CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Enam bulan hadap, rumah tangga kami hampir musnah - Tom

7-5-2026 05:26 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2347| Komen: 22|Original author: Raline


WhatsApp-Image-2026-05-07-at-11.42.16.jpeg


Penyangi Tom akan terus mempertahankan rumah tangganya dengan Fuad Rahman meski sebelum ini mahligai yang dibina bersama ibarat retak menanti belah.

Menurut Tom atau Raja Farah Afzal Raja Ikram, 41, terlalu banyak perkara yang berlaku sejak mendirikan rumah tangga dengan Fuad, namun bersyukur Tuhan memberikan peluang kedua bagi memperbaiki setiap kesilapan dilakukan.

“Tiga tahun pertama perkahwinan orang cakap memang banyak perkara akan berlaku.

“Selama enam bulan kita hadap keadaan rumah tangga hampir musnah, hujung-hujung sudah tunggu masa saja.

“Tetapi Allah SWT yang tentukan semua. Tidak mengapa, kita cuba lagi. Manalah tahu kali ini akan okey sehingga ke akhir hayat,” katanya dalam platform Threads.

Tambahnya, peluang yang diberikan untuk rumah tangganya adalah bagi memperbaiki setiap kesalahan dilakukan sebelum ini.

“Peluang kedua bukan tentang melupakan perkara lalu sebaliknya belajar daripadanya.

“Kita cuba lagi Mohamed Fuad Rahman,” katanya lagi.

Terdahulu, Tom menerusi satu hantaran Facebook mendakwa bakal bercerai dengan Fuad yang didakwa berpunca daripada kecurangannya sendiri.

Namun mereka dilihat kembali berbaik selepas Tom memuat naik video seperti kembali ke kediaman mereka dan memeluk Fuad serta anak-anaknya.

Sebelum ini, pernah timbul desas-desus perkahwinan mereka dilanda kemelut tetapi dinafikan kedua-duanya.

Mereka disatukan pada 26 Februari 2023 selepas sama-sama terlibat dalam program Gegar Vaganza musim ke-9.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Anggun Lovellia yang kini berusia dua tahun.

Sebelum itu, Tom pernah berkahwin sebanyak tiga kali namun berakhir dengan perceraian dan memiliki tiga anak lelaki. – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 8-5-2026 08:00 AM
hmmmmmmmmm
Quote emera 8-5-2026 08:35 AM
Teruk sgt perangai dia ni eh? Dpt lelaki yg mcm sekufu pun hampir surrender lelaki tu dibuatnya.
Quote maharani_gebu 8-5-2026 09:19 AM
The thing is... dia ni tak mampu nak jadi tipikal wife. Laki tegur jaga aurat sikit sentap... laki suh kurangkan hobi surfing sikit sentap... Ko mak orang kot... Anak dah 4 ketul keluar.. Tak cukup lagi ke ber hora hore zaman janda ritu....

And dia pun tak jaga batas pergaulan... dgn geng-geng surfer still berpeluk berhimpit sakan... smoking pun tak sorok-sorok... lansung tak jaga air muka laki.... Laki ni... cemana gengster sekali pun, tapi kalau wife sendiri terlalu "liar" member boleh koyak tau...

Yes, ko sporting... open-minded... tapi status ko tak sama macam dulu... dia ni masih ingat dia 20-an yang takde komitmen...
Quote bulalof 8-5-2026 09:30 AM
cerita utk tatapan umum kenapa?

pergi daftar kat pejabat agama tu utk kaunseling tapi kalau malu sgt pergi je rpivate kaunseling atau kalau memang malu sgt sgt cari someone yg dipercayai utk bercerita.
Quote MatDeghem 8-5-2026 09:49 AM
maharani_gebu replied at 8-5-2026 09:19 AM
The thing is... dia ni tak mampu nak jadi tipikal wife. Laki tegur jaga aurat sikit sentap... laki s ...

