CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemuda bunuh, bakar kekasih hamil di kebun kelapa sawit terlepas hukuman gantung

14-5-2026 04:41 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4022| Komen: 73


PUTRAJAYA: Seorang pemuda yang membunuh dan membakar kekasihnya yang hamil di kebun kelapa sawit di Sungai Besar, Sabak Bernam tiga tahun lalu, terlepas hukuman gantung apabila Mahkamah Rayuan di sini pada Khamis menggantikannya dengan hukuman penjara 40 tahun dan 12 sebatan.

Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Azman Abdullah memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan Muhammad Fakrul Aiman Sajali, 23, untuk mengetepikan hukuman gantung yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Klang sebelum ini.

Semasa membacakan keputusan sebulat suara, Azman berkata mahkamah mengambil kira usia muda perayu ketika kejadian, iaitu 20 tahun.

Selain itu, beliau berkata, wujud pilihan hukuman di bawah Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023.

“Kami mengetepikan hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi dan menggantikannya dengan hukuman berkenaan,” katanya yang bersidang bersama Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid dan Hakim Datuk Seri Mohd Radzi Harun.

Di bawah pindaan undang-undang baharu, mahkamah mempunyai budi bicara sama ada mengekalkan hukuman gantung sampai mati atau menggantikannya dengan penjara antara 30 hingga 40 tahun.

Bagi pesalah lelaki berusia bawah 50 tahun yang tidak dijatuhi hukuman mati, mahkamah boleh mengenakan hukuman 12 sebatan.

Semasa hujahan, peguam Muhammad Nor Tamrin yang mewakili bekas penuntut universiti itu berkata Mahkamah Tinggi terkhilaf apabila menjatuhkan hukuman terlalu berat terhadap anak guamnya.

“Muhammad Fakrul Aiman telah mengaku bersalah sebelum perbicaraan bermula, malah ketika kejadian dia hanya berusia 20 tahun,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob memohon mahkamah mengekalkan hukuman gantung kerana jenayah dilakukan disifatkan sangat kejam.

Pada 1 Jun 2023, Muhammad Fakrul Aiman didakwa membunuh Nur Anisah Abdul Wahab, 21, di Jalan Sungai Limau antara jam 8.30 malam, 22 Mei hingga jam 8 pagi, 23 Mei tahun sama.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan. 

Sumber - Sinar Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 14-5-2026 04:45 PM
Kemain spek berfesyen bergaya ye... keluar jail nanti ramai la menggeletis poen tu nanti... asal hensem je nanti tak nak fikir kisah silam, semua manusia buat silap... gitu lahhh..
Quote Raline 14-5-2026 05:12 PM
jadah apa sebab pembunuh ni muda masa tu baru umur 20 tahun?? ni bukan soal umur tapi umur macam tu dia mampu bunuh dan bakar tu bukan normal untuk orang umur macam dia... 4o tahun kat dalam panjang umur sebelum umur 60 dah keluar tolak cuti itu ini
Quote noor2 14-5-2026 05:13 PM
Lepas ni bebas boleh bunuh bini pulak
Quote sue_liah 14-5-2026 05:19 PM
gila ah dh bunuh bakar pulak tu, penjara je
hukuman mati selayak nya
Quote akido_kido 14-5-2026 05:36 PM
sue_liah: gila ah dh bunuh bakar pulak tu, penjara je hukuman mati selayak nya


sebenarnya penjara lagi seksa mental dan fizikal. terkurung sehari rasa nak gila ini 40 tahun

Quote silance 14-5-2026 06:08 PM
Gambar random angle botak kepala pun nampak elok dia ni. Ada kemungkinan ko kena scam ke dek sebab muka herlok?
Anyway, sedih tengok anak-anak muda jadi begini. Kalu buat senarai ramai dah.
Quote mejaputih 14-5-2026 06:15 PM
Raline replied at 14-5-2026 05:12 PM
jadah apa sebab pembunuh ni muda masa tu baru umur 20 tahun?? ni bukan soal umur tapi umur macam tu  ...

