CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mahkamah perintah pemandu mabuk dipenjara 4 hari, denda RM10,000, gantung lesen memandu 2 tahun

6-5-2026 11:43 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 502| Komen: 5|Original author: FOTHER-MUCKER


 

Yun Kong (kiri) dihukum penjara empat hari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret Tawau kerana memandu dalam keadaan mabuk, bulan lalu. NSTP/Abdul Rahemang Taiming.


TAWAU: Mahkamah Majistret di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara empat hari dan denda RM12,000 terhadap seorang pemandu lori yang mengaku salah memandu kereta dalam keadaan mabuk pada bulan lalu.

Hukuman itu diputuskan Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin terhadap tertuduh, Lo Yun Kong, 49, selepas mendengar pengakuan bersalah dan rayuannya serta hujah pendakwaan.

Mengikut pertuduhan, Yun Kong didapati memandu kereta dengan kadar kandungan alkohol dalam badan sebanyak 148 miligram (mg) per 100 mililiter (ml) darah iaitu melebihi tahap ditetapkan 50 mg per 100 ml darah.

Kesalahan mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2020 itu didakwa dilakukan ketika tertuduh melalui satu sekatan jalan raya di Jalan Sim Hwa Seng di sini pada kira-kira 12.24 tengah malam 25 April lalu.

Jika sabit kesalahan, Yun Kong boleh dipenjara maksimum dua tahun dan denda antara RM10,000 hingga RM30,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu selama dua tahun.

Pegawai Pendakwa Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau, Asisten Superintendan Joan Lee memohon hukuman berat dikenakan terhadap tertuduh kerana kesalahan memandu dalam keadaan mabuk adalah serius dan boleh mengancam nyawa pengguna lain.

Yun Kong yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan hukuman ringan dengan alasan menjadi satu-satunya pencari nafkah keluarga, selain menanggung isteri serta tujuh anak masih kecil.

Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan hukuman bermula dari tarikh sabitan hari ini dan menetapkan tertuduh dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda dikenakan itu serta hilang kelayakan memandu selama dua tahun.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FOTHER-MUCKER 6-5-2026 11:18 AM
Edited by FOTHER-MUCKER at 5-5-2026 07:22 PM

Hahahaha…4hari penjara. Lebih baik kes seperti ini bagi maksimum.
Tapi orang kata setiap negara tiada yang sempurna

[youtube]gFPrqKnio9M[/youtube]
https://m.youtube.com/watch?v=gFPrqKnio9M
Quote Decaffeinated 6-5-2026 01:31 PM
FOTHER-MUCKER replied at 6-5-2026 11:18 AM
Hahahaha…4hari penjara. Lebih baik kes seperti ini bagi maksimum.
Tapi orang kata setiap negara tia ...

He has 9 mouths (including his) to feed kalau ke dalam say 4 bulan takut ada nanti yang tak makan. plus government dah denda 10k which is better for the gov than kasi dia makan free. plus he did not hurt anybody, mungkin masih sober semasa memandu.




Quote prince_marhaen 6-5-2026 02:55 PM
..pencari nafkah keluarga, selain menanggung isteri serta tujuh anak masih kecil.


kemain ramai eh anak..jarang chinese anak ramai cam ni..
Quote adeqbun 6-5-2026 03:19 PM
4 hari je..ustzah aritu bape ari kene
Quote supernaturalee 6-5-2026 04:52 PM
polis pengiring die perempuan eh

sorang pulak tu



klu betul2 fit, assign je

perempuan pun cukup fit dan tegas utk handle penjenayah

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2026 01:42 AM GMT+8 , Processed in 0.086552 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top