Padan muka si Fuad. Ada minik bagus2...takmau,  nak juga yang brutal. ammekkauuu

Quote putribonda 8-5-2026 09:52 AM
adakah orang2 yg duk pulau macam ni perangai eh
aku ada tgk beberapa org mcm ni la life diorang
kawin cerai..bebas.anak2 tak berapa terjaga sana sini
tapi itulah ujian hidup utk diorang agaknya
Quote babelina 8-5-2026 10:31 AM
maharani_gebu: The thing is... dia ni tak mampu nak jadi tipikal wife. Laki tegur jaga aurat sikit sentap... laki suh kurangkan hobi surfing sikit sentap... Ko mak o ...


i ols setuju ngn pendapat u ols nie.. dh sampai masa utk dia chill2 jadi isteri.. jaga air muka laki.. ko bole jer sexy lg.. isap rkk lg.. tp style la cikit.. nie kawin x kawin muka kepam gak.. cam xde improvement..

Quote prince_marhaen 8-5-2026 10:59 AM
Fuad yang bad boy pun boleh surrender dengan kau... hahahhahaaha.. ape gila dah beranak pinak pun gigih nak duk jauh2 nak duduk tempat ada pantai sebab nak penuh impian hobi surfing kau tu..
Quote supernaturalee 8-5-2026 11:07 AM
mmg pandai ke surfing nye

ke yo yo awww je


Quote red_velvet 8-5-2026 11:13 AM
Busuk n hanyir
Quote Perawankota 8-5-2026 11:45 AM
prince_marhaen: Fuad yang bad boy pun boleh su ...


Aku pon tertanya2 Kenapa dia sanggup pindah nak duduk kt Kuantan tu..
Quote sukacactus 8-5-2026 12:09 PM
MatDeghem replied at 8-5-2026 09:49 AM
Padan muka si Fuad. Ada minik bagus2...takmau,  nak juga yang brutal. ammekkauuu

Ditto! You speak my mind
Turut bersama memadankan muka
Quote IzzahF 8-5-2026 01:06 PM
jadah
Quote maharani_gebu 8-5-2026 01:33 PM
babelina replied at 8-5-2026 10:31 AM
i ols setuju ngn pendapat u ols nie.. dh sampai masa utk dia chill2 jadi isteri.. jaga air muka la ...

Yer beb... ritu pindah dok melaka... Fuad gtau senang dia ank ulang alik spore...Sebab dia byk dapat show sana... almost every week dia ada show sana... Klau dok KL pun boleh tapi berat sikit lar nak maintain lifestyle...

Tapi member rengsa... lagi-lagi geng sakai kat Cherating tu asik provoke dia...mana leh tahan..

sampai sanggup pindahkan sekolah anak-anak semata-mata nak dekat dengan pantai..

Anak ppuan yang kecik bagi laki jaga... ade ke patut
Quote hihanghoheng 8-5-2026 03:36 PM
dua ekor kepam ni apa kerja diorang
Quote MisXoXo 9-5-2026 10:26 PM
Problem si tom ni.masih lio.hahaha
Quote pocongkiutss 10-5-2026 09:24 AM
Jijik dia ni..laki kwn yg tlg dia pun dia sailang kan..mendpt la ko
Quote selipar_hijau 10-5-2026 09:44 PM
prince_marhaen replied at 8-5-2026 10:59 AM
Fuad yang bad boy pun boleh surrender dengan kau... hahahhahaaha.. ape gila dah beranak pinak pun gi ...

bad boy.. singaporean lagi.. pun takleh tahan
Quote babelina 11-5-2026 02:11 PM
maharani_gebu replied at 8-5-2026 01:33 PM
Yer beb... ritu pindah dok melaka... Fuad gtau senang dia ank ulang alik spore...Sebab dia byk dapa ...

ayooooo.. mmg payah nk berubah dia nie..
ingt dpt yg sekufu.. rupanya dia lg bwh dari lakinya.. hmmmm

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2026 02:12 AM GMT+8 , Processed in 0.049723 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top