CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kelibat Saspek Kurung & Liwat Remaja Lelaki Berjaya Dirakam CCTV

14-5-2026 09:32 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3656| Komen: 42|Original author: saliv

[attach]2969727[/attach]

SHAH ALAM – Seorang remaja lelaki melalui detik hitam apabila bukan sahaja dikurung selama tiga jam malah diliwat seorang lelaki dalam kejadian di sebuah unit pangsapuri di Bukit Kemuning, Seksyen 32 di sini semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.05 pagi apabila suspek dilihat mendekati mangsa berusia 14 tahun dan berjalan bersama berdasarkan semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, siasatan awal mendapati suspek telah memperdaya mangsa dengan menawarkan satu pakej internet telefon bimbit.


 

“Bagaimanapun, tawaran itu bersyarat dengan mangsa perlu membantu mengangkat barang di dalam rumah suspek.

“Mangsa kemudiannya telah diikat kaki dan tangan serta disyaki diliwat oleh suspek,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya ditinggalkan bersendirian dalam keadaan terikat sebelum berjaya membuka ikatan dan menjerit meminta bantuan dari tingkap bilik.

Jeritan mangsa disedari jiran berhampiran sebelum bertindak menyelamatkan remaja itu kira-kira pukul 11.15 pagi, sebelum menghubungi pihak polis.

“Suspek telah dikenalpasti dan usaha mengesan saspek sedang giat dijalankan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 342, 377C dan 323 Kanun Keseksaan.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut berkaitan kejadian ini bolehlah menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah Inspektor Mohamad Sabri Abd. Rani ditalian 017-2892628,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman CCTV yang memaparkan suspek serta wajah lelaki berkenaan yang dikaitkan dengan kejadian itu.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote silance 14-5-2026 02:06 AM
Celaka. Check sedara sapa tu...
Quote pocongkiutss 14-5-2026 02:32 AM
Ada rupa..pasti acik porem ramai yg suka
Quote asfaz 14-5-2026 07:34 AM
Edited by asfaz at 14-5-2026 10:06 AM
pocongkiutss replied at 14-5-2026 02:32 AM
Ada rupa..pasti acik porem ramai yg suka


Ada rupa tpi suka lubang najis..euwwwwwww ada rupa pun tak guna elok disula dgn besi panas.
Quote ninja boy 14-5-2026 07:52 AM
Hari2 jenayah
Quote Decaffeinated 14-5-2026 07:53 AM
asfaz replied at 14-5-2026 07:34 AM
Ada rupa tpi suka lubang najis..euwwwwwww ada rupa pun tak guna elok disuka dgn besi panas.

Yang tak najis lubang mulut ja. Itu pun ada yang busuk juga.
Quote Ai_kiu 14-5-2026 09:17 AM
Tolong sebarkan muka mamat celaka ni serata² alam sampai kena tangkap semula.
Celaka ni masih bebas kat luar berkeliaran.
Aku xleh blah la mangsa masih budak sekolah lagi.
Trauma la sial aku baca news ni
Quote Ai_kiu 14-5-2026 09:30 AM
Penjenayah ni masih kat luar sana.
Aku jauh tak duduk area sana.
Tolong spread awareness kes ni rapat².
Jaga anak² & family masing yer
Ini kes serial bukan kali pertama
Quote misszazaz 14-5-2026 09:42 AM
hhhrrmmmm
Quote seri_mawr 14-5-2026 09:48 AM
rupa ada..perangai mcm setan....
sia2 kena viral muka....

Quote IzzahF 14-5-2026 09:56 AM
asfaz replied at 14-5-2026 07:34 AM
Ada rupa tpi suka lubang najis..euwwwwwww ada rupa pun tak guna elok disuka dgn besi panas.

dulu dia rogol school girl kan. mebe lepas kena jail dia kena toron dlm tu..keluar jail mambabi plak tak insof2. knowing most of jail dlm donia ni bukan utk memanusiakan
Quote asfaz 14-5-2026 10:08 AM
IzzahF replied at 14-5-2026 09:56 AM
dulu dia rogol school girl kan. mebe lepas kena jail dia kena toron dlm tu..keluar jail mambabi pl ...

Igt tak dlu ada budak lelaki kena sula dgn kayu/ranting?
Setan tu agaknya dah keluar penjara.
Tpi budak tu seksa sepanjang hidup.
Quote IzzahF 14-5-2026 10:33 AM
asfaz replied at 14-5-2026 10:08 AM
Igt tak dlu ada budak lelaki kena sula dgn kayu/ranting?
Setan tu agaknya dah keluar penjara.
Tpi  ...

iya ai ingat, membaca pun dah trauma. si bangsat tu siap penah bunuh org tp lepas. budak tu sengsara hidup dia. binatang ni dha keluar penjara, ai doa byk2 dia mampus dgn keadaan yg sangat ngeri
Quote mimiQo 14-5-2026 11:31 AM
kesian budak tu. nsb dpt lepas awl. bygkan kalu budak tu xleh lpskn dri. ntah brp lma budak tu terseksa. niat baik nk menolong tp kena cmtu plak.
Quote mimiQo 14-5-2026 11:31 AM
kesian budak tu. nsb dpt lepas awl. bygkan kalu budak tu xleh lpskn dri. ntah brp lma budak tu terseksa. niat baik nk menolong tp kena cmtu plak.
Quote pejol 14-5-2026 11:53 AM
kiwekk sangkak nye jantang
Quote BungaKencana 14-5-2026 12:03 PM
baru je keluar dpd penjara terus buat hal.. elok penjara sepanjang hayat jela spesis gini
Quote midori888 14-5-2026 12:44 PM
jahatnyer...kesian budak tu....semoga cepat ditangkap
Quote Solokkk 14-5-2026 01:11 PM
Jilaker sial punyer gay. Tak puas2 lagik menjubur masa dlm penjara.
Quote Cassieopeia 14-5-2026 01:20 PM
adoila gile baru keluar penjara buat hal mcm ni elokla ko msk blk dlm tu sampai bila2

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2026 01:17 AM GMT+8 , Processed in 0.071699 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top