CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Malang Bila Dapat Pasangan Narsistik, Lagi Teruk Mentua Salahkan Menantu” – Syifa Melvin

26-5-2026 10:02 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1572| Komen: 8

 


Pempengaruh Syifa Melvin meluahkan rasa sedih dengan nasib wanita seandainya bertemu dengan pasangan yang salah.

Menerusi perkongsian di Threads, hantaran Syifa berkata lebih malang wanita itu jika mendapat pasangan yang narsistik.

 

Kata Syifa lagi, lebih teruk nasib wanita berkenaan apabila dia tetap disalahkan sebagai menantu jika ada perkara buruk terjadi.

“Sebenarnya prempuan ni sedih sangat nasib kalau dapat pasangan hidup yang salah, semua pasangan pun tak perfect tapi paling malang bila dapat yang NPD version.

“Lagi malang family in law sedar tapi apa-apa benda buruk jadi masih tetap salahkan si perempuan malang tu.. Sedih la hidup,” tulisnya.

Dalam pada itu, Syifa turut menitipkan pesanan buat wanita yang masih bujang agar tidak terlalu tertekan mengenai soal jodoh dan perkahwinan.

“Aku selalu pesan dekat kawan-kawan aku yang masih single tak kahwin lagi, aku pesan tak payah sedih weh kalau tak kahwin lagi.

“Enjoy je. Lagi sedih kalau dapat yang salah, sebab perkahwinan ni sebenarnya kau sedang perjudikan nasib kau,lagi-lagi bila ada anak,” katanya.

Sumber :– Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Bedak_Carrie 26-5-2026 10:13 AM
Entahlaaa....anggap lah tu semua cabaran dan risiko in marriage...

Sah2 ko jugak yg decide nak nikah, sehidup semati cinta sampai mati bagai....
If not, idok ler kawin beranak pinak.
Quote cm_vungtau 27-5-2026 01:19 PM
Narsi-sistik. Ada dua ‘si’ tu. Bukan narsistik. Dan bukan juga Narsis. Narcissist baru betul. Oh my inggerish
Quote heythere123 27-5-2026 04:52 PM
cm_vungtau replied at 27-5-2026 01:19 PM
Narsi-sistik. Ada dua ‘si’ tu. Bukan narsistik. Dan bukan juga Narsis. Narcissist baru betul. Oh m ...

retis bingit kaka takleh nak expect la bijak pandai dalam menulis
Quote seri_mawr 28-5-2026 03:54 PM
betul lah tu apa yang Melvin's ni ckp...

lagi malang x berani nak keluar dr kehidupan yang di bina....
Quote Gokuuu 29-5-2026 07:50 PM
Zaman dulu elok je menantu taat dgn mertua..zaman skrg mertua tegur sikit dah di sangka busy body..kdg ada menantu dpn mertua tarik2 muka masam bila mood x baik even mertua tegur elok2 cth ;tadi mak pi rumah sedara..ni baru balik..
Rmai menantu spesis biadap skrg..sama2 la muhasabah..jgn igt awk menantu

Awak berpelajaran awak semua betul..
Quote Chah21 30-5-2026 11:12 PM
Gokuuu replied at 29-5-2026 07:50 PM
Zaman dulu elok je menantu taat dgn mertua..zaman skrg mertua tegur sikit dah di sangka busy body..k ...

Sbb tu pentingnya ilmu.. yg xde ilmu mmg bawa dakyah menantu taat mentua.. xkn nk meneruskan generasi yg bengap sampai ke sudah
Quote Gokuuu 30-5-2026 11:31 PM
Edited by Gokuuu at 31-5-2026 12:11 AM
Chah21 replied at 30-5-2026 11:12 PM
Sbb tu pentingnya ilmu.. yg xde ilmu mmg bawa dakyah menantu taat mentua.. xkn nk meneruskan gener ...

atas nasib
Quote Chah21 31-5-2026 11:16 PM
Gokuuu replied at 30-5-2026 11:31 PM
atas nasib

Betul jugak tu.. klu dapat yg sama2 bud uh.. habes

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2026 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.201121 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top