CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Genap 2 tahun disimbah asid, hanya muka saya yang berubah – Faisal Halim

6-5-2026 10:28 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 603| Komen: 6

 


KUALA LUMPUR – Genap dua tahun disimbah asid, penyerang sensasi Selangor FC, Faisal Halim memberitahu hanya wajahnya mungkin sudah berubah tetapi semangat juang dalam diri masih tinggi.

Faisal, 28, yang mesra dengan panggilan Mickey berkata, dia komited memberi aksi terbaik sama ada dalam latihan atau perlawanan untuk kembali kepada prestasi sebenar seperti dua tahun lalu.

“Muka saya mungkin berubah tetapi saya tetap semangat untuk berjuang, bekerja keras setiap hari dalam setiap setiap latihan dan perlawanan untuk berikan yang terbaik buat kelab dan diri saya sendiri.

“Saya mahu kembali ke prestasi saya dua tahun lalu, ada yang berkata ‘Mickey sudah kembali’, bagi saya belum.

“Saya masih mahu bekerja keras, bagi saya bukan tentang saya beraksi dengan baik tetapi saya mahu konsisten,” katanya pada sidang media perlawanan separuh akhir ACC Shopee Cup antara Selangor FC  menentang Nam Dinh di Stadium MBPJ malam esok.

Kes simbahan asid pemenang Anugerah Gol Terbaik Piala Asia 2023 berlaku pada 5 Mei 2024 di sebuah pusat beli-belah di Damansara, dekat sini.

Dalam kejadian itu, Faisal mengalami kecederaan teruk melecur tahap empat pada anggota badan terutama leher, bahu, tangan dan rusuk menyebabkan dia dirawat rapi di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Faisal terpaksa berehat panjang daripada bola sepak dan menjalani pembedahan pemulihan namun dia kembali beraksi di atas padang buat kali pertama pada aksi Liga Super 2024 menentang Kelantan Darul Naim (KDN) FC pada 10 Ogos tahun sama.

Susulan insiden itu, polis menahan beberapa suspek termasuk penyebaran lakaran wajah namun suspek-suspek dibebaskan atas faktor kekurangan bukti forensik.

Pada Mei 2025, kes tersebut dilaporkan sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA) namun peguam Faisal meminta kes dibuka semula.


Sumber  – MalaysiaGazette


 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slavehunter 7-5-2026 05:19 PM
Dia ni paling kesian. Macam kambing hitam jer  kena acid.
Quote Firenzza 7-5-2026 08:55 PM
X blh claim ins buat plastic surgery kerrr
Quote Purestteam1 8-5-2026 04:58 AM
moga pelaku diazab kt dunia dan akhirat
Quote A-Are 8-5-2026 08:25 AM
kesiannya tengok kulit dia mcm mencair gitu...saperla punya angkara..kesian dia
Quote pooh~key 8-5-2026 02:13 PM
Dia ada onlyfans tak sissy?
Quote zuriey 8-5-2026 02:48 PM
Si gundu tu hidup tenang senang lenang.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2026 01:36 AM GMT+8 , Processed in 0.027179 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top