Nnt umur 60 byk tenaga utk membunuh lg..
Quote primarikey 14-5-2026 06:20 PM
prince_marhaen replied at 14-5-2026 04:45 PM
Kemain spek berfesyen bergaya ye... keluar jail nanti ramai la menggeletis poen tu nanti... asal hen ...

Alahai dek...knape la singkat sgt pemikiran ko masa hari kejadian...klu Ko x membunuh takde la jd mcm ni...40 thn penjara tu lama dik, 12 sebatan tu siksa dik ko nt...Ko tu ada rupa..silap2 ko kena liwat plak dlm penjara nt..serammm...dgr pengalaman ameng spring duk dlm penjara dan kena sebat pn dh rasa insaf
Quote hasniey 14-5-2026 06:32 PM
Tp arwah pon umur 20 jugak.lebih setahun je 21.muda.kesian arwah xdpt nk hidup smpai tua.
Bunuh balas bunuh la.ni kang hujung2 ada pengampunan la.kelakuan baik la.tolak cuti itu ini.xsmpai 40 tahun pon kt dlm.keluar masih boleh kahwin.hidup bahagia.
Xadil
Quote Shayang 14-5-2026 06:45 PM
IMG_9429.jpeg
Pejam celik pejam celik kuar laa dia
Nak plak kalau berkelakuan baik
Tgk jela pembunuh Along Spoon tu pun patut kena gantung tp sbb pemindaan hukuman ni mendapat laa pak cik tu kuar awal sbb hukuman penjara pun dh setel.
Cam biasa rakan2 sealumni akan ckp org tu baik kat dalam rajin solat  rajin ngaji rajin itu ini
Pahtu kira halalan toyyiban la ekk perbuatan jenayah dia tu
Padahal memasing bunuh ngn niat belaka tak de sorang pun cuba utk selamatkan mangsa memasing.
Dah bunuh di campak sana sini, bangkai binatang pun org tanam leklok.
Quote Shayang 14-5-2026 06:52 PM
Raline replied at 14-5-2026 05:12 PM
jadah apa sebab pembunuh ni muda masa tu baru umur 20 tahun?? ni bukan soal umur tapi umur macam tu  ...

Tu jela alasan utk menghalalkan jenayah dia buat
“Kesian muda lagi”
“Kesian muka helok”

Quote Dalcott 14-5-2026 07:03 PM
muke pun selamba giler. asal tak mati kna
Quote Decaffeinated 14-5-2026 07:31 PM
Acik2 bitter lebih pandai dari hakim.

Ada kan perbahasan kenapa hukuman mati mandatori dimansuhkan.
Quote Skuau 14-5-2026 07:59 PM
Simpati dgn pompuan tu...sb dia berumur 21....kalaulah umur dia 20 masa tu.....
Quote Firenzza 14-5-2026 08:31 PM
Mhkmh xde ke pilihan selain sebat hukum siat kulit hidup2 10cm sebanyak 50 kali utk gantikan sebatan? Then mhkmh x amik kira ke mangsa kena bakar? Klau terjadi kt kluarga pekrja mhkmh diorg blh terima ke?
Quote vender 14-5-2026 08:40 PM
Kalau membunuh tikam sekali tu diterima la hukuman penjara. Tp ni dah tikam pastu bakar lagi, means ko mmg binatang. X de sifat manusia pun dlm diri tu..ko tak layak hidup pun elok mati je dik.
Quote vender 14-5-2026 08:42 PM
Ditikam, dikelar, ditetak dan dibakar. Ini mmg atas dari level mona fandey. Pastu mahkamah ckp itu kekhilafan? Kepala hotak hang.
Quote FOTHER-MUCKER 14-5-2026 09:03 PM
Ok lah Mungkin  dia akan di bebaskan apabila berumur 50+- masih ada banyak masa untuk hidup diluar penjara.
Quote Decaffeinated 14-5-2026 10:17 PM
Firenzza replied at 14-5-2026 08:31 PM
Mhkmh xde ke pilihan selain sebat hukum siat kulit hidup2 10cm sebanyak 50 kali utk gantikan sebatan ...

yang dia bakar itu manusia hidup atau mayat? yang itu aku rasa diambil kira.



Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2026 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.107419 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top