujang. Hati2 lah.. lagi2 kalau naik transport ...
pocongkiutss replied at 6-5-2026 10:12 AM
Transport awam lg selamat dr naik kete berdua dgn jantan kabaret noks.. silap2 bila kena reject, k ...

© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-5-2026 12:55 AM GMT+8 , Processed in 0.165910 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.