CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Bangladesh guna Mykad orang lain pakai Budi95 didenda RM10,000

6-5-2026 11:42 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 615| Komen: 12|Original author: FOTHER-MUCKER




KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Bangladesh didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan menggunakan Mykad milik orang lain bagi pembelian petrol Budi95.

Majistret Aina Azahra Arifin menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Md Jakir Hossain, 50, selepas tertuduh mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang didakwa ke atasnya.

Sekiranya gagal membayar jumlah denda itu tertuduh boleh dikenakan penjara selama 14 bulan dan tertuduh membayar denda berkenaan.


Mengikut kedua-dua pertuduhan, Md Jakir yang bekerja sebagai pembantu stesen minyak didapati memiliki dan menggunakan dua kad pengenalan milik warga tempatan masing-masing lelaki dan wanita berusia 25 dan 31 tahun yang bukan kepunyaan tertuduh bagi tujuan pembelian petrol bersubsidi.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di sebuah stesen minyak di Jalan Pahang di sini antara 8 Februari dan 22 April lalu yang didakwa dibawah peraturan 25(1)(o) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Justeru hukuman bagi kesalahan itu memperuntukkan denda maksimum RM20,000 atau penjara boleh sampai tiga tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu peguam Low Carmen yang mewakili tertuduh, memohon mahkamah hanya mengenakan hukuman denda dengan alasan tertuduh merupakan penanggung utama keluarga.

Tertuduh bekerja sebagai pembantu di sebuah stesen minyak dan mempunyai penyakit jantung,” kata peguam itu.
Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Hench Goh memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal kerana dalam kes ini kedua-dua mangsa telah mengalami kerugian.

“Tertuduh mempunyai pilihan untuk memulangkan Mykad tapi tertuduh membeli petrol walaupun dia tahu itu bukan miliknya,” kata Hench Goh.

Berdasarkan kes, pengadu yang merupakan seorang wanita berusia 31 tahun menyatakan pada 22 April lalu beliau mendapati baki subsidi Budi95 berkurangan daripada 94.937 liter kepada 44.637 liter.

Pengadu mengesyaki kad pengenalannya telah digunakan tanpa izin untuk mengisi minyak menggunakan subsidi tersebut.
Setelah menghubungi Budi Madani Contact Centre, mangsa dimaklumkan tentang transaksi yang berlaku di sebuah stesen minyak dengan lima transaksi yang mencurigakan. 


Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 5-5-2026 05:54 PM
Edited by Skuau at 5-5-2026 05:55 PM

apa salah saiya abang....'saiya anak bangla ank saiya la'...dr nigara Malaydesh...kita sama kita la...tada baik la ini macam-Abangla
Quote silance 5-5-2026 06:06 PM
Edited by silance at 5-5-2026 06:08 PM

.... atas dua pertuduhan menggunakan Mykad milik orang lain bagi pembelian petrol Budi95.

Rompaklah selagi boleh, takkan sikit-sikit saja. Lepas 14 bulan pun tak balik la tu. Bodoh.
Quote Jitu 5-5-2026 08:17 PM
Skuau replied at 5-5-2026 05:54 PM
apa salah saiya abang....'saiya anak bangla ank saiya la'...dr nigara Malaydesh...kita sama kita la. ...

ayoyo abang byk duit byr itu denda pun maseh mau curi budi ka
kita worang kasi hantam you punya muka
ada mau ka
Quote kotakbaju 5-5-2026 09:26 PM
Abang polis belah kiri tu boleh pulak eh rambut panjang. Ke bukan polis tu
Quote supernaturalee 6-5-2026 11:32 AM
dua kad pengenalan milik warga tempatan masing-masing lelaki dan wanita berusia 25 dan 31 tahun


yg perempuan umur 31 tu yg detect dan buat report

yg laki 25 tu?

Quote emera 6-5-2026 11:51 AM
Dia dh byr denda, lps tu simpan lg kat sini?? Halau laaa…!!
Quote Decaffeinated 6-5-2026 12:59 PM
Petrol itu digunakan dalam Malaysia, menyumbang kepada jentera ekonomi dalam Malaysia kenapa dia tak layak dapat harga yang sama?

Sebab dia tidak mengundi.
Quote Skuau 6-5-2026 01:03 PM
Jitu replied at 5-5-2026 08:17 PM
ayoyo abang byk duit byr itu denda pun maseh mau curi budi ka
kita worang kasi hantam you punya m ...

nanti saiya kasi tau saiya bapa pirdana mintri ada
Quote mejaputih 6-5-2026 01:24 PM
IC dua2 mangsa tu hilang ke camne?
Quote Skuau 6-5-2026 02:02 PM
mejaputih replied at 6-5-2026 01:24 PM
IC dua2 mangsa tu hilang ke camne?

TERtinggal....agaknya.
Quote mejaputih 6-5-2026 02:12 PM
Skuau replied at 6-5-2026 02:02 PM
TERtinggal....agaknya.

pastu tak sedar kot tertinggal..hanya sedar bila check balance budi95.
Quote lanacondor 6-5-2026 06:59 PM
Pam minyak kat kaunter bg rakyat tempatan je yg jaga. Ko bg warga asing mmg la jadi mcm ni

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2026 02:40 AM GMT+8 , Processed in 0.036248 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top